in

Apa Ada Pada Hari Mencuci Tangan Sedunia?

Sempena Hari Mencuci Tangan Sedunia Ke-8, produk Unilever Malaysia, sabun untuk menjaga kebersihan Lifebuoy akan menghimpunkan rakyat Malaysia untuk berikrar menjaga kebersihan tangan dengan mengamalkan teknik membasuh tangan dengan betul.

Lifebuoy, sabun untuk menjaga kebersihan yang terkenal di dunia, mengetuai perjuangan untuk membasmi kuman dengan mendidik seisi keluarga tentang pentingnya teknik membasuh tangan dengan betul. Sebagai rakan penyokong Kempen Hari Mencuci Tangan Sedunia, Lifebuoy memainkan peranannya untuk menambah baik kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dengan memupuk amalan membasuh tangan menerusi inisiatif untuk mengubah tabiat.

Keluarga berikrar basuh tangan dengan sabun untuk menjaga kesihatan sempena Hari Mencuci Tangan Sedunia. Lifebuoy ketuai pergerakan menjaga kebersihan tangan dengan mengumpul ikrar keluarga

“Inisiatif ini menghidupkan falsafah syarikat kami ‘Berbuat Baik Dengan Melakukan Perkara yang Lebih Baik’. Saya amat bangga dengan penglibatan Lifebuoy sebagai rakan pengasas Hari Mencuci Tangan Sedunia. Sebagai sebahagian daripada ‘Unilever Sustainable Living Plan’ (Rancangan Kehidupan Lestari Unilever), kami berhasrat untuk membantu 1 bilion orang menjelang 2020 untuk menambah baik kesihatan dan kesejahteraan mereka. Lifebuoy memainkan peranan penting untuk membantu kami mencapai misi ini dengan menyemaikan kesedaran terhadap pentingnya mencuci tangan dan memperkasakan ibu-ibu untuk mengetuai perubahan tabiat dalam keluarga mereka,” kata Rakesh Mohan, Pengerusi Unilever Malaysia, Singapura, Myanmar, Kemboja & Laos.

Ini adalah tahun kelima berturut-turut Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Lifebuoy untuk menjayakan “Program Doktor Muda Bersama Lifebuoy”. Ia merupakan satu lagi program berterusan untuk menggalakkan perubahan tabiat, membabitkan satu ratus sekolah rendah yang terpilih di seluruh negara. Murid dari sekolah yang dipilih sebagai “Doktor Muda” akan menjalani latihan khas tentang prinsip asas menjaga kesihatan dengan mengikuti modul latihan dan pembelajaran yang ditetapkan oleh pihak Kementerian. Dilancarkan pada bulan Mac 2011, program Doktor Muda bertujuan memperkasakan pelajar untuk menggalakkan dan mempengaruhi tabiat yang baik dengan menjaga kebersihan di kalangan rakan sebaya mereka dengan ahli keluarga masing-masing. Lifebuoy mengakui bahawa pendidikan antara sesama rakan sebaya dapat menyemaikan sikap bertanggungjawab di kalangan kanak-kanak dengan memberi mereka pengetahuan dan alat yang sewajarnya untuk mereka menyebarkan inisiatif yang baik kepada rakan sebaya dan keluarga mereka. Program ini telah disampaikan kepada lebih 250,000 kanak-kanak di Malaysia setakat ini.

Tahun ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif Hari Mencuci Tangan Sedunia, Lifebuoy mengumpulkan ikrar daripada ibu-ibu dan keluarga untuk meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya mencuci tangan sebagai satu langkah yang mudah. Inisiatif mengubah tabiat dengan memperkasakan ibu-ibu ini bertujuan untuk mendidik rakyat Malaysia tentang teknik mencuci yang betul untuk menjaga keselamatan dan melindungi keluarga daripada risiko jangkitan. Untuk menyokong pergerakan ini, anda hanya perlu mengambil gambar anda dan keluarga anda berikrar untuk mengamalkan tabiat mencuci tangan dan memuat naik gambar dengan hashtag #‎LifebuoyGHD2015.‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬

Semasa perayaan Hari Mencuci Tangan Sedunia Lifebuoy, sukarelawan Unilever bersama dengan keluarga mereka berkumpul untuk melancarkan kempen membasmi kuman. Acara bermula dengan pelajar pertandingan bicara berirama “Doktor Muda” membuat persembahan mereka bertema mencuci tangan. Untuk menggalakkan seisi keluarga mengamalkan apa yang dipelajari daripada kempen ini, Lifebuoy menempatkan banyak kereta sorong membasuh tangan khas untuk membolehkan hadirin mencuba sendiri kaedah membasuh tangan dengan betul sebagai satu keluarga.

Dalam ucapan perasmiannya, Timbalan Menteri Kesihatan YB Dato’ Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya berkata, “Hari Mencuci Tangan Sedunia adalah satu pergerakan global untuk memupuk dan menyokong budaya tempatan mencuci tangan dengan sabun. Ia adalah hari untuk kita menumpukan perhatian kepada pelbagai manfaat daripada amalan ini, termasuk cara paling berkesan dan paling mudah untuk mencegah cirit-birit dan jangkitan respiratori akut. Sungguhpun kerajaan komited untuk menambah baik perkhidmatan kesihatan kepada setiap rakyat Malaysia, usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak. Tabiat mencuci tangan perlu sentiasa dipupuk menerusi pelbagai sumber, dan inilah sebabnya kami berbangga untuk bekerjasama dengan Lifebuoy, sebuah organisasi yang sehaluan dengan kami dalam usaha ini.”

Lifebuoy mengendalikan program perubahan tabiat menjaga kebersihan yang terbesar di dunia, membabitkan lebih 257 juta orang di 24 negara sejak 2010. Sebagai usaha berterusan untuk meluaskan capaian programnya, Lifebuoy Malaysia telah sekali lagi bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Pendidikan untuk mengilhamkan program sekolah yang lebih luas. Lifebuoy akan menerima sekolah-sekolah terpilih di kawasan luar bandar sebagai usaha berterusan memperkasakan kanak-kanak untuk menjaga kebersihan mereka bermula dengan membasuh tangan. Kanak-kanak ini akan dibekalkan dengan ‘alat’ yang perlu untuk mengamalkan tabiat yang baik dengan menjaga kebersihan tangan dan pengetahuan serta dorongan untuk menjadikan amalan memcuci tangan sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka. Program ini akan dilaksanakan tahun depan dan akan memainkan peranan penting untuk membantu menjayakan Rancangan Kehidupan Lestari Unilever dalam usaha Lifebuoy untuk mengubah tabiat mencuci tangan satu bilion orang menjelang tahun 2020.

Mengenai Hari Mencuci Tangan Sedunia
Hari Mencuci Tangan Sedunia adalah satu acara global tahunan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya mencuci tangan dengan sabun sebagai cara mudah, berkesan dan termampu untuk mencegah penyakit dan menyelamatkan nyawa. Hari Mencuci Tangan Sedunia diasaskan oleh Global Public-Private Partnership for Handwashing dan dirayakan pada 15 Oktober setiap tahun. Ia adalah peluang untuk mengilhamkan, menguji, dan mengulangi cara kreatif untuk menggalakkan orang ramai mencuci tangan mereka dengan sabun pada waktu penting. Hari Mencuci Tangan Sedunia bertujuan untuk:

Memupuk dan menyokong budaya global dan tempatan mencuci tangan dengan sabun
Memperlihatkan amalan dan tabiat mencuci tangan di seluruh dunia
Meningkatkan kesedaran tentang manfaat mencuci tangan dengan sabun

Mengenai Lifebuoy
Lifebuoy, sabun kesihatan terkenal di dunia, dilancarkan pada 1894 untuk menyokong mereka yang mencari cara lebih baik untuk menjaga kebersihan. Lifebuoy sentiasa memperjuangkan usaha menjaga kesihatan menerusi kebersihan sepanjang 110 tahun sejarahnya. Sabun antibakteria tulen Lifebuoy dengan keupayaan untuk membersihkan kulit sesuai dan disyorkan untuk perlindungan seisi keluarga. Dengan sabun antibakteria Lifebuoy, keluarga anda diberi perlindungan tambahan, merasa selamat dan boleh melangkah hari demi hari dengan penuh keyakinan. Kini, 1.6 bilion orang memberi kepercayaan kepada Lifebuoy untuk memberikan perlindungan tambahan daripada ancaman kuman untuk diri mereka sendiri dan keluarga mereka. Berikan kepercayaan anda kepada Lifebuoy hari ini untuk menjaga dan melindungi keluarga anda daripada kuman. Lifebuoy, jaminan perlindungan apabila anda terancam.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Lifebuoy, termasuk inisiatif tanggungjawab korporat dan warisannya, sila ke laman www.unilever.com ATAU www.facebook.com/LifebuoyMalaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Yang Terbaru Terkini di KidZania Kuala Lumpur

Jelajah Anugerah Skrin 2015 di Johor Bahru Meriah