in ,

Apa Yang Menarik Ada di Galleriizu, Wisma UOA?

Pada hari Sabtu lalu, saya ke Galleriizu, Wisma UOA untuk meraikan hari jadi Muid Latif. Jom baca ulasan ringkas Budiey semasa berada di galeri ini.

Lokasinya berhadapan dengan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di Jalan Pinang berhampiran dengan Bangunan Berkembar KLCC. Memang mudah untuk ke situ. Saya hanya mengambil masa beberapa minit berjalan kaki dari KLCC ke Galleriizu.

Galleriizu merupakan sebuah galeri lukisan dan juga merupakan tempat untuk pereka barangan untuk menjual barangan mereka itu secara eksklusif di sini. Mengikut apa yang diberitahu, galeri ini akan berpindah ke tingkat 1, Hotel Shangri La. Dengan ruang yang lebih terhad iaitu separuh daripada ruang di Galleriizu di Wisma UOA.

Ruangnya tidaklah luas mana pun. Namun, cukup untuk menjadi tempat pameran lukisan yang cantik-cantik. Harganya pun memang ‘cantik-cantik’ setaraf dengan mutu dan keunggulan seninya. Dekorasi galeri ini nampak elegan, moden dan urban. Saya dapati banyak perabut dan susun atur dekornya adalah dari Ikea. Nampak selesa dan santai sekali.

Ianya akan lebih menumpukan kepada bahagian untuk menjual dan mempamerkan barangan keluaran yang direka oleh pereka berbakat. Ianya sangat eksklusif kerana barangan yang dipamerkan di sini tidak akan anda dapati di mana-mana tempat.

Sekarang ini, Galleriizu memang mengalukan-alukan rekaan yang kreatif dan lain dari yang lain untuk dijual di sini. Barangan itu lebih bersifat personal dan unik seperti rantai, buku catatan, arca dan sebagainya. Ianya dikeluarkan secara terhad (limited production).

Barangan di sini memang nampak sedikit kerana kuantiti tidak begitu diutamakan. Malah yang penting, rekaan dan juga lukisan itu bermutu tinggi.

Katanya, Galleriizu akan menganjurkan anugerah yang dinamakan Digital Art Awards di Kuala Lumpur pada 7 Julai ini. Anugerah ini akan mengumpulkan kesemua artis seluruh negara. Tujuannya adalah untuk mengiktiraf bakat-bakat seni yang ada pada pelukis seni digital. Ini adalah anugerah yang pertama mengangkat martabat penggiat seni digital di Malaysia. Juri-juri dari serata dunia akan dijemput bagi memilih pemenangnya.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Digital Painting, Digital Manupulating dan Digital Drawing. Anugerah ini terbuka untuk pencalonan bagi semua pelajar-pelajar seni digital.

Untuk info lanjut, sila layari: http://www.7bintang.net/

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Saki Baki Foto & Gambar Selebriti Anugerah Bintang Popular 2006

Antara Gosip, Showcase Ella & Oscars