Alami keindahan nostalgia Hari Raya Aidilfitri yang mempesona dengan koleksi terbaru Isetan Kuala Lumpur, Flora Nostalgia Raya. Diinspirasikan oleh corak bunga-bungaan tekstil Melayu tradisional yang rencam, sentuhan moden pada reka bentuk fesyen klasik ini akan membawa anda kembali ke masa lalu.
Berlangsung dari 17 Mac hingga 27 April 2023, koleksi ini menampilkan reka bentuk fesyen eksklusif daripada 25 jenama terkenal Malaysia seperti Tom Abang Saufi, Naelofar, Mimpikita, Rico Rinaldi, Kapten Batik, Variante dan lain-lain.
Daripada baju kurung yang mempesonakan sehinggalah kepada kelengkapan pakaian bergaya moden, setiap helaian mempamerkan kreativiti dan kepintaran jenama dalam menggabungkan tradisi dan kemodenan, menepati semangat Raya dengan sempurna.
Dan siapakah yang lebih baik untuk mempamerkan keindahan Flora Nostalgia Raya daripada pelakon dan model terkenal, Anzalna Nasir? Sebagai seorang ikon gaya sebenar, kepelbagaian pilihan fesyen Anzalna jelas menunjukkan keyakinan dan elegan semasa di permaidani merah mahupun ketika beliau meluangkan masa bersama keluarga.
Keperibadiannya yang pelbagai sebagai seorang isteri dan ibu benar-benar memberi inspirasi, menjadikan Anzalna sebagai ‘muse’ ideal untuk Flora Nostalgia Raya.
Tema serta koleksi Flora Nostalgia Raya adalah cantik dan mempesonakan. Saya teruja untuk berkongsi minat saya dalam fesyen dan gaya peribadi saya dengan orang ramai. Isetan telah melakukan kerja yang luar biasa menghimpunkan beberapa jenama terbaik di Malaysia, dan saya teruja untuk melihat reaksi pelanggan Isetan terhadap koleksi ini,” kata Anzalna.
Raikan kebersamaan di Hari Raya dengan penuh bergaya dengan Flora Nostalgia Raya. Keindahan Raya masa lalu dan masa kini dihayati, sambil dibantu oleh Anzalna sebagai sumber inspirasi fesyen dan gaya. Beli koleksi di Isetan Kuala Lumpur dengan promosi menarik tersedia untuk masa terhad dan pelanggan berpeluang menyertai peraduan untuk berbuka puasa bersama Anzalna. Pelanggan juga boleh memiliki mangkuk tingkat edisi khas percuma menggunakan kod promo koleksi ‘muse’.
Bagi pelanggan yang lebih gemar membeli-belah mengikut keselesaan mereka atau mempunyai akses terhad ke kedai fizikal Isetan Kuala Lumpur, koleksi Flora Nostalgia Raya juga boleh didapati di Isetan KL Online Store dan Lazada untuk rekaan baju tertentu. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyelami keindahan Flora Nostalgia Raya yang mempesonakan.
Untuk maklumat lanjut tentang kempen dan koleksi pilihan Flora Nostalgia Raya, pelanggan boleh mengunjungi Isetan Kuala Lumpur di Suria KLCC atau melayari laman web kami di www.ionlinekl.com.my
Tentang Isetan Kuala Lumpur
Isetan telah menandakan jejaknya di Malaysia melaui kedai pertamanya di Lot 10 pada Oktober 1990 dan sejak itu dibuka di Suria KLCC pada Mei 1998, The Gardens Mall pada September 2007 dan 1 Utama Shopping Centre pada April 2012 .
Pada September 2022, Isetan The Gardens Mall menjalani transformasi baharu yang memberi penekanan pada penyediaan pelbagai jenama berkualiti tinggi dan perkhidmatan terbaik. Antara tambahan pada kedai yang telah diubah suai ialah pengenalan “The Table”, sebuah konsep makan yang mula-mula mendapat populariti di The Japan Store Isetan. Pengalaman kulinari yang inovatif ini mempersembahkan pilihan makanan dan minuman Jepun yang asli dan premium, disertai dengan kedai konsep baharu yang menawarkan masakan yang unik dan lazat.
Isetan Kuala Lumpur, destinasi gaya hidup utama, sangat teruja untuk mengumumkan penampilannya yang diubah suai dan pilihan jenama dan produk yang dikemas kini. Walaupun masih mempamerkan fesyen, aksesori dan makanan Jepun yang terbaik, Isetan Kuala Lumpur telah berkembang untuk menawarkan rangkaian jenama yang lebih komprehensif, memenuhi keperluan semua pelanggan.
Selaras dengan permintaan dan pilihan pelanggan yang sentiasa berubah, Isetan Kuala Lumpur kini menawarkan kaleidoskop produk yang menarik dan kategori yang lebih meluas. Falsafah Isetan Kuala Lumpur berpegang utuh dengan penyediaan kualiti dan reka bentuk terbaik yang tersedia kepada pelanggannya.
Isetan Kuala Lumpur bersiap sedia untuk menyambut ulang tahun ke-34 di Malaysia dan tetap komited untuk menjadi kedai fesyen gaya hidup menyeluruh. Isetan Kuala Lumpur kekal menawarkan produk bernilai untuk wang dan membangunkan barangan asli yang memenuhi gaya hidup pelanggannya yang semakin canggih.
Selaras dengan era digital baharu, Isetan Kuala Lumpur merancang untuk bekerjasama dengan lebih ramai pempengaruh dalam talian bagi menarik minat pelanggan milenium yang lebih luas.
Maklumat lanjut mengenai Isetan Kuala Lumpur boleh didapati di www.ionlinekl.com.my