Neelofa Dan Anzalna Berdamai. Syukur Alhamdulilah. Ini yang kita tengok. Artis yang dulu bergaduh, kini berdamai dan berbaik. Sekarang boleh cium molot la kan. Neelofa Dan Anzalna kini berdamai lantas menamatkan pertelingkahan antara dua bekas peserta dewi jelita di hotel Royal Bintang @ The curve.
Anzalna yang hadir tanpa ditemani peguam mengemukakan permohonan maaf secara terbuka terhadap Neelofa. Sekaligus mengharapkan isu konflik yang berlaku sejak sebulan lalu itu tidak akan berpanjangan lagi.
Antara petikan mohon maaf yang dibaca oleh Anzalna Nasir:
“Saya Nor Anzalna Mohd Nasir, di atas nasihat pihak persatuan Seniman Malaysia memohon maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di Berita Harian pada 10 Jun 2012 di muka surat 10 yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya dan saya tidak ada bukti yang kukuh untuk menyokong kenyataan di Berita Harian pada 10 Jun 2012 tersebut. Secara jujurnya saya tidak bermaksud apa-apa ketika mengeluarkan kenyataan dan tidak berniat mahu mengaibkan sesiapa. Sebaliknya kenyataan tersebut telah dimanipulasi oleh pebagai pihak. Sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada Neelofa dan saya tidak mahu perkara ini berpanjangan.”
Neelofa menyatakan dia dengan terbuka hati dan ikhlas menerima mohon maaf daripada Anzalna.
“Saya bersyukur semuanya sudah berakhir. Bagi mereka yang masih lagi tertanya-tanya mengapa saya mengambil jalan penyelesaian dengan cara perundangan kerana saya tahu saya di pihak yang benar dan ianya terbukti pada hari ini. Saya ucapkan terima kasih pada kedua penguam saya dan kepada pihak Seniman kerana tanpa bantuan Seniman, mungkin perkara ini akan berpanjangan.”
Neelofa hadir bersama dua peguamnya Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mubarak.
Anzalna dan Neelofa juga menandatangani akur janji yang dikeluarkan Persatuan Seniman dibawah Biro Aduan dan Perundangan yang disaksikan oleh Zed Zaidi supaya tidak ada sebarang perbalahan yang akan berlaku antara mereka pada masa akan datang. Sekiranya kedua pelakon itu melanggar akur janji tersebut, tindakan akan dikenakan seperti melucutkan keahlian mereka daripada persatuan dan menyekat mereka daripada menerima tawaran berlakon.
Jadi lepas ni, tak kisahlah Neelofa dan Anzalna nak berlakon dalam satu drama, kan? Takde masalah sebab diorang ni kan profesional.
Pelakon Neelofa memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkawan dan bertegur sapa dengan Anzalna pada masa akan datang kerana menganggap persengketaan antara mereka sudah berakhir.
Pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 23, itu berkata, dia tidak menyimpan sebarang dendam kepada Anzalna, 24, kerana aktres itu sudah melaksanakan tanggungjawabnya memohon maaf ekoran kenyataan fitnah yang dikeluarkan di akhbar Berita Minggu pada 10 Jun lalu.
“Tiada masalah untuk kami berkawan selepas ini. Sebelum timbul kes ini pun saya pernah bertegur sapa jika terserempak di majlis atau acara tertentu. Saya sudah terfikir untuk memaafkan dia selepas dia gagal menjawab notis tuntutan yang dikeluarkan pada tempoh hari. Apabila dia bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat akuan itu, saya tiada masalah untuk berdamai.”
Neelofa berkata demikian selepas sidang media permohonan maaf daripada Anzalna kepadanya di Hotel Royale Bintang di sini, petang Isnin.
Kenyataan maaf secara terbuka itu turut disaksikan Presiden Seniman Zed Zaidi, Biro Aduan dan Perundangan Seniman Zahrin Ishak dan peguam kedua-dua aktres terbabit. Neelofa berkata, dia tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan dan berpuas hati dengan permohonan maaf daripada Anzalna kerana ia mengikut ketetapan yang dimintanya dalam surat perjanjian yang dikeluarkan.
“Saya sudah memaafkan dia kerana dia bersetuju memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat akuan itu. Kes ini pun sudah selesai pada hari ini. Cuma dia tidak boleh menyebut nama saya dalam mana-mana kenyataan di khalayak atau media dan tidak memanjangkan lagi hal,” katanya.
Ditanya mengenai kemungkinan untuk mereka berlakon bersama pada masa akan datang, Neelofa berkata dia tidak keberatan untuk bekerjasama jika tawaran yang diterima menepati cita rasanya.
“Saya tiada masalah untuk bekerjasama dan berlakon bersama jika ada tawaran yang bersesuaian selepas ini. Jika ia melibatkan kerja, saya akan profesional dan meneruskan kerjasama itu,” katanya.
Sementara itu pada majlis tersebut, butir-butir mengenai syarat dalam surat perjanjian antara dua aktres berkenaan tidak didedahkan atas alasan sulit dan peribadi.
Kedua-dua aktres itu bagaimanapun tidak bersemuka atau bersalaman selepas sidang media berkenaan.
Anzalna dilihat pantas meninggalkan majlis tanpa sempat ditemu ramah dengan alasan dia sedang bergegas ke lokasi penggambaran drama di Shah Alam, dekat sini.
Konflik antara dua aktres itu tercetus ekoran kenyataan Anzalna yang dianggap sebagai satu fitnah oleh Neelofa dalam artikel bertajuk “Anzalna Bidas Neelofa” menerusi akhbar berkenaan. via Mstar Online
Budiey diberitahu dan mendapat tahu yang pengakuan mohon maaf ini seperti dipaksa oleh beberapa pihak yang inginkan mereka selesaikan isu ini. Bermakna ia bukan atas kerelaan hati dan ada laporan yang mengatakan ia cuma palsu dan satu lakonan semata-mata. Adakah ini benar? Adakah kerana mereka tidak bergambar bersama-sama, kita boleh tafsirkan mereka bergaduh senyap-senyap dalam hati? Korang rasa macamana?