in

ANUGERAH SEMPRIT RAYA KLFM

Anugerah Semprit Raya KLfm adalah sebuah rancangan radio hasil daripada stesen radio KLfm, sempena bulan Syawal ini. Apa yang menariknya, anugerah ini diadakan khas dari kakitangan KLfm buat peminat-peminat setia stesen radio tersebut. Berkonsepkan anugerah sebenar, Anugerah Semprit Raya KLfm ini akan mencalonkan kakitangan KLfm sendiri dan disiarkan pada 20 September hingga 29 September dan keputusan bagi pemenang anugerah tersebut akan disiarkan pada hari raya keempat nanti.
 
Anugerah ini melibatkan lima kategori dan lagu-lagu yang dicalonkan adalah lagu Aidilfitri yang dinyanyikan semula oleh DJ-DJ KLfm dan warga kerja stesen tersebut. Setiap lagu yang telah dinyanyikan semula akan dimasukkan dalam kategori yang berlainan dan setiap kategori akan ada pemenangnya. Oleh itu, kepada peminat DJ-DJ KLfm seperti, DJ Hezry, DJ Nik Aida, DJ Dave, DJ Nazira, DJ Azizah dan ramai lagi, dengarkan lagu nyanyian mereka di frekuensi 97.2 pada 20 September hinggalah hari keputusanya iaitu pada hari raya keempat nanti.

Lima kategori yang dimaksudkan adalah Kategori Walla, Kategori Boleh Jual Lah, Kategori Selamat, Kategori Daa,,,dan Kategori Gerenti Tak Tahan. Kelima-lima kategori ini mewakili elemen-elemen berbeza untuk setiap lagu yang dicalonkan. Kategori Walla menempatkan lagu-lagu Aidilfitri yang popular dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Manakala Kategori Boleh Jual-lah pula adalah rakaman semula lagu Aidilfitri oleh DJ-DJ KLfm yang tidak hebat, tetapi tidak pula sumbang.

Seterusnya Kategori Selamat mewakili pencalonan lagu-lagu Hari Raya yang dinyanyikan secara berduet dimana pasangan duet yang mungkin sumbang suaranya akan diselamatkan oleh pasangan seorang lagi yang lebih baik nyanyiannya. Kategori keempat, iaitu Kategori Daa..diadakan khas buat nyanyian DJ yang sumbang dan yang terakhir, Kategori Tak Tahan pula akan melibatkan pencalonan lagu-lagu Aidilfitri yang dinyanyikan semula oleh DJ-DJ berpengalaman atau  mereka yang ‘otai’ di KLfm.

Anugerah Semprit Raya KLfm ini tidak akan melibatkan sebarang juri untuk mengenal pasti pemenang bagi setiap kategori, tetapi keputusannya terletak di tangan pendengar setia KLfm sendiri. Ini kerana, keputusan bagi pemenang Anugerah Semprit Raya KLfm ini datangnya dari undian pendengar semua. Sama seperti konsep anugerah popular lain, undian yang terbanyak diterima oleh sesebuah lagu dalam kategori masing-masing akan menjadi pemenang Anugerah Semprit Raya KLfm.

Pendengar boleh menghantar semua undian ke DAPAT dengan menaip KLFM <jarak> raya <jarak> kod lagu ataupun boleh juga menghantar undian ketika slot lagu dimainkan dengan menaip KLFM <jarak> 5 kod lagu yang dicalonkan dan hantarkan ke DAPAT. Cara untuk menghantar undian hanyalah melalui pesanan ringkas dan untuk maklumat lebih lanjut mengenai kod lagu atau kaedah menghantar undian, dengarkan siaran pencalonan Anugerah Semprit Raya KLfm kerana cara-cara untuk menghantar undian akan diwar-warkan pada hari-hari siaran nanti.

Peminat boleh mendengar pencalonan Anugerah Semprit Raya KLfm pada setiap hari Isnin hingga Khamis, bermula jam 12.00 tengah hari dan juga pada hari Sabtu dan Ahad, jam 11.15 pagi. Undian boleh dibuat bermula 20 September 2008 dan akan ditutup talian undiannya pada 29 September 2008. Oleh itu, lekaslah mendengar KLfm dan hantarkan undian anda untuk memastikan DJ kegemaran anda akan dinobatkan sebagat penerima Anugerah Semprit Raya KLfm. 

Jangan pula lupa untuk mendengar keputusan undian untuk Anugerah Semprit Raya KLfm ini pada hari raya keempat nanti, jam 11.15 pagi, Untuk maklumat lanjut, dengarkan stesen radio KLfm di frekuensi 97.2 atau layari laman web rasmi KLfm di www.kl.fm. Pendengar juga boleh mendapatkan info mengenai keluarga KLfm dan program-program istimewa lain di laman web tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

WARTA WILAYAH DI RTM1

REMAJA BERAYA DI KEMBOJA