Anugerah Planet Muzik 2018 bakal berlangsung di Singapura pada 28 September ini dan boleh disaksikan menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Ria HD (Saluran 123) pada pukul 9 malam. Acara yang menggabungkan tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia ini akan bersiaran secara langsung dari MES Theatre di Mediacorp, Singapura.
Anugerah Planet Muzik (APM 2018) meraikan edisi ke- 17 dengan pengumuman pencalonan terhebat dari Singapura, Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Dianjurkan oleh Mediacorp Suria, Warna 94.2FM dan Ria 89.7FM, pencalonan 2018 diumumkan hari ini di Royale Chulan Damansara dengan persembahan oleh by Hannah Delisha, Mimifly, Farhan Shah, Fatin Husna dan Khai Bahar. Lebih daripada 100 penyanyi dan pemuzik tempatan menghadiri acara tersebut.
Mendahului senarai pencalonan ialah Alif Abdullah, penyanyi rap dan penggubah lagu Singapura, yang pernah popular bersama kumpulan SleeQ, dengan 6 pencalonan. Ini diikuti dengan 5 pencalonan oleh bintang baru Malaysia, As’ad Motawh, bakat- bakat serba boleh Singapura, Aisyah Aziz dan Sufi Rashid, serta puteri pop Indonesia, Isyana Sarasvati. Sila rujuk senarai pencalonan yang dilampirkan untuk maklumat lanjut.
Peminat juga diberi peluang untuk mengundi lagu dan artis kegemaran mereka dalam kategori popular dari sekarang hingga 25 September 2018, 11.59 malam di toggle.sg/apm. Kategori tersebut ialah Artis APM Paling Popular, Lagu APM Paling Popular, Ikon Media Sosial, Artis Paling Popular (Singapura) dan Lagu Paling Popular (Singapura).
Puan Zakiah Halim, Ketua Penyiaran Melayu Mediacorp, berkata, “Sebagai satu- satunya acara penganugerahan muzik Melayu serantau, Anugerah Planet Muziksentiasa mencipta peluang dan kerjasama yang bermakna antara artis dan pemuzik demi meningkatkan profil mereka di rantau ini. Kami bangga calon-calon APM 2018merupakan ‘trendsetter’ yang mencabar kreativiti dalam muzik mereka.”
Puan Azlin Reza Azmi, Penolong Kanan Naib Presiden Bahagian Kandungan Perniagaan Melayu Astro, turut menambah, “Sebagai salah satu penyiar rasmi APM 2018, Astro bangga untuk menyiarkan malam kemuncak acara penganugerahan muzik paling berprestij bagi meraikan pencapaian cemerlang para artis baru dan berpengalaman, yang turut membuat persembahan istimewa untuk tontonan peminat. Saksikan APM 2018 secara langsung di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Ria HD (123) untuk mengetahui siapakah yang bakal mengungguli setiap kategori yang dipertandingkan.”
Penonton boleh mengharapkan aksi muzik terkini dan detik menarik di APM yang bakal diadakan di Teater MES di Mediacorp pada Jumaat, 28 September 2018, 9.00 malam selama 21⁄2 jam. Acara ini akan menampilkan gandingan hos tiga negara, Fiza O, Nabil dan Daniel Mananta serta persembahan hit oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Rossa, Judika, Ayda Jebat, Ryan Sufiyan, Mimifly, Khai Bahar, Sara Fajira, Adrian Khalif, Farhan Shah, Jaz , GAC dan The Pinholes.
Tiket ke APM 2018 telah habis dijual.
Penyanyi As’ad Motawh menjadi artis Malaysia yang menerima pencalonan tertinggi dalam Anugerah Planet Muzik 2018 (APM 2018).
As’ad Motawh yang terkenal menerusi lagu Senyum tercalon dalam kategori Artis BAru Terbaik (Lelaki), Lagu Terbaik (Malaysia), Ikon Media Sosial Lagu Paling Popular APM dan Artis Paling Popular APM.
Penyanyi Alif dan Aisyah Aziz muncul sebagai artis Singapura yang menerima pencalonan tertinggi dalam APM 2018 dengan enam dan lima pencalonan.
Isyana Sarasvati dan Sheila On 7 pula muncul sebagai artis Indonesia yang menerima pencalonan tertinggi dalam APM 2018 dengan lima dan empat pencalonan.
Berikut merupakan senarai pencalonan penuh APM 2018:
Artis Baru Terbaik (Lelaki)
1 Adrian Khalif – Flawless / Merona
2 As’ad Motawh – Senyum
3 Frelo – Kembalilah
4 Kudien Rafee – Ruangan Gelap Gerhana
5 Naim Daniel – Sekali Lagi
Artis Baru Terbaik (Wanita)
1 Charis – Supernova
2 Mimifly – Superfly
3 Rahmania Astrini – Menua Bersama
4 Sara Fajira – You Know
5 Tiesha – Boneka
Duo/Kumpulan Terbaik
1 Caliph Buskers & Faizal Tahir – Buta
2 D’masiv & Rossa Feat. David Noah – Pernah Memiliki
3 Gamaliel Audrey Cantika (Gac) – Suara
4 Jagad Edge Feat. Firwan Johan & Miiko The 13Th – Only
5 Ran Feat. Yura Yunita – Melawan Dunia
Band Terbaik
1 Insomniacks – Selalu
2 Last Child – Dunia Untukmu
3 Noah – Jalani Mimpi
4 Search – Nama Yang Kau Lupa
5 Sheila On 7 – Film Favorit
Kolaborasi Terbaik (Artis)
1 Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Judika – Kisah Ku Inginkan
2 Fazura & Samsons – Cinta Langka
3 Ismail Izzani & Alif – Luar Biasa
4 Rizky Febian & Aisyah Aziz – Indah Pada Waktunya
5 Ryan Sufiyan & Mimifly – Gila
Kolaborasi Terbaik (Lagu)
1 Aku Sendiri – Sufi Rashid (Sufi Rashid & Haqiem Rusli)
2 Bukan Maksudku – Rossa (Taufik Batisah)
3 Jangan – Aziz Harun (Faizal Tahir, Ezra Kong,Mike Chan & Romeo)
4 Tak Perlu Kata Apa-Apa – Hannah Delisha (Hannah Delisha, Romeo,
Faizal Tahir & Mike Chan)
5 Teman Bahagia – Jaz (Ramadhan Handy “Soulvibe” & Asta Andoko “Ran”)
Artis Terbaik (Lelaki)
1 Faizal – Tahir Menang
2 Jaz – Teman Bahagia
3 Judika – Jikalau Kau Cinta
4 Kunto Aji – Konon Katanya
5 Noh Salleh – Renjana
Artis Terbaik (Wanita)
1 Dato’ Sri Siti Nurhaliza – Segala Perasaan
2 Dayang Nurfaizah – Separuh Matiku Bercinta
3 Isyana Sarasvati – Lembaran Buku
4 Raisa – Teduhnya Wanita
5 Rinni Wulandari – Cintai Aku
Lagu Terbaik (Singapura)
1 Adakah Dia – Liwani Izzati
2 Boneka – Tiesha
3 Buat Selamanya – Alif
4 Only – Jagad Edge Feat. Firwan Johan & Miiko The 13Th
5 Racun – Farhan Shah
Lagu Terbaik (Malaysia)
1 Mata – Ayda Jebat
2 Nama Yang Kau Lupa – Search
3 Senyum – As’ad Motawh
4 Separuh Matiku Bercinta – Dayang Nurfaizah
5 Superfly – Mimifly
Lagu Terbaik (Indonesia)
1 Jera (Hatiku Masih Milikmu) – Bunga Citra Lestari
2 Jikalau Kau Cinta – Judika
3 Kembalilah – Frelo
4 Lembaran Buku – Isyana Sarasvati
5 Love Again – Afgan
Ikon Media Sosial
1 Raisa
2 Isyana Sarasvati
3 Rizky Febian
4 Jaz
5 Sheila On 7
6 Ayda Jebat
7 Khai Bahar
8 Aiman Tino
9 As’ad Motawh
10 Aliff Aziz
11 Aisyah Aziz
12 Hannah Delisha
Artis Paling Popular (Singapura)
1 Bhumiband
2 Sufi Rashid
3 Alif
4 Haikal Ali
5 Farhan Shah
6 Didicazli
7 The Pinholes
8 Haqim Mokhtar
9 Jagad Edge
10 Aisyah Aziz
11 Ryan Sufiyan
12 Isnina
Lagu Paling Popular (Singapura)
1 Hanya Kamu – Bhumiband
2 Aku Sendiri – Sufi Rashid
3 Buat Selamanya – Alif
4 Kaulah Mimpi – Stereohype
5 Racun – Farhan Shah
6 Sejujurnya – Didicazli
7 Sabarlah Sayang – Din Ilango
8 Antara Nasib Dan Takdir – Haqim Mokhtar
9 Only – Jagad Edge Feat. Miiko The 13Th & Firwan Johan
10 Kepala Batu – The Pinholes
11 Iyalah – Deffi
12 Warna – Isnina
Lagu Paling Popular Apm
1 Aku Sendiri – Sufi Rashid
2 Gila – Ryan Sufiyan & Mimifly
3 Buat Selamanya – Alif
4 Di Matamu – Sufian Suhaimi
5 Bunga – Altimet
6 Tergantung Sepi – Haqiem Rusli
7 Zalikha – Floor 88
8 Senyum – As’ad Motawh
9 Lembaran Buku – Isyana Sarasvati
10 Film Favorit – Sheila On 7
11 Indah Pada Waktunya – Rizky Febian & Aisyah Aziz
12 Bukti – Virgoun
Artis Paling Popular Apm
1 Sufi Rashid
2 Aisyah Aziz
3 Alif
4 Jaz
5 Isyana Sarasvati
6 Raisa
7 Sheila On 7
8 Anji
9 As’ad Motawh
10 Aiman Tino
11 Ayda Jebat
12 Khai Bahar
APM 2018 unveils its 17th edition nominees
Kuala Lumpur, 1 August 2018 – Anugerah Planet Muzik (APM 2018) marks its 17thedition with the unveiling of notable nominees from Singapore, Malaysia, Indonesia and Brunei Darussalam. Organised by Mediacorp Suria, Warna 94.2FM and Ria 89.7FM, the 2018 nominees were announced today at Royale Chulan Damansara with performances by Hannah Delisha, Mimifly, Farhan Shah, Fatin Husna and Khai Bahar. More than 100 local singers and musicians attended the event.
Leading the nomination list is Singapore’s rapper-songwriter Alif Abdullah of former pop duo, SleeQ, with 6 nominations. This is followed with 5 nominations each forMalaysia’s up and coming pop star As’ad Motawh, Singapore’s versatile singers, Aisyah Aziz and Sufi Rashid, as well as Indonesia’s pop princess, Isyana Sarasvati. Please refer to the attached nomination list for more information.
Music fans and enthusiasts are also given the opportunity to vote for their favourite songs and artistes in fan-based categories from now till 25 September 2018, 11.59pm at toggle.sg/apm. The categories are Most Popular Artiste (Singapore), Most Popular Song (Singapore), APM Most Popular Artiste, APM Most Popular Song and Social Media Icon.
Ms Zakiah Halim, Lead of Mediacorp Malay Community said, “Anugerah Planet Muzik has always
e are proud that the APM 2018 nominees a
Ms Azlin Reza Azmi, Senior Assistant Vice President of Astro Group Malay Business,added, “As one of the official APM 2018 broadcasters, Astro is proud to broadcast this prestigious music awards show and highlight the impressive achievements of the talents, both new and experienced, as they come together to present mind-blowing performances for the fans. Tune in to Astro Ria (Channel 104) and Astro Ria HD (123) to watch APM 2018 live and find out who will bring home the coveted APM trophies this year.”
Viewers can expect the hottest music acts and buzzworthy pop culture moments inthis year’s APM that will be held at MES Theatre at Mediacorp on Friday, 28 September 2018 from 9.00pm for 2.5 hours. The awards show will be hosted by Fiza O, Nabil and Daniel Mananta and feature non-stop hit performances by Dato’ Sri SitiNurhaliza, Rossa, Judika, Ayda Jebat, Ryan Sufiyan, Mimifly, Khai Bahar, Sara Fajira, Adrian Khalif, Farhan Shah, Jaz, GAC as well as The Pinholes.
Tickets to APM 2018 are currently sold out.