in , ,

Anugerah MeleTOP Era 2021 Gugur Dua Kategori, Perkenal Tiga Yang Baharu

Nabil Ahmad dan Jihan Muse sambung galas tugas hos utama, senarai calon ‘Top 20’ turut diumum secara rasmi

Selaku pembekal kandungan hiburan utama di Malaysia, Astro menyambut baik inisiatif kerajaan membenarkan peralihan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi kawasan sekitar Lembah Klang khususnya yang berkuat kuasa sejak 1 Oktober lalu. 

Susulan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) membabitkan sektor industri kreatif untuk negeri dalam Fasa 3, pihak Astro dengan berbesar hati membawakan kembali penganjuran anugerah pilihan penonton, Anugerah MeleTOP Era atau ‘AME 2021’ untuk tahun kelapan bagi meraikan karya dan personaliti paling menyerlah sepanjang tahun 2020 yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital. 

Anugerah MeleTOP Era 2021

‘AME 2021’ kembali lebih mantap dan meriah dengan tagline ‘Yang Fresh, Yang Legend’ telah dijadualkan untuk bersiaran secara langsung pada 30 Januari 2022, jam 9.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) atau boleh distrim menerusi perkhidmatan Astro Go dan On Demand. Istimewa untuk para pelanggan Astro yang memiliki dekoder ‘Ultra Box’, siaran ‘AME 2021’ juga akan turut disiarkan dalam format resolusi kualiti 4K UHD. 

Pengacara versatil, Nabil Ahmad dan Jihan Muse sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengendalikan pentas ‘AME 2021’ selaku hos utama. 

Format penganjuran asal ‘AME’ yang menyerahkan kuasa penuh kepada peminat untuk mengundi pemenang bagi kesemua 16 buah kategori utama masih dikekalkan. Untuk edisi 2021, sebanyak tiga buah kategori baharu bakal dipertandingkan iaitu ‘Personaliti TV MeleTOP’, ‘BBNU MeleTOP’ dan ‘Video MeleTOP’. Manakala dua buah kategori yang sedia ada pula digugurkan daripada senarai utama iaitu ‘Hos MeleTOP’ dan ‘Fesyen MeleTOP’. 

Undian fasa pertama untuk memilih calon ‘Top 5’ boleh dihantar mulai 5 Oktober 2021, jam 6.00 petang hingga 19 November 2021, jam 6.00 petang menerusi laman rasmi www.anugerahera.com.my dan aplikasi SYOK. 

Raqim Ahmad, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro
“Sebagai pemain utama industri kreatif tanah air, keprihatinan dan inisiatif kerajaan yang mengumumkan peralihan Fasa 3 dan pembukaan semula industri seni kreatif telah memberi sinar baharu dan kelegaan serta-merta kepada kami setelah segala aktiviti berkaitan sektor ini tergendala selama berbulan- bulan lamanya. 

Meskipun kerancakan aktiviti seni dan acara hiburan pasca pandemik mungkin tidak lagi meriah sepertimana sebelumnya, namun ia tidak sedikitpun menggugat usaha kami untuk beradaptasi secara inovatif agar dapat terus membekalkan kandungan berkualiti sekaligus bergerak ke hadapan demi kelangsungan industri. 

Bagi menambah baik sekaligus memberi kelainan segar untuk penganjuran ‘AME 2021’, pengenalan tiga kategori baharu untuk menggantikan dua yang digugurkan dibuat setelah mengambil kira kesesuaian trend semasa yang mencerminkan perkembangan landskap persada seni masa kini supaya tidak ketinggalan. 

Kemajuan teknologi serba maju dan era media baharu yang lebih dominan pada hari ini membolehkan industri hiburan berevolusi dengan begitu pantas. Seperti yang kita dapat lihat, fenomena kebangkitan generasi ‘BBNU’ dan pempengaruh semakin menguasai industri hiburan sehingga mampu meraih populariti luar biasa. Persaingan sengit untuk menempatkan diri dalam bidang seni juga secara tidak langsung memberi kesan positif kepada kualiti golongan artis sedia ada yang berusaha keras menunjukkan kepelbagaian bakat seni supaya kekal bertahan. 

Semoga pengiktirafan kepada sumbangan dan pencapaian penggiat seni yang diberikan menerusi inisiatif penganjuran ‘AME’ ini dapat memberi permulaan yang baik terhadap kerjaya seni mereka sekaligus melonjakkan semangat untuk terus berkarya dengan cemerlang.” 

Dhan Andreas, Pengurus Rangkaian Kandungan, Astro Radio 

“ERA teruja untuk turut membawa ‘AME 2021’ bagi edisi tahun kelapan ini. Meskipun kita berdepan dengan situasi yang menduga, jenama radio ERA, selaku jenama radio Melayu No. 1 di Malaysia, tetap utuh mengetengahkan bakat- bakat dan karya tempatan, khususnya di dalam industri muzik tanah air, di udara dan di platform digital agar mereka kekal relevan dan diberi pengiktirafan menerusi anugerah yang berprestij ini. 

Berteraskan pilihan dan kegemaran para peminat dalam menentukan undian, semua dijemput untuk menyuarakan pilihan masing-masing dengan membuang undi pencalonan awal ‘Top 20’ bagi kesemua 16 kategori yang dibuka dari sekarang hingga 19 November, menerusi laman rasmi AME 2021 dan di aplikasi SYOK.” 

Sidang Media Anugerah MeleTOP Era 2021

Penganjur Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) berharap tidak ada calon awal Top 20 anugerah hiburan popular itu menarik diri.

Raqim Ahmad berkata, pihaknya berharap semua selebriti yang tercalon dapat turut serta dan memberikan sokongan padu.

“Kita semua sedia maklum yang industri seni sudah agak lama sepi. Jadi kami rasa sudah tiba masanya untuk kita menghidupkannya kembali.

“Sudah tentu pihak kami tidak boleh memaksa setiap orang untuk menyertai acara ini tapi besar harapan kami agar semua selebriti dapat menyertai AME2021,” katanya.

– Raqim Ahmad berkata

TRIVIA MENGENAI ‘AME 2021’ 

Penyertaan ‘AME 2021’ adalah terbuka pada semua syarikat penyiaran televisyen dan radio tempatan, syarikat rakaman, penerbit, artis-artis dan penyumbang lain dalam industri hiburan untuk mengambil bahagian.

Senarai pencalonan ‘Top 20’ untuk 16 kategori utama yang dipertandingkan telah disenarai pendek menerusi sesi penilaian tertutup oleh panel juri khas yang berpengalaman dan berpengaruh dalam industri hiburan tanah air merangkumi platform muzik, radio, televisyen, filem, digital dan pengamal media.

16 kategori utama yang dipertandingkan adalah ‘Lagu MeleTOP ERA’, ‘Penyanyi MeleTOP ERA’, ‘Grup/Duo MeleTOP ERA’, ‘Si Cilik MeleTOP’, ‘Filem MeleTOP’, ‘Bintang Filem MeleTOP’, ‘Drama MeleTOP’, ‘Pelakon MeleTOP’, ‘Video MeleTOP’, ‘Artis Versatil MeleTOP’, ‘Personaliti TV MeleTOP’, ‘Influencer MeleTOP’, ‘Artis Baharu MeleTOP’, ‘Couple MeleTOP’, ‘BBNU MeleTOP’ dan ‘Program MeleTOP’.

Selain daripada 16 kategori tersebut, turut dipertandingkan ialah tiga kategori kemuncak yang ditentukan berdasarkan jumlah undian tertinggi di kalangan calon ‘Top 5’ untuk kesemua kategori utama iaitu ‘Top Top MeleTOP Lelaki’, ‘Top Top MeleTOP Wanita’ dan ‘Top Top MeleTOP Grup/Duo’.

Penganjuran ‘AME 2021’ diaktifkan oleh 100PLUS selaku Penaja Utama. Dua buah kategori utama yang turut dipertandingkan iaitu ‘Influencer MeleTOP’ dan ‘Artis Versatil MeleTOP’ dibawakan oleh 100PLUS. Jenama 100PLUS mengakui semangat dalam bentuk dan skala yang berbeza. 100PLUS hadir menemani supaya menjadi lebih baik dalam perkara yang digemari.

Manakala portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital untuk ‘AME 2021’.

Barisan penyanyi popular yang berpadu suara untuk menyanyikan lagu tema ‘Anugerah MeleTOP ERA 2021’ adalah Darmas Band, Dolla, Lil J, Syamel, Yonniboii dan Iman Troye. Lagu tersebut turut mendapat sentuhan Ezra Kong selaku komposer serta lirik nukilan oleh Ezra sendiri bersama Lil J.

IKUTI INFO TERKINI ‘AME 2021’ DI PLATFORM INI 

@meletop MeleTOP MyMeleTOP @mymeletop MeleTOP 

#AME2021 ERA.je Gempak Aplikasi SYOK 

Anugerah MeleTOP Era 2021 Gugur Dua Kategori, Perkenal Tiga Yang Baharu Anugerah MeleTOP Era 2021 Gugur Dua Kategori, Perkenal Tiga Yang Baharu Anugerah MeleTOP Era 2021 Gugur Dua Kategori, Perkenal Tiga Yang Baharu Anugerah MeleTOP Era 2021 Gugur Dua Kategori, Perkenal Tiga Yang Baharu Anugerah MeleTOP Era 2021 Gugur Dua Kategori, Perkenal Tiga Yang Baharu Anugerah MeleTOP Era 2021 Gugur Dua Kategori, Perkenal Tiga Yang Baharu Anugerah MeleTOP Era 2021 Gugur Dua Kategori, Perkenal Tiga Yang Baharu Anugerah MeleTOP Era 2021 Gugur Dua Kategori, Perkenal Tiga Yang Baharu

MENGENAI PENAJA UTAMA 

100PLUS merupakan minuman isotonik pertama di Malaysia yang dilancarkan pada tahun 1983. Ianya bebas kafein dan bertujuan untuk menghilangkan dahaga serta dirumus khas untuk membantu memulihkan apa yang telah hilang dalam tubuh ketika melakukan aktiviti fizikal dan menyegarkan tubuh badan menerusi keseimbangan penghidratan secara optimum. Rumusan uniknya menggabungkan cecair, karbohidrat dan elektrolit untuk penyerapan cecair dengan lebih cepat dan cekap ke dalam badan. 

Hari ini, 100PLUS merupakan jenama utama dibawah pengurusan F&N di Malaysia. Ia dikeluarkan dan dipasarkan oleh F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, pengeluar minuman ringan terbesar di Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut mengenai 100PLUS, layari laman rasmi di https://100plus.com.my/ atau saluran sosial media @my100plus di Facebook, Instagram & Twitter. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ustaz Kazim Mendedahkan Dirinya Disihir dari Tahun 1996, Ini Perkara Aneh Yang Berlaku

Akim Ahmad & Stacy Tubuhkan Kumpulan DUNYA Pertaruhkan Sharul Kamal Sebagai Vokalis