Giliran persembahan 12 finalis Anugerah Juara Lagu ke-29 kini diumumkan di acara konsert mini istimewa yang diadakan di perkarangan pusat membeli belah Nu Sentral. Malah sebuah sidang media juga dijalankan pada hari yang sama untuk berkongsi persiapan dan konsep yang bakal diinterprestasikan di malam gilang-gemilang itu nanti.
Tahun ini AJL29 memilih tema “Gema dalam Muzik†di mana pentas unggul itu kembali kepada elemen asas dan intipati sesebuah muzik. Malah malam itu juga bakal mengangkat instrumen muzik sebagai dasar terpenting di dalam penghasilan bunyi. Gabungan bunyi yang terhasil inilah yang dinamakan gema yang bakal memeriahkan AJL29.
“Setiap tahun rakyat Malaysia pastinya teruja menantikan Anugerah Juara Lagu kerana anugerah ini bakal menobatkan karya muzik terbaik sebagai Juara Lagu selain persembahan mantap daripada para finalis AJL29. TV3 berbesar hati untuk meneruskan tanggungjawab kami dalam pencarian lagu terbaik dan membawakan kandungan menarik melalui produksi tempatan yang bertaraf antarabangsa. Ini juga salah satu tawaran kami untuk membuka tirai tahun 2015,†kata Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin.
Tahun lalu rancangan ini telah ditonton lebih 4 juta rakyat Malaysia selain menjadi trending no.1 di dalam negara dan seluruh dunia menerusi platform sosial. Penerimaan positif terhadap Anugerah Juara Lagu membuktikan ianya bukan sekadar rancangan digemari malah menjadi sebahagian daripada agenda negara kerana rata-rata rakyat Malaysia dan pencinta muzik bakal tertunggu-tunggu melihat lagu manakah yang akan dinobatkan sebagai Juara Lagu.
Apresiasi ‘Gema Dalam Muzik’ di Kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-29
YANG BERBAHAGIA DATO’ SERI DR HAJAH HASMIZA OTHMAN, Pengasas Vida Beauty penaja Utama AJL29
Anugerah Juara Lagu 29 bakal dipancarkan oleh Pamoga dan Qu Puteh sebagai penaja utama dan Nu Sentral selaku penaja bersama.
“Kami amat berterima kasih kepada Pamoga dan Qu Puteh selaku penaja utama kami dan Nu Sentral sebagai penaja bersama kerana sudi menjayakan Anugerah Juara Lagu pada tahun ini. Sokongan mereka bakal memeriahkan lagi anugerah yang memberikan pengiktirafan kepada karya muzik terbaik tanah air. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang,†tambah Sherina.
Pengasas Vida Beauty, Yang Berbahagia Dato’ Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman yang terkenal dengan tagline ‘Qu Puteh, Barulah Putih’ berkata:
“Saya amat berbesar hati kerana pada tahun ini, Pamoga Qu Puteh dapat bersama-sama dengan 12 finalis yang hebat-hebat belaka di pentas Anugerah Juara Lagu ke-29 ini. Saya juga sangat bersyukur kerana Pamoga Qu Puteh diberi peluang keemasan untuk menyokong industri muzik Malaysia untuk lebih maju dan berdaya saing diperingkat antarabangsa. Satu kebanggaan kepada industri muzik tanah air kita kerana memiliki penulis lirik dan komposer lagu yang hebat-hebat belaka. Seperti mana yang kita tahu, ini adalah acara yang ditunggu-tunggu setiap tahun, ada satu kelainan yang hanya terletak dalam juara lagu, dengan temanya yang sentiasa berbeza-beza setiap tahun. Seperti mana kelainan dalam juara lagu yang berprestij ini, begitu juga dengan Pamoga Qu puteh, yang sentiasa memberi kelainan kepada pengguna-pengguna dari segi bidang pengiklanan dan juga bidang pemasaran.â€
“Sejujurnya, saya amat berbangga kerana industri muzik tanah air kita mempunyai bakat-bakat yang hebat dalam bidang nyanyian. Anugerah Juara Lagu ini sentiasa mendapat tarikan yang tinggi dan mencecah jutaan penonton setiap tahun. Seluruh rakyat Malaysia sangat teruja untuk menonton acara ini, dan diharapkan dengan gabungan Pamoga Qu Puteh, akan memberi cetusan dan pancaran yang lebih bersinar serta memberi kesan baru kepada penonton.
“Kekuatan tidak datang dari kemampuan, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah dan tidak kenal erti lelah. Begitulah juga harapan saya kepada peserta-peserta Anugerah Juara Lagu ke-29 tahun ini, supaya mereka dapat bersungguh-sungguh dan yakin akan kebolehan serta bakat mereka yang tersendiri. Saya sentiasa berdoa agar industri muzik Malaysia akan lebih maju dan berdaya saing di peringkat antarabangsa dengan penampilan Pamoga Qu Puteh yang sentiasa mengiringi dan menggamatkan anugerah yang berprestij kali ini. ‘Coming together is only a beginning, keeping together is a process, and working together is a success’,†tambahnya.
Para pemenang Anugerah Juara Lagu 29 juga akan menerima hadiah yang lebih lumayan iaitu selain trofi, hadiah wang tunai juga telah dinaikkan. Bagi juara AJL29 mereka bakal menerima wang tunai sebanyak RM50,000. Naib juara pula akan menerima RM35,000 dan tempat ketiga RM20,000. Bagi kategori vokal terbaik dan persembahan terbaik masing-masing akan membawa ganjaran RM12,000.
Sebahagian daripada rangka promosi, konsert mini yang diadakan sekitar jam 3.00 petang di perkarangan Nu Sentral itu ternyata menjadi salah satu tarikan para pengunjung untuk bertemu finalis AJL29 kesayangan mereka. Nu Sentral selaku penaja bersama AJL29 turut berbangga menjadi lokasi berlangsungnya konsert mini tersebut. Pusat beli-belah yang menjadi tarikan terbaru di Kuala Lumpur itu mempunyai 9 tingkat selain menjadi tempat persinggahan yang ideal dan mudah dikunjungi para pengguna transit kerana lokasinya yang bersebelahan dengan hub pengangkutan awam. Antara beberapa finalis AJL29 yang akan turut serta ialah Amy Search, Alyah, Hazama, Indah Ruhaila, Joe Flizzow, SonaOne dan Waris.
TV3 bersama portal muzik rasmi AJL, Tonton Music serta radio rasmi AJL, Hot FM turut menganjurkan peraduan ‘Cover Kami’ buat mereka yang berbakat di dalam bidang nyanyian. Pemenang berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM5,000 serta membuat persembahan langsung di pentas sebalik tabir AJL29! Maklumat lanjut dan panduan boleh diperolehi di www.anugerahjuaralagu.com.
Dihoskan oleh AG dan Scha Al-Yahya, Anugerah Juara Lagu ke-29 akan dipancarkan oleh PAMOGA dan Qu Puteh pada hari Ahad, 18 Januari 2015 secara langsung pada jam 9.00 malam dari Stadium Putra Bukit Jalil.
Orang ramai juga digalakkan menggunakan #AJL29 bagi sebarang interaksi dan perbincangan mengenai Anugerah Juara Lagu di laman media sosial. Ikuti @TV3Malaysia untuk mendapatkan perkembangan terkini acara ini menerusi akaun Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube. Layari www.anugerahjuaralagu.com untuk maklumat lanjut.
Berikut adalah senarai lagu yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu yang ke 29 (mengikut turutan giliran):
*tertakluk kepada sebarang perubahan/persetujuan
BIL | TAJUK LAGU | PENYANYI | KOMPOSER | PENULIS LIRIK |
1 | MALAIKAT | HAZAMA THE PENGLIPURLARA | OMAR K, Â MIKE CHAN & HAZAMA | OMAR K, MIKE CHAN & HAZAMA |
2 | PERCAYALAH | INDAH RUHAILA | AIMAN | MOHD ATLAS |
3 | SESAL SEPARUH NYAWA | ALYAH | ALFIE ALWI & AIDIL | SHAH SHAMSHIRI & ALYAH |
4 | GADIS JOLOBU | W.A.R.I.S & DATO’ HATTAN | DJ FUZZ | W.A.R.I.S & DATO HATTAN |
5 | ROMANCINTA | MOJO | EDRY ABD HALIM | EDRY ABD HALIM |
6 | RENTAK LAGUKU | BUNKFACE & AMY SEARCH | SAM BUNKFACE | SAM BUNKFACE |
7 | MATAHARI | HAFIZ SUIP | AJAI | TRANSFORMER MELAYU |
8 | GILALAH | STACY | OMAR K & MIKE CHAN | STACY |
9 | DI PINTU SYURGA | DAYANG NURFAIZAH | TAM (SPIDER) | IMAN IMRAN |
10 | APA KHABAR | JOE FLIZZOW & SONAONE | SonaOne & JOE FLIZZOW | JOE FLIZZOW |
11 | LELAKI | NAJWA MAHIADDIN & THE PALAUANS (nyanyian asal oleh Yuna) | YUNA & AG COCO | YUNA |
12 | MASIH AKU CINTA | SHILA AMZAH | SHILA AMZAH | SHILA AMZAH |