Berlangsung tanpa penonton, kemeriahan AJL35 telah dimulakan dengan Debaran AJL35 yang bersiaran langsung bersama Haziq Hussni dan Sherry Alhadad, semalam pada pukul 5.30 petang. Malam ini pula, AJL35 bermula dengan Lounge AJL35 bersama Sissy Imann dan Muaz Mohamed, secara langsung di TV9 pada pukul 8.30 malam. Diteruskan pula dengan persembahan pembuka tirai dengan persembahan mantap yang dibarisi oleh Ella, Naim Daniel, dan Yonnyboii diikuti dengan persembahan lagu #BaikSemula oleh Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique. Selain itu, persembahan interlude AJL35 akan digemparkan dengan persembahan bertemakan ‘project band’ di mana Hujan, Hazama The Penglipur Lara dan Akim & The Majistret akan mempertaruhkan persembahan medley & ‘mash up’ lagu-lagu terbaik mereka bersama Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan Ziana Zain.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato Khairul Anwar Salleh, “Anugerah Juara Lagu kali ini kami jadikan pemulihan sebagai hala tuju dan misi rancangan ini. Kami juga bercadang untuk jadikan AJL35 ini satu penanda aras bagi rancangan-rancangan hiburan siaran langsung tempatan ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dari aspek pematuhan SOP tanpa menggadaikan kemeriahan rancangan tersebut. Oleh itu, pelbagai langkah-langkah pencegahan tambahan telah kami laksanakan seperti mewajibkan ujian saringan dalam kalangan artis tempoh hari, pensanitasi berkala pada peralatan dan lokasi, mengehadkan jumlah artis di pentas kepada enam orang, dan banyak lagi. Kami berharap agar para penonton bersifat lebih terbuka dan menerima AJL35 ini sebagai sebuah rancangan yang diberikan konsep baharu.”
“Sebagai sebuah rancangan yang dinanti-nantikan saban tahun, McDonald’s Malaysia berharap penglibatan kami sebagai penaja utama AJL35 dapat memeriahkan lagi industri seni tanah air, selain meraikan bakat-bakat penyanyi tempatan. Apa yang penting, rakyat Malaysia boleh menonton AJL35 dengan selesa di rumah sambil menikmati hidangan McDonald’s kegemaran melalui pesanan McDelivery”, kata Puan Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.
AJL kali ini menjalin kerjasama dengan Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia, sebuah badan amal yang sudah lebih 30 tahun bertapak di negara ini, untuk kita sama-sama membantu kanak-kanak yang memerlukan. RMHC Malaysia komited dalam pelbagai usaha kebajikan demi kelangsungan, kesejahteraan dan masa depan kanak-kanak.
Oleh itu, AJL35 turut menyeru rakyat Malaysia untuk menghulurkan sumbangan ikhlas ke tabung RMHC Malaysia sempena kempen Baik Semula. Kempen ini mensasarkan sumbangan berjumlah RM300,000 bermula malam ini sehingga penghujung bulan Mei. Para dermawan boleh mengimbas kod QR yang tertera di skrin atau dengan cara pemindahan wang di nombor akaun rasmi tabung RMHC, 5125-3014-1938 (Maybank).
“Melalui kempen ‘Baik Semula’ yang dilaksanakan ini, kami ingin berdiri teguh bersama rakyat Malaysia dalam menghadapi cabaran COVID-19 dan membantu mereka yang memerlukan, terutamanya golongan kanak-kanak. Sebagai badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia, RMHC Malaysia akan menggunakan dana yang berjaya dikumpulkan untuk memberi manfaat dan membantu lebih ramai kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh negara,” tambah Melati.
Upacara kemuncak AJL35 bersama Sherry Alhadad, Haziq Hussni dan Awal Ashaari malam ini semestinya diisi dengan persembahan 12 finalis yang dinanti-nantikan.
Seperti tahun-tahun lalu, pada malam ini juga, finalis-finalis AJL35 akan berentap demi memenangi lima kategori utama; Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Naib Juara dan Juara Lagu 35. Para pemenang akan membawa pulang sebuah trofi AJL35 dan wang tunai.
Pemenang Persembahan Terbaik akan menerima wang tunai RM12 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 35 serta baucar McDonald’s Malaysia selama setahun. Pemenang Vokal Terbaik akan menerima wang tunai RM12 ribu dan trofi Anugerah Juara Lagu 35. Pemenang Tempat Ketiga akan menerima wang tunai RM20 ribu dan trofi Anugerah Juara Lagu 35. Naib Juara akan menerima wang tunai RM35 ribu dan trofi Anugerah Juara Lagu 35. Juara Lagu akan menerima wang tunai RM50 ribu dan trofi Anugerah Juara Lagu 35.
Setiap persembahan finalis AJL35 malam ini dinilai oleh sepuluh juri profesional tanah air yang diketuai oleh Dato’ Mokhzani. Juri-juri lain yang turut menyokong tugas Dato’ Mokhzani adalah Azmeer, Ajai, Dato’ Syafinaz, Edrie Hashim, Helen Yap, AG Coco, LY, Dato’ Acis dan Lukhman S.
AJL35 menampilkan penaja utama, McDonald’s Malaysia, “Meriahkan Anugerah Juara Lagu 35 di rumah sambil menikmati menu kegemaran anda melalui McDelivery! Bila teringin, McDelivery hantar. Senang”.
Selain itu, penaja-penaja bersama iaitu Sabella dan Celcom Xpax, “Truly Unlimited. Internet Tanpa Had, 2x lebih pantas di rangkaian yang terluas” serta Shell selaku rakan penaja. Selain itu, AJL35 turut disokong oleh rakan-rakan pemasaran, rakan radio Hot FM dan Kool FM serta rakan digital Senang Terhibur, OHBULAN! dan xtra.com.my.
Jangan lupa rasai kehangatan Anugerah Juara Lagu 35 di kaca televisyen anda pada pukul 9 malam, 14 Mac 2021 serta strim live HD di tonton.com.my serta YouTube TV3 Malaysia. Dapatkan maklumat lanjut AJL35 di laman sesawang www.anugerahjuaralagu.com serta laman sosial media rasmi Facebook, Instagram dan Twitter TV3 Malaysia dan Senang Terhibur. Ikuti juga trend semasa perbualan alam maya melalui #AJL35.
Mengenai TV3
Stesen TV No. 1 Malaysia sentiasa menghasilkan kandungan rancangan terbaik yang mencetus fenomena sepanjang 34 tahun bersiaran. Antaranya, drama bersiri – Nur, Leftenan Zana dan 7 Hari Mencintaiku. Rancangan anugerah – Anugerah Juara Lagu dan juga rancangan realiti seperti Immortal Songs, Vokal Mania, Lagu Cinta Kita 2 dan I Can See Your Voice Malaysia. Buletin Utama telah merekodkan jumlah tontonan tertinggi pada setiap hari manakala Saluran YouTube TV3 – @TV3MALAYSIAOFFICIAL bukan sahaja menghimpunkan rancangan-rancangan popular siaran TV3 malahan ia juga merupakan antara saluran YouTube yang paling tinggi langganan di Malaysia.
Mengenai McDonald’s
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 39 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 300 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.
Mengenai Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia
RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah. Sejak lebih 30 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 80,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM30 juta. Kesemua program ini dapat dijayakan hasil sumbangan ikhlas pelanggan-pelanggan McDonald’s yang bermurah hati menderma kepada tabung dan Kiosk Pesanan Layan Diri di restoran-restoran McDonald’s serta tajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/
Mengenai Celcom Axiata Berhad
Celcom merupakan operator mudah alih swasta yang pertama di Malaysia, dengan lebih13 juta pelanggan. Ditubuhkan pada tahun 1988, ia mempunyai liputan meluas bagi rangkaian 2G, 3G dan 4G LTE di negara ini, meliputi kira-kira 98% populasi. Celcom kini memacu ke arah penyelesaian integrasi pelbagai akses, perkhidmatan multimedia, dan Objek Rangkaian Internet (IoT). Budaya dalam mengutamakan pengalaman pelanggan diperlihatkan melalui penerimaan anugerah dalam perkhidmatan pelanggan, produk, dan juga pelbagai pengiktirafan di peringkat serantau. Celcom merupakan sebahagian daripada Kumpulan Axiata Berhad, salah satu syarikat telekomunikasi terbesar di dunia merentasi 10 pasaran Asia. Untuk maklumat lanjut mengenai Celcom, layari www.celcom.com.my
Mengenai Sabella
SABELLA adalah syarikat busana tanpa gosok No 1 di malaysia yang menawarkan fesyen rekaan terkini setiap hari. Sabella mementingkan kesesuaian produk dipakai dalam jangka masa yang lama oleh wanita berkerjaya dari segi potongan dan juga kain yang digunakan agar sentiasa sejuk dan selesa dipakai. Setiap produk Sabella dijahit selepas menerima tempahan untuk memastikan pelanggan sentiasa mendapat saiz yang diingini dengan kualiti yang di jamin.
Syarikat Sabella bukan sahaja menyediakan busana rekaan terkini kepada pelanggan tetapi juga membuka peluang perniagaan kepada rakyat Malaysia tanpa perlu mengeluarkan modal melalui program dropship syarikat. Setakat ini, syarikat Sabella mempunyai lebih daripada 80,000 agen dropship di seluruh Malaysia. Dengan mengeluarkan rekaaan baru setiap hari, kelompok usahawan Sabella boleh meraih pendapatan lumayan melalui hasil jualan ynag tidak putus.
Kunci kejayaan syarikat adalah dedikasi pasangan pengasas Tuan Sufian Sulaiman dan Siti Fatimah Abd Asmad dalam memastikan bukan sahaja syarikat menghasilkan produk menarik dan berkualiti tinggi, tetapi juga usahawan di bawah syarikat ini dibimbing sehingga berjaya. Sebagai usaha untuk membangunkan lebih ramai usahawan di bawah naungan Sabella, syarikat ini membuka jualan atas talian untuk seluruh rakyat Malaysia bemula 2021. Hasil daripada jualan atas tallian kemudiaannya akan dikongsikan kepada usahawan Sabella menerusi sistem perkongsian yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Mengenai tonton & XTRA
Tonton adalah perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 8.4 juta pengguna, menyaksikan pertumbuhan lebih 20,000 ahli setiap minggu sehingga kini selepas 8 tahun pelancarannya pada tahun 2010. Nikmati kandungan tempatan terbaik dan acara LIVE eksklusif dalam definisi tinggi (HD) yang dibawakan secara PERCUMA tanpa had. Dengan peningkatan servis, alami pengalaman baru dalam menonton keseluruhan episod secara menerus. Dengan perkhidmatan terbaharu ini, visi tonton adalah untuk menjadi platform hiburan video tempatan #1 untuk drama Malaysia yang terbaik dan terkini, acara LIVE eksklusif dan banyak lagi. Selain dari itu, dapatkan gosip terbaru dan tip gaya hidup anda melalui laman xtra (www.xtra.com.my), kini boleh dilayari menerusi web dan aplikasi tonton. Muat turun atau kemas kini aplikasi baru tonton dari Google Play & App Store hari ini atau layariwww.tonton.com.my.