Anugerah digital muzik ERA (#EDMA2018) yang dianjurkan oleh ERA telah masuk tahun ke-3 memberi pengiktirafan kepada artis-artis tempatan. Selaku jenama radio Melayu No. 1 di Malaysia, ERA percaya anugerah EDMA 2018 dapat mengembangkan bakat dan kerjaya seni suara penyanyi baru serta yang tersedia ada, supaya mereka mendapat peluang untuk mencipta nama dalam industri muzik tanah air.
Selaku jenama radio Melayu No. 1 di Malaysia, ERA percaya anugerah EDMA 2018 dapat mengembangkan bakat dan kerjaya seni suara penyanyi baru serta yang tersedia ada, supaya mereka mendapat peluang untuk mencipta nama dalam industri muzik tanah air.
Peminat setia ERA akan diberi peluang untuk mengundi melalui https://edma.era.je/. Sistem pengundian digital ini mengikut rentak peredaran masa dan bertujuan mendekati peminat-peminat ERA yang ramainya celik teknologi.
Fasa pertama untuk mengundi 5 calon terbaik dalam setiap kategori akan bermula dari 31 Disember 2018 sehingga 13 Januari 2019. Manakala, fasa kedua untuk pemilihan juara bagi setiap kategori pula akan dibuka dari 14 sehingga 23 Januari 2019.
Anugerah Digital Muzik Era (ERA DIGITAL MUSIC AWARDS 2018) Kembali Iktiraf Penyanyi Viral Di Platform Digital
EDMA 2018 memperkenalkan 3 kategori baru iaitu Lagu Paling Viral, Penyanyi Paling Lit di Media Sosial dan Video Muzik Paling Lit yang mengiktiraf pencapaian artis-artis viral di media sosial. Kategori-kategori yang terus kekal pula adalah seperti Penyanyi Kolaborasi Terbaik, Temubual Terbaik Carta ERA 40dan Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40.Tambahan lagi, satu anugerah kategori penaja iaitu Penyanyi Pilihan DEEJA juga termasuk dalam EDMA 2018. (Sila rujuk di bawah untuk mendapatkan senarai 10 calon yang disenarai pendek dalam setiap kategori.)
Untuk maklumat lanjut mengenai EDMA 2018, sila ikuti laman sosial ERA (Facebook, Instagram, Twitter) dan layari www.era.je
SENARAI CALON ‘ERA DIGITAL MUSIC AWARDS 2018’ (EDMA 2018)
(Nota: Hanya 6 kategori dibuka untuk undian)
Lagu Paling Viral
- Sufian Suhaimi – Dimatamu
- Santesh – Amalina
- Hael Husaini – Hajat
- Faizal Tahir – Ragaman
- Dato’ Sri Siti Nurhaliza – Anta Permana
- Ben Ladin – Hikayat Benladin
- Haqiem Rusli – Selamat Tinggal Sayang
- One Avenue Band – Kisah Antara Kita
- Zizi Kirana – Nak Ke Tak Nak
- Elizabeth Tan – Police Entry
Penyanyi Kolaborasi Terbaik
- Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah – Haram
- Wani Syaz dan Waris – Pendusta Cinta
- Floor 88 dan Baby Shima – Roadblock Hatiku
- Kaer dan Amylea – Tak Pernah Hilang
- Tajul dan Wany Hasrita – Rindu Dalam Benci
- Aiman Tino dan Fara Hezel – Terasa Cinta
- Syamel dan Ernie Zakri – Aku Cinta
- Ryan Deedat dan Sandra – Salimah
- Haqiem Rusli dan Aman RA – Jatuh Bangun
- Faizal Tahir dan Caliph Buskers – Buta
Video Muzik Paling Lit
- Faizal Tahir – Ragaman
- Andi Bernadee – Satu Peluang
- Zizan Razak – Kau Takkan Tahu
- Ismail Izzani – Bidadari
- Floor 88 – Roadblock Hatiku
- Bunkface – Shiver
- Sarah Suhairi – Nyawa Raga
- Altimet – Muda
- Joe Flizzow – Sampai Jadi
- Joe Flizzow, SonaOne, Altimet dan Alif – Sang Saka Biru
Penyanyi Paling Lit di Media Sosial
- Hael Husaini
- Sarah Suhairi
- Syada Hamzah
- Naim Daniel
- Kucaimars
- Aliff Satar
- Wani Syaz
- Khai Bahar
- As’ad Motawh
- Ismail Izzani
Temubual Terbaik Carta ERA
- Misha Omar
- Elizabeth Tan
- Ben Ladin
- Sarah Suhairi
- Aliff Satar
- Shiha Zikir
- Sufian Suhaimi
- Wany Hasrita
- Haqiem Rusli
- Ara Johari
Penyanyi Pilihan DEEJA
- Sufian Suhaimi
- Ismail Izzani
- Elizabeth Tan
- Ayda Jebat
- Dayang Nurfaizah
- Misha Omar
- Faizal Tahir
- Aizat Amdan
- Arif Bahran
- Syamel
Lagu Paling Lama dalam Carta ERA 40
(Nota: Kategori ini tidak dibuka untuk undian)