[dropcap]R[/dropcap]amai orang kata, “Wow, Blog Budiey.com ni blog hiburan yang popular…bla bla bla, dapat interview Will Smith & Jaden Smith di Taiwan, bla bla bla…” Tapi Budiey lebih baik menyangkal atau menafikan sekeras-kerasnya kata-kata mereka, sebab jika blog ni blog hiburan paling popular, dah lama Budiey menang dalam anugerah blog paling gempak di Malaysia ni, DiGi Internet for All WWWOW Awards! Tak gitu?
Ya, betul lah, anugerah blogger terbesar ini menjadi pengukur samada anda ada ramai pengikut atau pembaca yang setia ke tak. Nak tahu samada anda adalah blogger yang ramai pengikut yang luar biasa, haaaa, cubalah join pertandingan ini.
Kenalah masuk dulu, baru tau. Belum cuba belum tahu. Penyertaan dibuka dah, jangan tunggu-tunggu lama lagi ya, daftar sekarang. Buatlah kempen apa sahaja sekalipun untuk menjadikan anda seorang pemenang.
Undian juga dah pun dibuka dari 3 Jun lalu sehingga 23 Jun 2013. Anda hanya diberi peluang menggundi sekali sahaja untuk setiap kategori dalam satu hari. Bermakna, undian boleh dibuat secara harian. Satu hari satu undi. Nak undi senang je sebab ia hanya perlu sign ini guna akaun Facebook, Twitter atau Google Plus. Mudah giler!
Budiey rasa, tak perlulah Budiey nak perkenalkan apa itu DiGi Internet For All WWWOW Awards ni sebab masuk ni dah 3 kali kot anugerah ini diadakan. Memang semua orang kenal dan tahu anugerah ni anjuran DiGi dan ia ditujukan buat semua pengguna internet yang tegar. Lagi satu, Budiey rasa anugerah ni cukup berprestij sebab ia mengiktiraf usaha anda sebagai pengguna internet yang paling happening. Tak kiralah anda seorang blogger ke, Twitterer ke, Vlogger ke, jual barang secara online ke, yang penting, ia melibatkan penggunaan internet, anugerah ini mengiktiraf nama anda dalam industri internet.
Tahun lepas, DiGi Internet For All WWWOW Awards 2012 dah cipta satu lagi sejarah. Kira, dah pecah rekod di mana jumlah blog yang mendaftar ialah 1,705 penyertaan yang dihantar dalam masa 30 hari dan menerima undian sebanyak 170.629 undian untuk 14 kategori yang dipertandingkan. Di situ kita dapat lihat perkembangan yang sihat di mana selama 14 hari tempoh undian dijalankan, ramai pengguna internet mengambil bahagian.
Tahun ini, Budiey dengar-dengar, anugerah DiGi WOWWW Awards kembali lagi dengan kehebatannya yang tersendiri. Penyertaan dah pun dibuka sekarang sehingga 23 Jun 2013. Jadi, apa kata, jika anda ada nama-nama blogger yang anda rasa layak dipertandingkan, nah, inilah masanya untuk turut serta.
Baru-baru ini, Budiey ada menghadiri Majlis Pelancaran Anugerah DiGi WOWWW 2013 di D’House, DiGi HQ kat Shah Alam. Budiey hadir pun semata-mata dijemput untuk menjadi panel blogger bagi berkongsikan tips blog dan menceritakan sedikit pengalaman selama 7 tahun menjadi blog hiburan sepenuh masa.
Semasa media launch, sebanyak 15 kategori anugerah telah diumumkan di mana ada satu kategori baru untuk microblogger. Setiap anugerah, ada penaja hadiah. Nah ini senarai anugerah yang dipertandingkan pada tahun ini.
1. IACT College Top Online Over-Achiever Under 16 Award 2013
2. Nuffnang Fave Makan-Makan Expert 2013
3. MSN Fave Entertainment Blog 2013
4. Lowyat.net Fave Tech Head 2013
5. Mudah.my Online Shop of the Year 2013
6. Nuffnang Blogger of The Year 2013
7. ChurpChurp Shorty Blogger of the Year 2013 *NEW*
8. Innity Most Inspiring Internet for Good Award 2013
9. Says.my Fave Video of The Year 2013
10. Yahoo! Photo(Story) of The Year 2013
11. Google Breakthrough YouTube Sensation/Star of The Year 2013
12. Malaysiakini Social Media Gathering of The Year 2013
13. inMobi App of the Year Award 2013
14. DiGi WWWOW People’s Choice of The Year Award 2013 (by popular vote)
15. DiGi WWWOW Of The Year 2013 (The Best of The Best)
Jika diperhatikan betul-betul, hadiah pada tahun ini lebih kepada memberi peluang kepada anda menimba pengalaman yang sangat berharga. Contohnya, Nuffnang telah menaja pemenang Blogger of The Year dan Fave Makan-Makan Expert di mana mereka akan memenangi 3H2M melancong ke Manila, Filipina bersama Chukei (blogger tempatan terkenal) dan BroDontLikeThat (pemenang Blogger of The Year 2013) untuk bertemu dengan Yugatech (Top Blogger Tech dari Filipina dan DivinemLee (Top Filipina Blogger yang juga model serta pelakon kat sana). Selain dapat melancong, dapat pula belajar tentang tips-tips berguna dengan top blogger ni. Kalau macam tu, Budiey pun nak join jugak lah. Mana tahu, tahun ni ada rezeki untuk Budiey.
Paling gempak bila tengok hadiah utama People’s Choice Award dan DiGi WWWOW of The Year (The Best of The Best) akan dapat menerima percutian ke Oslo, Norway. WOW, bestnya!
Disebabkan hadiah kali ni, hadiah yang berupa percutian berharga di mana pengalaman yang tak dapat dibeli dengan duit, jadi memang sesuailah dengan tema kali ini iaitu Dream Big, Do Bigger.
Senarai pendek nama pencalonan akan diumumkan tak berapa lama je lagi ni. Jadi, masa ni la nak undi sekerap yang boleh. Tempoh undian dan pengadilan akan dijalankan dari 24 Jun sehingga 5 Julai 2013. Penyertaan yang dapat undian paling banyak akan disenarai-pendek dan jika dapat lebih dari satu pencalonan, penyertaan boleh menang lebih dari satu anugerah. Hadiah akan disampaikan kepada pemenang pada 6 Julai 2013.
Ingin Budiey tekankan kat sini, penyertaan untuk anugerah ni bukan untuk pengguna internet yang popular je, ia terbuka kepada semua blogger dan pengguna internet di seluruh Malaysia.
Kepada anda semua pembaca yang budiman, Budiey dengan ini menyeru untuk anda masuk ke laman web www.wwwow.my untuk mengundi calon pilihan anda sekarang. Jangan bertangguh lagi, undi sekarang!
Budiey melihat anugerah ini adalah jalan yang singkat untuk anda berjaya dan dikenali. Jika Budiey mengambil masa 2-3 tahun untuk ‘establish’ dalam bisnes blog ni, anda hanya perlu mengambil satu langkah iaitu join anugerah ini dan jika bernasib baik, anda menang dan banyak faedahnya. Tak sampai setahun, anda akan dikenali. Apabila anda dikenali, banyak peluang yang akan datang seterusnya mengubah kehidupan anda menjadi lebih baik.
Jadi, apa tunggu lagi, layari www.wwwow.my untuk info lanjut dan undi pilihan anda sekarang!