in , ,

Anugerah Boh Cameronian Kembali Dengan Lebih Ummph dan Pembaharuan

BOH Plantations dan Kakiseni mengumumkan senarai pencalonan untuk acara berprestij, Anugerah Seni BOH Cameronian ke-18

Bersedia! Anugerah Seni Cameronian BOH kembali lagi. Tahun ini, acara ini bakal menjadi sebuah sambutan paling menarik untuk industri seni persembahan usai pengoperasian semula teater dan lokasi seni dibuka sepenuhnya kepada penonton.

Bagi meraikan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di atas pencapaiannya di Hollywood, Anugerah Seni Cameronian BOH ke-18 memberi peluang yang dirasakan tepat pada masanya dan sangat baik untuk ramai bakat di Malaysia.

Penggiat-penggiat seni baru juga telah membuat penyertaan bagi persembahan  mereka yang memukau. Sambutan penyertaan yang menggalakkan menyaksikan penghibur generasi baharu akan terus dengan semangat  dan antuasias yang menyala untuk seni!

Bersiap sedia untuk meraikan serta memberikan penghormatan kepada mereka yang telah bekerja dengan berani dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Anugerah Seni Cameronian BOH ke-18 dimulakan dengan Pengumuman Calon di Performing Arts Centre  Petaling Jaya (PJPAC), 1 Utama.

Anugerah Seni BOH Cameronian ke-18 merupakan kemuncak persembahan yang diadili sejak tiga tahun lepas (2020, 2021 & 2022) apabila industri seni terpaksa mengharungi wabak yang telah mengubah dunia. Walau bagaimanapun, lebih 1010 produksi telah menyerahkan penyertaan yang telah diadili oleh sekumpulan juri yang hebat.

Anugerah Boh Cameronian Kembali Dengan Lebih Ummph dan Pembaharuan

Para juri merupakan Dr Andrew Filmer, Dominic Luk, Janet Kan, Ng Yuet Sum, Sara Heng, Dr Sayyid Shafiee, Tan E-Jan untuk Muzik; Alla@Azura Abal Abas, Choong Wan Chin, Foo Chi Wei, Kenny Shim, Rathimalar Govindarajoo, Mohd Yunus Ismail untuk Tarian; Christopher Ling, Fazleena Hishamuddin, Dr Muralitharan Pillai, Dr Syahrul Musa, Yves Yap untuk Teater; dan Colin Kirton, Mervyn Peters, Michael Xavier Voon, Sabrina Hassan, Sandra Sodhy untuk Teater Muzikal.

Selain mengiktiraf mereka yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam lakonan, muzik dan tarian, anugerah ini juga akan diberikan kepada krew belakang tabir termasuk mereka yang bertanggungjawab menjaga dan menghidupkan kembali produksi seperti Kostum & Solekan, Muzik & Bunyi , Reka Bentuk Visual & Set dan Reka Bentuk Pencahayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations, Jason Foo berkata, “Ia merupakan sesuatu yang sungguh menggembirakan apabila Anugerah Seni BOH Cameronian kembali sebagai salah satu acara kemuncak dalam industri seni. Cukuplah untuk saya katakan bahawa, beberapa tahun kebelakangan ini adalah tempoh ujian bagi kita tetapi ia telah membentuk kecekalan kita sebagai sebuah industri. Gembira untuk melihat industri seni kembali muncul, bangkit untuk menakluki cabaran masa lalu dan secara bersepadu bergerak ke hadapan untuk membentuk masa depan yang menarik. Kita ingin menyemai benih permulaan baharu, semoga Anugerah Seni BOH Cameronian terus memotivasikan setiap artis yang membuat persembahan untuk mencapai bintang dan memecahkan sebarang siling kaca yang mungkin menghalang anda. Tunjukkan keberanian anda dan capai kecemerlangan! Seperti biasa, BOH amat berbesar hati untuk mengembara bersama anda dalam usaha kreatif dan kami tidak sabar-sabar untuk bertemu semula di majlis Anugerah.”

Pada tahun 2020, Anugerah Seni BOH Cameronian ke-17 telah diadakan secara acara talian (maya) buat kali pertama, meraikan pencapaian tahun 2019 dan mengiktiraf produksi terbaik untuk tahun tersebut.

Anugerah Boh Cameronian Kembali Dengan Lebih Ummph dan Pembaharuan

Pada tahun yang sama, BOH Plantations telah membantu 15 syarikat produksi yang telah menjadi pemenang dengan sumbangan RM10,000 setiap satu. Syarikat produksi ini dikenal pasti berdasarkan sumbangan berterusan mereka kepada industri dan kerja-kerja dalam prosesnya kemudiannya telah mengalami gangguan semasa Perintah Kawalan Pergerakan tahun tersebut.

Apabila tempoh pandemik berterusan hingga 2022, Geran BOH Cameronian bernilai RM200,000 untuk Produksi Baharu telah dianugerahkan kepada 20 syarikat seni persembahan untuk membantu membiayai kos pengeluaran produksi baharu, dalam usaha untuk memulakan semula sektor seni dan diharapkan dapat menggalakkan syarikat produksi yang membuat acara perdana mereka. 

Anugerah Boh Cameronian Kembali Dengan Lebih Ummph dan Pembaharuan

Low Ngai Yuen selaku Presiden Kakiseni berkata,: “Beberapa tahun kebelakangan ini banyak menguji bukan sahaja penghibur di negara kita tetapi di seluruh dunia apabila sekatan dan perintah kawalan pergerakan menghentikan seni persembahan, muzik dan kerja-kerja produksi, menjadikannya sebuah situasi yang amat sukar untuk pengamal seni untuk terus hidup. Tetapi mereka berjaya melakukannya, beralih kepada penstriman langsung dalam talian dan penyelesaian kreatif lain, sehingga akhirnya pada 2022, sektor itu mula dibuka semula dan bangkit semula. Geran BOH Cameronian diberikan untuk Pengeluaran Baharu bagi membantu untuk memulakan semula. Beberapa rancangan ini bahkan telah berjaya dalam senarai pencalonan! Oleh itu, ia sememangnya satu peristiwa yang menggembirakan bagi kami untuk menjadi tuan rumah 18BCAA dan mengumumkan calon-calonnya”.

Tema tahun ini, A New Day, Setia Pada Senimu, adalah cerminan sebenar semangat masyarakat seni persembahan untuk bangkit semula dari bawah dan kembali dengan semangat yang diperbaharui.

Sama ada ia diterapkan kepada pengamal di barisan atas pentas atau kru belakang tabir dan mereka yang terlibat secara langsung, semangat ini mengingatkan kita semua mengapa kita masih melakukan apa yang masih kita terus lakukan.

Untuk memperingati cabaran yang terpaksa dilalui oleh industri dan bagaimana semua orang percaya bahawa hari yang lebih baik akan datang, reka bentuk kanister teh BOH yang sangat istimewa telah direka untuk memberikan khalayak ‘Ummph’ dan melihat lebih banyak cahaya dalam apa yang mereka percayai. Tetap setia dengan panggilan seni mereka telah membolehkan masyarakat kembali meneruskan perjalanan. Kanister terhad akan dihasilkan dan disediakan pada majlis anugerah.

Anugerah Boh Cameronian Kembali Dengan Lebih Ummph dan Pembaharuan

Anugerah Seni BOH Cameronian disokong oleh penaja sejak lama iaitu, BOH Plantations, dan BDO di Malaysia yang muncul debut sebagai Ballot Partner.

Tahun ini, A Cut Above, Inglot Cosmetics dan SUB International Beauty School, disertai oleh SOGO akan menjadi sebahagian daripada Anugerah Seni Cameronian BOH ke-18 untuk memberikan sambutan yang lebih glamor dan bergaya. 

Majlis Anugerah Seni BOH Cameronian ke-18 dijadualkan berlangsung pada Ahad, 14 Mei 2023 di PJPAC, 1 Utama E, 1 Utama Shopping Centre.

18TH BOH CAMERONIAN ARTS AWARDS BEST OF NOMINEES 

NO.PRODUCTIONCATEGORYPRODUCTION COMPANY
1A NOTIONAL HISTORYTHEATREFIVE ARTS CENTRE
2DARK LIGHTMUSICYOUNG CHORAL ACADEMY
3DREAM OF THE RED CHAMBERMUSICLEE RUBBER CHINESE ORCHESTRA KL
4FOLLOW THE LIGHTMUSICAL THEATRETHEATRETHREESIXTY
5N2DANCELA DANZA THEATRE

18TH BOH CAMERONIAN ARTS AWARDS DANCE NOMINEES 

1BEST FEATURED LEAD PERFORMER SHOW TITLE PRODUCTION COMPANY
1TO BE ANNOUNCED AT AWARDS NIGHT
2BEST GROUP PERFORMANCESHOW TITLEPRODUCTION COMPANY
1ASIA BALLET ACADEMY & KSDCFLIGHTWORKS – MIX BILL ASIA BALLET ACADEMY & KSDCASIA BALLET ACADEMY & KSDC
2KIM KHOO & JOEY MAKWITHIN MY MIND- KONTRA : ASIRVATHAMTHE ACTORS STUDIO SENI TEATER RAKYAT & KLPAC
3LEE REN XIN & TAN BEE HUNGANGGOTAFIVE ARTS CENTRE
3BEST CHOREOGRAPHER IN A MIXED BILLPRODUCTIONPRODUCTION COMPANY
1CHAI VIVANRUPTURE IN NURTURE – MERENTAS AWAN.RECONNECT.RECREATE.KWANG TUNG DANCE COMPANY
2KENNY SHIMFLIGHTWORKSASIA BALLET ACADEMY & KSDC
3RAZIMAN SARBINITHE OTHER CREATURES – CREATURE TRILOGYDAMANSARA PERFORMING ARTS CENTRE
4BEST CHOREOGRAPHER IN A FEATURE LENGTH WORKSHOW TITLEPRODUCTION COMPANY
1TO BE ANNOUNCED AT AWARDS NIGHT

5BEST LIGHTING DESIGNSHOW TITLEPRODUCTION COMPANY
1TAN ENG HENGALICE IN WONDERLANDBALLET THEATRE MALAYSIA
2TAN ENG HENGMERENTAS AWAN. RECONNECT.RECREATE.KWANG TUNG DANCE COMPANY
3VEEKY TANANGGOTAFIVE ARTS CENTRE
6BEST SET AND/OR VISUAL DESIGNSHOW TITLEPRODUCTION COMPANY
1PASSION MAALICE IN WONDERLANDBALLET THEATRE MALAYSIA
2PASSION MAMERENTAS AWAN. RECONNECT.RECREATE.KWANG TUNG DANCE COMPANY
3WONG TAY SYANGGOTAFIVE ARTS CENTRE
7BEST MUSIC AND SOUND DESIGNSHOW TITLEPRODUCTION COMPANY
1JYOTSNA PRAKASHKINNARA – MOON PEOPLEGEETHA SHANKARAN DANCE
2MK RIDZUANPRAGINA : EMOSITHE ACTORS STUDIO SENI TEATER RAKYAT & KLPAC
3RAVI SHETTYSADHANA – THE GRACE THROUGH KATHAKTFA INNER SPACE DANCE COMPANY
8BEST COSTUME DESIGN, STYLING & MAKE-UPSHOW TITLEPRODUCTION COMPANY
1KRITHIKA RAMACHANDRANSHYAM…THE BLUE DEVOTIONLAASYA ARTS ACADEMY
2QUEENIE CHONGALICE IN WONDERLANDBALLET THEATRE MALAYSIA

BEST SOLO PERFORMANCE – INSTRUMENTALNAME OF PIECE(S)PRODUCTION COMPANY
1TO BE ANNOUNCED AT AWARDS NIGHT





2BEST GROUP PERFORMANCE – INSTRUMENTALNAME OF PIECE(S)PRODUCTION
1CECILIA YAP & ELAINE PAOA PILGRIM’S SONGSA PILGRIM’S SONGS BY VIVA OPERA
2ORANG ORANG DRUM THEATRE X ANGELIKA NIESCIER TRIOGOSSIPJUÉ SHĪ THE HIDDEN TUNE BY ORANG ORANG DRUM THEATRE X ANGELIKA NIESCIER TRIO
3LEE RUBBER CHINESE ORCHESTRATHE LANTERN FESTIVALDREAM OF THE RED CHAMBER BY LEE RUBBER CHINESE ORCHESTRA KL
3BEST SOLO PERFORMANCE – VOCALNAME OF PIECE(S)PRODUCTION
1CECILIA YAPMI CHIAMANO, MIMI (ARIA OF MIMI)A GRAND NIGHT OF OPERA BY KL CITY OPERA
2CECILIA YAPA PILGRIM’S SONGSA PILGRIM’S SONGS BY VIVA OPERA
3MAK CHI HOENON PIU ANDRAI, FARFALLONE AMOROSO (ARIA OF FIGARO)A GRAND NIGHT OF OPERA BY KL CITY OPERA
4BEST GROUP PERFORMANCE – VOCALNAME OF PIECE(S)PRODUCTION
1KUALA LUMPUR CITY OPERA PRINCIPAL ARTISTS AND CHORUSBRINDISIA GRAND NIGHT OF OPERA BY KL CITY OPERA
2MAK CHI HOE AND KUALA LUMPUR CITY OPERA CHORUSVOTRE TOAST (TOREADOR SONG)A GRAND NIGHT OF OPERA BY KL CITY OPERA
5BEST MUSICAL DIRECTIONSHOW TITLEPRODUCTION COMPANY
1IAN CHOW, EASEE GAN AND JACQUELINE TENGCABARET SERIES: GOLDEN MELODY 3THE ACTORS STUDIO SENI TEATER RAKYAT & KLPAC
2ERIC LEE YIN FAHTHE SPIRIT OF CELTICPHILHARMONIC WINDS OF MALAYSIA
3MERVYN PETERSSONGS FOR THE SEASON 2022 – PEACE ON EARTHTHE PHILHARMONIC SOCIETY OF SELANGOR
6BEST ORIGINAL COMPOSITIONNAME OF PIECE(S)PRODUCTION
1BERT APPERMONTCELTIC CHILDTHE SPIRIT OF CELTIC BY PHILHARMONIC WINDS OF MALAYSIA
2BOYZ CHEW, ANGELIKA NIESCIERGOSSIPJUÉ SHĪ THE HIDDEN TUNE BY ORANG ORANG DRUM THEATRE X ANGELIKA NIESCIER TRIO
7BEST PRODUCTION VALUES
PRODUCTION COMPANY
1A GRAND NIGHT OF OPERA
KL CITY OPERA
2JUÉ SHĪ THE HIDDEN TUNE
ORANG ORANG DRUM THEATRE X ANGELIKA NIESCIER TRIO
3THE SPIRIT OF CELTIC
PHILHARMONIC WINDS OF MALAYSIA
4DREAM OF THE RED CHAMBER
LEE RUBBER CHINESE ORCHESTRA KL
1BEST ORIGINAL MUSIC & LYRICSPRODUCTIONPRODUCTION COMPANY
1NICK CHOOFOLLOW THE LIGHTTHEATRETHREESIXTY
2TERENCE TOH, LYDIA TONG & KELVIN LOHFORTUNE KOOKYKULT PRODUCTIONS
2BEST ORIGINAL BOOKPRODUCTIONPRODUCTION COMPANY
1NICK CHOOFOLLOW THE LIGHTTHEATRETHREESIXTY
2TERENCE TOH & LYDIA TONGFORTUNE KOOKYKULT PRODUCTIONS
3BEST MUSICAL DIRECTION PRODUCTION PRODUCTION COMPANY
1TO BE ANNOUNCED AT AWARDS NIGHT
4BEST ENSEMBLE/GROUP PERFORMANCEPRODUCTIONPRODUCTION COMPANY
1FOLLOW THE LIGHT ENSEMBLEFOLLOW THE LIGHTTHEATRETHREESIXTY
2FORTUNE KOOKY ENSEMBLEFORTUNE KOOKYKULT PRODUCTIONS
5BEST PERFORMANCE IN A LEADING ROLE PRODUCTION PRODUCTION COMPANY
1TO BE ANNOUNCED AT AWARDS NIGHT
1BEST ACTOR IN A LEADING ROLESHOW TITLEPRODUCTION COMPANY
1AKMAL ASYRAFBANGSAWAN INDIE : RAJA BERSIONGREVOLUTION STAGE X LIVEINMYPOETRY
2GREGORY HENNOIGNITE : SOLO PERFORMANCE FESTIVAL 2022 (GROUP B)GOOD NEWS ART SPACE
3SHAH SHAHA24 JAM DALAM 37 TAHUNTHEATRETHREESIXTY
4ZUL ZAMIRIGNITE : SOLO PERFORMANCE FESTIVAL 2022 (GROUP A)GOOD NEWS ART SPACE
2BEST ENSEMBLE/GROUP PERFORMANCESHOW TITLEPRODUCTION COMPANY
1MEKAR BUDAYA – HIKAYAT SI MISKIN MENJADI RAJABANGSAWAN HIKAYAT SI MISKIN MENJADI RAJATHE ACTORS STUDIO SENI TEATER RAKYAT & MEKAR BUDAYA
2ENSEMBLE RAJA BERSIONGBANGSAWAN INDIE : RAJA BERSIONGREVOLUTION STAGE & LIVEINMYPOETRY
3IBU ENSEMBLEIBU
4INDICINELIVE! 7 ENSEMBLEINDICINELIVE! 7THE ACTORS STUDIO TEATER SENI RAKYAT & KLPAC
3BEST ACTOR IN A SUPPORTING ROLESHOW TITLEPRODUCTION COMPANY
1AIDIL ROSLIBANGSAWAN INDIE : RAJA BERSIONGREVOLUTION STAGE & LIVEINMYPOETRY
2MIOR AHMADBANGSAWAN HIKAYAT SI MISKIN MENJADI RAJATHE ACTORS STUDIO SENI TEATER RAKYAT & MEKAR BUDAYA
3NABIL ZAKARIAPEREMPUAN TERJAHANAMRUMAH LAPAN TIGA
4ANISSA AZIS24 JAM DALAM 37 TAHUNTHEATRETHREESIXTY
4BEST DIRECTORSHOW TITLEPRODUCTION COMPANY
1CHRISTOPHER LING24 JAM DALAM 37 TAHUNTHEATRETHREESIXTY
2LING TANGIBUIRON GANG PUPPET THEATRE
3MARK TEHA NOTIONAL HISTORYFIVE ARTS CENTRE
4RAHIM JO & KHAIRUNAZWAN RODZYBANGSAWAN INDIE : RAJA BERSIONGREVOLUTION STAGE & LIVEINMYPOETRY
5BEST ORIGINAL SCRIPTSHOW TITLEPRODUCTION COMPANY
1FAIQ SYAZWAN KUHIRI/RAHMAH PAUZI/FAHMI REZA/MARK TEHA NOTIONAL HISTORYFIVE ARTS CENTRE
2FAISAL TEHRANIGHAIBFAKULTI TEATER ASWARA
3KHARI ANWAR24 JAM DALAM 37 TAHUNTHEATRETHREESIXTY
6BEST LIGHTING DESIGNSHOW TITLEPRODUCTION COMPANY
1NICXON TANIBUIRON GANG PUPPET THEATRE
2YUSMAN MOKHTARA STREETCAR NAMED DESIRETHE ACTORS STUDIO SENI TEATER RAKYAT & KLPAC
3YUSMAN MOKHTARRASHOMONTHE ACTORS STUDIO SENI TEATER RAKYAT & JAPAN FOUNDATION KL
7BEST SET AND/OR VISUAL DESIGNSHOW TITLEPRODUCTION COMPANY
1FIKRI SHAMSUDDINLISTENASTERIK ANAK SENI
2STEPHEN TEOH/ABDUL SHAKIR/LOW ZHI KAI/FORREST WONGIBUIRON GANG PUPPET THEATRE
3WONG TAY SYA NOTIONAL HISTORYFIVE ARTS CENTRE
4ZIYING CHUA & JOEL WONGA STREETCAR NAMED DESIRETHE ACTORS STUDIO SENI TEATER RAKYAT & KLPAC
8BEST MUSIC AND SOUND DESIGNSHOW TITLEPRODUCTION COMPANY
1FAIQ SYAZWAN KUHIRIA NOTIONAL HISTORYFIVE ARTS CENTRE
2FAZZIBUIRON GANG PUPPET THEATRE
3HAIDI HYKALBANGSAWAN INDIE : RAJA BERSIONGREVOLUTION STAGE & LIVEINMYPOETRY
4NIZAMLISTENASTERIK ANAK SENI
9BEST COSTUME DESIGN, STYLING & MAKE-UPSHOW TITLEPRODUCTION COMPANY
1BEATRICE LOOIA STREETCAR NAMED DESIRETHE ACTORS STUDIO SENI TEATER RAKYAT & KLPAC
2STEPHEN TEOH /STEVEN SUNNYIBUIRON GANG PUPPET THEATRE
3WENDY KWEKRASHOMONTHE ACTORS STUDIO SENI TEATER RAKYAT & JAPAN FOUNDATION KL
4YANA SENGKI/AIN UZMA/IQA AZMANBANGSAWAN INDIE : RAJA BERSIONGREVOLUTION STAGE & LIVEINMYPOETRY

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FARID KAMIL RAMBUT PANJANG

Farid Kamil Tetap Tak Nak Berpisah, Cuba Untuk Selamatkan Rumahtangga

FARID KAMIL RAMBUT PANJANG

“Tak Boleh Hubungi Diana, Anak Selepas Panggilan Telefon Disekat,” – Farid