in

Anuar Zain Tak Kisah Tak Ada Anak?

Dari dulu sampai sekarang, orang ramai yang mengenali pemilik suara lantang, Anuar Zain duk asyik menyibuk tanya, bila la agaknya Anuar Zain akan kahwin kan?

Tak sabar kan nak tengok comel dan kacak anak Anuar Zain. Tapi itulah realitinya, jika kita belum kahwin, orang asyik tanya, bila nak kahwin. Tapi bila dah kahwin, orang akan sibuk tanya, bila nak ada anak. Tapi pelik juga bila orang terus tanya soalan, bila la Anuar Zain nak ada anak ni? Aiyo, Anuar Zain belum kahwin lagi la… tunggu la kan, kalau dia ada jodoh.

Anuar Zain

Apabila ditanya tentang jodoh, Anuar Zain tidak nafi, bukannya dia tak nak kahwin, tetapi sampai sekarang belum ada jodoh.

“Saya bukan tidak mahu berkahwin, tetapi jodoh saya masih belum sampai. Memang mak dan ayah juga selalu bertanya. Ayah juga ada juga cadangkan beberapa nama, tetapi saya tidak mahu kerana saya tidak kenal dengan mereka. Malah, ada juga makcik-makcik atau peminat yang hendak jodohkan saya dengan anak mereka, tetapi saya tidak mahu.

Kalau ditakdirkan saya tidak berkahwin dan tidak punya anak sampai ke tua, saya redha. Saya tidak takut tidak ada orang yang akan menjaga saya. Rumah orang-orang tua kan ada. Saya boleh masuk ke rumah orang-orang tua dan dijaga sana. Saya tidak kisah. Saya tidak melihat kemasukkan ke rumah orang-orang tua itu sebagai satu masalah. Di sana ramai kawan-kawan dan kita juga akan dijaga dengan baik.”

– Anuar Zain (sumber: Portal Seroja

Budiey doakan semoga Anuar Zain cepat-cepat dikurniakan isteri… isteri yang solehah. Insyaallah. Sama-samalah kita doakan.

Persembahan Istimewa Anuar Zain di Majlis Makan Malam Jalinan Mesra

Berita terbaru, Anuar Zain bakal buat persembahan di Majlis Makan Malam Jalinan Mesra anjuran Jabatan Perancangan Bandar & Mesra Semenanjung Malaysia diadakan bagi mengumpul dana pada 19 Oktober pukul 8.30 malam di TM Convention Centre Kuala Lumpur.

Tiket Malam Jalinan Mesra Bersama Anuar Zain kini dijual dengan harga RM3,000- RM30,000 per table. Anuar Zain akan nyanyi 7 buah lagu durasi setengah jam. Anuar berjanji akan lakukan terbaik untuk peminat yang hadir.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Terbaru Work Bitch Britney Spears Bocor di Internet

Showcase Faizal Tahir di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur