Anuar Zain Masuk Konti BEST FM Bagi Promosi Tayangan Konsert 3 Dekad Anuar Zain, Muzik, Cinta dan Sanubari.
Pada 28 Februari yang lepas, Penyanyi lelaki terkenal, Anuar Zain telah turun padang ke pawagam yang terpilih di Johor Bahru iaitu AEON TGV KULAIJAYA dan juga AEON TGV TEBRAU CITY bagi promosi tayangan KONSERT 3 DEKAD: MUZIK, CINTA DAN SANUBARI.
Penyampai BEST FM, HELMI juga berada bagi mmenyaksikan tayangan konsert tersebut yang telah di rakam dua tahun lepas di Stadium Melawati.
Pada hari tersebut juga, sepuluh pemenang bertuah telah memenangi dua tiket ke tayangan konsert tersebut dan peluang beramah mesra bersama penyanyi tersebut. Sambutan penonton serta peminat pada hari tersebut juga amat memberangsangkan.
Sebelum tayangan konsert tersebut dimulakan, 10 orang bertuah telah di pilih menerusi pembelian tiket yang telah diuruskan oleh pihak Universal Music sendiri. Setiap seorang daripada mereka menerima CD yang diberikan sendiri oleh Anuar Zain yang sanggup meluangkan lebih kurang 10 minit sebelum tayangan bermula.
Bagi merapatkan hubungan antara peminat dengan Anuar Zain turut diadakan sesi ramah mesra di Speedy selain penjualan CD, VCD dan DVD serta buku rasmi BIOGRAFI edisi Anuar Zain selepas tamat tayangan begitu memberangsangkan.
Pada sebelah malamnya pulak, Anuar Zain telah “masuk” konti BEST FM dan tentunya beliau seharusnya mendapat pujian,kerana tanpa mengenal erti penat selepas tamatnya promosi pada sebelah petang, beliau sanggup datang ke Konti BEST FM dan di temuramah oleh penyampai BEST FM, AZHAR.
Pada sesi temubual tersebut banyak soalan telah diajukan sekaligus mempromosikan mengenai tayangan KONSERT 3 DEKAD:MUZIK,CINTA DAN SANUBARI serta promosi CD,VCD dan DVD juga buku BIOGRAFI edisi Anuar Zain sepanjang berlangsungnya konsert tersebut.
Apapun doa kami untuk Anuar Zain sentiasa mengiringi anda,semoga terus sukses dan berjaya di dalam industry seni tanah air kita.