Konsert My 2013 Meriahkan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
[dropcap]B[/dropcap]udiey percaya, anda semua pembaca sekalian sudah ada perancangan untuk menyambut kedatangan 2013 pada malam ini. Di jadual Budiey sendiri sudah banyak agenda yang bersusun rapi. Cuma Budiey khuatir dan tertanya-tanya, events mana satu yang Budiey akan hadir pada malam ini?
Selain Konsert Ambang 2013 anjuran AmBank di Putrajaya, pada malam ini juga, bagi anda yang tinggal berdekatan dengan Kuala Lumpur, bolehlah datang ke Dataran Merdeka untuk Konsert My 2013.
Meneruskan tradisi kiraan detik meraikan Tahun Baru, kongsikan kemeriahan bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi sambutan Konsert My 2013 pada hari ini bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang bakal menjadi salah satu acara terunggul untuk menyambut tahun baru ini.
Konsert yang disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1 seawal jam 10.05 malam sehingga jam 12.30 tengah malam ini menyaksikan penghargaan RTM kepada pendengar dan penonton setia RTM sepanjang tahun.
[pullquote align=”right”]Ramai artis yang akan menjayakan Konsert My 2013 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada malam ini[/pullquote]
Sebagai menyokong semangat perpaduan dan muhibah di antara warga bandar raya Kuala Lumpur dan seluruh rakyat negara ini, Konsert My 2013 mempamirkan kepelbagaian etnik dalam menyemarakkan semangat 1Malaysia dengan penonton dijanjikan dengan variasi persembahan hiburan dan pertunjukkan bunga api yang menghiburkan.
Menampilkan Azad Jasmin, Stephen Chiang, Ratna G dan Jasmin Hamid sebagai pengacara, penonton akan dihiburkan dengan pelbagai jenis lagu dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Tamil daripada artis popular yang bakal membuat persembahan.
Antara artis popular yang akan membuat persembahan termasuklah Anuar Zain (Sedetik Lebih), Carefree (Rindu Bayangan, Belaian Jiwa, Dengdang Laguku dan Bayang Tari Mu), Alif Satar (Lelaki Seperti Aku), Mas Idayu Senggol-Senggolan, Cintaku 100% dan Goyang Bali), Black (Dewi Alia), Bunkface (Revolusi dan We Are Young) , Noraniza Idris (Selamat Datang), Adam & Vip (Lagu Sedih), The Fabulous Cat dan Max 24:7 (Gadis & Bunga).
Selain itu saksikan kemunculan Karen Tan (Ai Se Me Xi Han), Megaboys (Dengarkan), Darshini (Ponnu Bombay), Stomp The Rhythm (Dum Tak Dum Dum Tak Dum) dan Jimmy Palikat (Tanak Kampung)
Persembahan artis Budaya JKKN dan Wakaka Crew juga bakal turut mengambil tempat menghiburkan penonton selain drumline oleh ATM. Begitu juga lawak jenaka dari Angelina Tan, Ali Mamak dan Azrul.
Tetamu kehormat yang memeriahkan Konsert My 2013 adalah YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
See you all tonite!