in , ,

Antara Batas Agama & Tradisi Inti Pati Telefilem Lumping Putih dii TV1

Keberanian mengetengahkan isu dianggap berat berkaitan unsur khurafat yang ada dalam tradisi kuda kepang digalas Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan menerbitkan telefilem terbaharu bertajuk “Lumping Putih” arahan Epo Jenon yang merupakan penerbit di Unit Drama TV RTM.

Drama bertajuk sLumping Putih yang merujuk kepada kuda kepang putih ini ini disiarkan mengisi slot Panggung RTM sempena Maal Hijrah yang jatuh pada 7 Julai depan. Ia menjalani penggambaran di Muar dan Batu Pahat, Johor dalam menonjolkan realiti tarian tradisi masyarakat Johor terutama sekali orang Melayu berketurunan Jawa.

Gandingan pelakon berpengalaman dan baharu termasuklah Zaidi Omar, Azizah Mahzan, Soffi Jikan, Akmal Ahmad, Amalina Arham, Hazrat Muaz, Adam Ikmal, Ruzaidi Abd Rahman dan Asmidar sememangnya memperkuatkan plot cerita dalam telefilem ini.

poster Lumping Putih

Menemui penonton pada 6 Julai ini, pukul 10.00 malam di TV1 juga melalui penstriman RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my), usah ketinggalan menyaksikanDi Sebalik Tabir Lumping Putih, disiarkan pada hari dan saluran yang sama, pukul 3.30 petang.

Ia mengisahkan tentang keluarga yang merupakan penerus warisan tarian kuda kepang. Mim Lazim merupakan ayah kepada Alif Narbawi, Lam Nasyrah dan Mim Iqlab. Mim Lazim mahu menurunkan warisan kuda kepang kepada anak sulung Alif Narbawi, namun Mim Iqlab tidak setuju kerana ayahnya mahu mengekalkan kuda kepang tradisional yang ada ritual pembuka dan penutup. 

babak dalam drama ini yang menggabungkan pelakon lama dan baharu

Pada masa sama wujud watak Megat yang merupakan orang kepercayaan Mim Lazim cuba untuk menagih janji menjadikannya pewaris penerus generasi kuda kepang kumpulan mereka. Namun apabila Mim Lazim mungkir janji, dia mula menyimpan dendam dalam diam.

Sementara itu, Mim Iqlab mahu memberi nafas baru dan tiada lagi ritual-ritual khurafat. Mim Lazim yang skeptikal tidak setuju apatah lagi Mim Iqlab seorang perempuan. Atas sebab konflik yang berlaku ini Mim Lazim jatuh sakit. Dapatkah Mim Lazim melihat kesungguhan Mim Iqlab dan terbuka menerima perubahan?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rocketfuel Umum Kerjasama Strategik dengan ADA Warner Music Malaysia