in ,

Anne Ngasri SAH Putus Cinta Dengan Aliff Aziz

Pada hari ini, Budiey ada baca di BPop, Berita Minggu tentang pelakon Anne Ngasri mengakui hubungan cintanya dengan penyanyi Aliff Aziz sudah pun putus.

Namun begitu, Aliff Aziz seperti mahu mempertahankan hubungan cintanya dengan Anne Ngasri. Jelas dapat dilihat dari laman Twitter Aliff Aziz yang jelas ditujukan kepada Anne. Aliff seolah-olah mahu menyelamatkan hubungan mereka yang difahamkan retak menanti belah selepas hari raya yang lalu. Aliff begitu berharap Tuhan memberi kekuatan kepadanya untuk terus berdepan dugaan cinta mereka.

Aliff Aziz Anne

Namun, dari apa yang Budiey baca, memang sah kini cinta itu dah hilang dari hati Anne Ngasri.

“Sudah tiada jodoh antara kami. Tiada tarikh khusus bila kami putus cuma yang boleh saya katakan ia terjadi baru-baru ini. Keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan Darling kepada rakan media sebelum ini. Ia membabitkan saya dengan Aliff yang cukup peribadi.

“Saya minta maaf sebab tak dapat berkongsi punca perpisahan kami. Tak perlu diulas dan diungkit lagi. Biarlah hanya saya dan Aliff saja yang tahu. Mungkin saya nampak macam muda dek saiz badan tetapi saya perlu tegas dalam membuat keputusan ini. Saya ada tanggungjawab yakni tiga anak untuk diberi perhatian.”

“Saya tidak nampak hubungan kami selama ini akan ke arah yang diharapkan (berkahwin). Anggaplah tiada jodoh. Jadi, biarlah kami kembali kepada landasan asal. Masing-masing boleh fokus kepada kehidupan dan kerjaya yang sudah dibina. Kami masih berhubung dan kekal berkawwn atas paksi profesional. Saya ada hantar SMS pada dia.”

Sebelum buat keputusan, Anne ada solat istiqaroh. Anne nyata tak menyesal dengan keputusan yang dibuat. Anne tak pernah anggap percintaan dengan Aliff selama ini sebagai satu penyesalan terbesar dalam hidup. Sebagai manusia, Anne percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

“Saya hargai kasih sayang dan cintanya kepada saya selama ini. Tak rugi pun dan tak perlu saya nak cerita keluh kesah berdepan dengan situasi ini. Ini adalah dugaan yang kecil jika nak bandingkan saya pernah diceraikan ketika sedang mengandung pada usia dua bulan.

Darling Tak Campur Peribadi Anne

Darling menyifatkan komen tentang hubungan adiknya dengan Aliff Aziz bersifat umum. Darling tiada niat nak mencampuri urusan adiknya malah Darling sendiri tak tahu yang hubungan adiknya berdepan dengan masalah. Namun, pernah satu ketika, bapa kami sendiri suruh kami adik beradik melakukan solat hajat untuk masa depan Anne.

Profesional

Selepas putus cinta, Anne akui dia masih berkawan dan hubungan profesional. Selepas ini, jika ada watak yang sesuai untuk Aliff Aziz, pasti diberikan kepadanya berlakon di bawah syarikat produksi miliknya iaitu NS Star Sdn Bhd dan Nasreen Pictures yang turut menerima dana Insentif Kreatif Negara dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, baru-baru ini.

Drama terbitannya, Shanxi yang disiarkan di RTM turut disenaraikan dalam pencalonan awal Anugerah Skrin 2012.

Pada 26 Februari ini, telefilem Janji Kita lakonan Datuk Rahim Razali, Izara Aishah, Anne, Bell Ngasri, Amar Asyraf dan Sharifah Sakinah akan bersiaran di TV9. Jangan lupa tonton drama ini pada hari Rabu jam 8.30 malam ya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Twinpalms Phuket Thailand

Gambar Betty Banafe Bertunang Dengan Bruce Dargus