Pelakon Anne Ngasri Bertunang Dengan Ahli Politik Berstatus Duda
Berita yang paling hype dan sensasi ketika ini mungkin tentang pelakon Anne Ngasri yang telah melangsungkan pertunangan dengan seorang ahli politik berstatus duda selepas sebulan putus cinta dengan penyanyi Aliff Aziz. Satu jangka masa yang agak cepat. Namun, kita tahu, dalam masa 24 jam, banyak perkara yang berlaku.
Apa-apa pun, tahniah buat Anne Ngasri. Selepas majlis berlangsung, pasti ada yang buat siasatan ala CSI, berkorban masa untuk mencari siapakah bakal suami Anne nanti. Walaupun ada yang meneka siapa tunang Anne Ngasri, tuan empunya diri kata, tidak perlu disensasikan dengan siapa beliau bertunang. Apa yang penting, kita doakan agar hubungan mereka kekal selamanya.
Anne atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri, 28, berkata, kehadiran lelaki berusia 40 tahun itu dianggap sebagai satu anugerah daripada Tuhan apabila dia memulakan langkah bertemu keluarga Anne untuk meminangnya.
“Sebenarnya dia merupakan kawan saya dan Darling (kakak Anne) sejak setahun lalu tetapi ia tidak lebih daripada sahabat sahaja. Entah kenapa, selepas putus (dengan Aliff), kami lebih rapat sejak sebulan yang lalu dan apabila dia melamar, saya terima dia lebih-lebih lagi melihat kesungguhan dan keikhlasannya. Mungkin kami saling menepati antara satu sama lain. Saya pun tidak pernah menolak jodoh dan menganggap Aliff mungkin bukan jodoh saya. Diharap, tiada yang memberi persepsi negatif dengan perhubungan baru ini walaupun kehadirannya dalam hidup saya datang terlalu cepat,” katanya.
Anne ditemui pada petang Ahad selepas majlis pertunangannya yang telahpun berlangsung di sebelah pagi di kediaman keluarganya, Jalan Ipoh dekat sini.
Majlis pertunangannya itu dihadiri seramai 200 orang tetamu yang terdiri daripada kedua-dua belah pihak keluarga dan pasangan itu bakal bernikah pada Disember ini.
Bagaimanapun identiti lelaki itu kelahiran negeri Johor itu dirahsiakan buat sementara waktu sehinggalah pada hari perkahwinannya nanti.
Tambah ibu kepada Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah Afrozah, 2, itu, dia juga ingin meminta maaf kepada semua pihak merahsiakan identiti bakal suaminya itu kerana tidak mahu dianggap menunjuk-nunjuk.
“Selama ini orang sering menghentam saya macam-macam dan kali ini saya mahu lebih berhati-hati dan biarlah identiti tunang saya diketahui pada hari perkahwinan nanti. Perjalanan hidup ini adalah takdir buat diri sendiri dan diharap saya mendapat doa yang baik-baik daripada semua,” ujarnya.
Anne sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006 sebelum bercerai pada tahun 2010 dan mereka dikurniakan tiga cahayamata.
Dalam perkembangan lain, Anne berkata, dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran program bual bicara berkonsepkan remaja berjudul SIS untuk siaran TV9 selain beberapa projek drama dan filem. Sumber Mstar Online
Gambar-Gambar sekitar Majlis Pertunangan Anne Ngasri dari Instagram milik Anne Ngasri: