Kenal lagi tak dengan perempuan yang berada di sebelah Darling Nasreen Ngasri ni?
Kalau anda tak ingat, dia ialah Annahita Bakavoli, mencipta nama sebagai model iklan komersial, pelakon dan juga pengacara. Pernah membintangi filem Bujang Senang, Cinta (terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd) dan filem usahasama Malaysia-Indonesia dan Cinta Terakhir.
Dan pernah mendapat gelaran Dewi Remaja 2002/2003.Â
Lama betul tak jumpa dengan Annahita ni kan? Sampailah masa Screening Media Prima hari tu, Darling mengatakan kepada Budiey, Annahita pun ada datang. Jadi, kami sempat la borak-borak sikit. Tanya, kemana dia menghilang. Ingat ke dah kahwin dengan VIP. Tapi rupa-rupanya pelakon drama yang masih bujang ni menyambung pelajarannya di  Norwalk Community College dalam bidang penulisan skrip dan lakonan. Selama setahun, Annahita bertapa kat sana. Sampai berpindah kolej. Selain kolej Norwalk, Annahita juga belajar di College of Lake County, Grayslake Illinois. Mmmm…. rajinnya Annahita study.
Pulang aje kat Malaysia, Annahita ditawarkan menjadi penyampai di Radio XFM (dulunya X-Fresh) yang akan mengendalikan program pada hari Sabtu dan Ahad. Kalau tak silap, bulan ni kiranya Annahita dah masuk konti jadi penyampai lak. First time lak tu. Semoga Annahita sukses. Mana tahu, tak lama boleh jadi Penyampai Radio Popular pulak macam Fara Fauzana.
Cakap pasal Fara Fauzana, Budiey dengar penyampai Hot FM ini tengah berehat selepas menjalani pembedahan lutut akibat dari kecederaan semasa bermain futsal. Jadi, Faizal Ismail sekarang solo la mengendalikan Hot FM AM krew. Get well soon, Fafau!
Darling Ngasri pula katanya dah siapkan drama LATAH yang mengisahkan tentang 3 gadis yang suka melatah. Selain Darling, drama ini dilakonkan oleh Sari Yanti dan Nik Sayyidah. Diarahkan oleh Murali Abdullah.
Dah hampir 5 bulan berkahwin dengan suaminya yang sibuk bekerja sebagai engineer, Darling kata, masih takde rezeki lagi. Takde tanda apa-apa lagi. Tak pelah, usaha lagi. Apa yang penting, rumahtangga sentiasa bahagia dan rukun aman damai.
Semoga semua sukses!