Aniq berkata, dengan memiliki jumlah sepupu yang terlalu ramai, sambutan Aidilfitri yang dirai bersama-sama dengan sepupunya terlalu meriah.
Aniq berkata demikian ketika ditemui media semasa majlis berbuka puasa dan ramah mesra anjuran Viu Malaysia yang berlangsung minggu lalu.
Dalam pada itu, Aniq yang juga anak sulung dari enam orang beradik itu menyatakan dia sudah pun memperuntukkan duit raya untuk diberikan kepada sepupu-sepupunya ketika beraya nanti.
“Tahun lepas memang saya tak dapat beri duit raya, jadi tahun ni saya memang dah peruntukkan sedikit untuk diberikan kepada sepupu yang masih lagi kecil.
“Cuma untuk sambutan Aidilfitri nanti saya bersama keluarga akan sambut di kampung halaman ayah di Alor Setar, Kedah terlebih dahulu,”
– Aniq Suhair
Mengenai persiapan untuk menyambut Hari Raya, Aniq menyatakan dia sekadar membuat persiapan ala kadar dan hanya menyediakan empat pasang baju Melayu sahaja.