in

Animasi Islamik Ibn Batutta

IBN BATUTTA ANIMASI ISLAMIK KANAK-KANAK SEMPENA RAMADHAN

Sebuah Animasi Islamik berjudul Ibn Batutta khas tontonan kanak-kanak bakal sajian utama sempena bulan Ramadhan ini. Bakal menemui penonton pada setiap Ahad jam 9.00 pagi, Ibn Battuta bakal bersiaran menerusi saluran Dunia Ria, TV2. Sepanjang 13 episod bersiaran bermula Ramadhan, Ibn Battutta mempunyai tarikan yang berlainan dari animasi sebelum ini disamping menyerikan Ramadhan anak-anak yang turut serta beribadah bersama keluarga.

ibn battuta3

Episod Animasi berbahasa Melayu ini, mengisahkan Ibn Batutta anak kepada seorang Qadi terkenal di Maghribi yang ingin mencari pengalaman hidup dengan mengembara. Keinginannya ditentang hebat oleh ayahnya kerana mereka bukanlah dari golongan pengembara. Dengan semangat Ibn Battuta, ayahnya terpaksa mengalah, namun Ibn Battuta diminta ayahnya membuat hijrah ke kota Mekah terlebih dahulu. Pelbagai rintangan dan cabaran terpaksa ditempuhi Ibn Battuta dalam penghijrahannya ke Kota Mekah mengajar Ibn Battuta tentang kehidupan.

Antara episod-episod menarik animasi Ibn Battuta, bermula dari Tangiers, kisah serpihan peta Al-Idrisi peninggalan dari zaman pemerintahan Roman menyebabkan Ibn Battuta sanggup menggadaikan cincin dan harta pusaka demi memiliki peta yang mempunyai pelbagai misteri. Tanpa pengetahuannya, seorang waris hartawan yang bernama Dzofrullah juga ingin memiliki peta tersebut demi kemahsyuran dan kegemilangan. Cabaran Ibn Battuta dalam mendapatkan peta Al-Idrisi dapat disaksikan dalam episod Ibn Battuta.

Dalam pengembaraan Ibn Battuta di sebuah Kota Keserhanaan Hormuz, dengan memaparkan sebuah rancangan jahat penculikan Permaisuri Hormuz dalam rancangan menjatuhkan Sultan. Setibanya di sana, Ibn Battuta berasa hairan dengan seluruh penduduk kota Hormuz yang kelihatan amat bersederhana sehingga sukar membezakan antara yang kaya dan miskin.

Pengembaraannya di Kaherah, menyaksikan pertumpahan darah di antara Sultan Kaherah dan anaknya berlaku akibat perselisihan pegangan dan pendapat di antara mereka. Seorang bapa inginkan kedamaian dan seorang anak ingin menakluki dunia dengan apa jua cara. Di Ziela pula, Ibn Battuta bertemu dengan seorang pedagang wanita yang telah berjaya membuka mata dan mindanya bahawa wanita juga mampu menjadi di antara pedagang daging terbaik.

Dalam perjalanan kembali ke pangkuan bapanya yang sedang sakit tenat, Battuta dan Hakeem terkandas dan menjadi tawanan puak kaum asli di Timbuktu. Dapatkah Ibn Batutta berjumpa dengan bapanya semula? Saksikanlah kesudahan animasi pengembaraan Ibn Battuta di lokasi berbeza, yang penuh mendebarkan, memberi pengajaran dengan mesej-mesej berguna buat anak-anak anda sempena bulan Ramadhan ini hanya di TV2.

ibn battuta1

ibn Battuta4

ibn battuta2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Salam Ramadhan Al Mubarak 1431H 2010

Salih Yaakub, Mamat Khalid Singkap Nostalgia Ramadan