NSA Studio akan membawakan filem animasi bertajuk Tun Teja yang akan ditayangkan pada tahun 2024.
Filem animasi ini mengisahkan tentang cinta, pengorbanan dan kesetiaan seorang permaisuri yang bernama Tun Teja. Filem ini adalah berdasarkan sejarah yang belum pernah diceritakan di mana-mana naskah atau hikayat.
Tujuan utama NSA Studio menerbitkan Tun Teja adalah kerana kekuatan Tun Teja sebagai simbol kekuatan seorang wanita di samping Sultan Mahmud Shah pada zaman kegemilangan dan kejatuhan Kesultanan Melaka.
Seorang Permaisuri berperanan penting disebalik kedaulatan kuasa Istana dan mereka menunjukkan kecemerlangan dalam sejarah Melayu.
Kisah kekuatan seorang Permaisuri kurang dipertengahkan di Malaysia.
Dengan teknologi terkini yang dinamakan Unreal Engine 5, kami berharap dapat menghasilkan latar belakang Istana dan aksi peperangan di zaman itu sebaiknya.
Elemen sejarah, pengajaran dan aksi dalam bentuk animasi yang menarik dan boleh menjadi tontonan seisi keluarga.
Filem ini kini dalam pembikinan dari segi penceritaan dan produksi animasi dan dijangka akan ditayangkan pada tahun 2024.
INFO SUARA LATAR
Datuk Rosyam Nor sebagai suara latar Raja Mendaliar Fattah Amin sebagai suara latar Sultan Mahmud
Untuk sebuah animasi, suara latar yang melakonkan karakter animasi adalah sangat penting untuk menghidupkan watak itu. Filem Animasi Tun Teja bekerjasama dengan pelakon ternama Malaysia yang kami percaya boleh menghidupkan watak dalam animasi ini sebaiknya.
Watak Sultan Mahmud Shah sewaktu muda akan dibawakan oleh Fattah Amin yang mempunyai kekuatan suara dan lakonan yang mantap. Manakala, watak antagonis, Raja Mendaliar dibawakan oleh pelakon lelaki tersohor Malaysia, Datuk Rosyam Nor.
Untuk watak Tun Teja pula kami akan bekerjasama dengan artis tersohor di Malaysia yang kami merasa paling sesuai untuk membawakan karakter Tun Teja sebaiknya. Siapakah yang akan mendukung watak ini? Persoalan ini akan dijawab nanti.
PETIKAN KATA-KATA DARI PELAKON SUARA LATAR
HARAPAN DAN PERASAAN DATUK ROSYAM NOR UNTUK MELAKONKAN WATAK RAJA MENDALIAR
“Saya sangat teruja dan berdebar menunggu susuk tubuh,tingkah laku,watak animasi sesempurna mungkin dengan teknik dan keupayaan anak tempatan.
Apa yang mencabar untuk saya ialah untuk mengeluarkan kata kata dalam ucapan Raja Mendeliar agar animasi sesempurna manusia ini ada ‘Roh’ untuk ditonton.
Harapan saya ialah agar Filem Tun Teja memberi nafas baru dalam ruang cinema selari dengan perubahan usia penonton yg hidup dalam revolusi industri 4.0.
Saya juga berharap agar filem ini di garap dengan nilai budaya,sejarah dan komersial,”