Masa tengah berehat bersama keluarga di rumah di hujung minggu, 19 Januari lalu, Budiey ada menerima berita gembira di Whatsap yang dihantar oleh Wany, pembantu peribadi kepada Angkasawan Negara, beliau memberitahu , isteri kepada Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Datin Dr Harlina Mohd. Yunos selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), kira-kira jam 7.53 malam.
Tahniah kepada angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kerana telah menimang cahaya mata kedua.
Dalam kiriman SMS itu turut menyebut yang kelahiran bayi kedua pasangan ini awal tiga minggu dari yang dijangkakan sebelum ini iaitu sekitar Februari 2013. Tidak seperti anak sulung mereka yang dilahirkan dengan kaedah dalam air (water birth), kali ini Dr. Harlina bersalin secara normal dan akan berpantang di Kuala Lumpur.
Sheikh Muszaphar dan Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Mereka menimang cahaya mata pertama pada 21 Julai tahun lalu, diberi nama Sophea Isabella, kini berusia 17 bulan.
Budiey pernah mengikuti Cruise With Angkasawan beberapa bulan lalu bersama Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, isteri dan keluarga. Memang keluarga mereka bahagia dan happening juga.