Pastinya, ini adalah berita paling gempar dalam dunia showbizz K-pop tatkala ini di mana kumpulan K-pop, Ladies Code yang terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga meragut nyawa anggota kumpulan itu, EunB terpaksa menerima kenyataan seorang lagi ahli kumpulan tersebut, Kwon Ri-sae, 23, turut meninggal dunia pada pagi Ahad lalu.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan kumpulan ini, Polaris Entertainment, RiSe tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan dibahagian kepalanya yang memakan masa berjam-jam.
Dalam pada itu, pihak berkuasa akan melakukan siasatan terhadap pemandu van itu yang kini sedang menjalani rawatan akibat kemalangan itu. van tersebut dipercayai dipandu laju dalam keadaan hujan lebat bagi memenuhi tuntutan jadual persembahan Ladies’ Code yang ketat.