Rebecca berkongsi perkara itu di Instagram bersama paparan skrin memperlihatkan arwah sentiasa memberi kata-kata semangat dan doa buat keluarganya.
“Berita yang sangat sedih pagi ini, rasa lembik satu badan saya. Satu Malaysia merasai kesedihan ini.
“Arwah sanggup usaha dan cari nombor telefon untuk WhatsApp saya, berdoa untuk saya, suami dan anak-anak.
“Sehinggakan saya merasa sangat sayang dekat awak dan rasa sangat dekat,†ujar Rebecca.
Biarpun tidak pernah berjumpa, Rebecca sangat terharu dengan sikap arwah yang prihatin dengan kesihatannya sekeluarga ketika berdepan wabak maut itu.
Paparan skrin perbualan akhir Rebecca bersama arwah Siti Sarah.
Tambah Rebbeca, arwah turut memperkenalkan doktor kepercayaannya jika berlaku sebarang masalah kesihatan sepanjang tempoh kuarantin.
“She WhatsApp me eventhough we never met in person.
“Dia menunjukkan keprihatinannya kepada saya dan memberikan nasihat positif berhubung Covid-19.
“Dia risau sangat masa saya sakit haritu. Siap nak kenalkan saya dengan doktor,†tulisnya.
Arwah sanggup usaha dan cari nombor telefon untuk WhatsApp saya, berdoa untuk saya, suami dan anak-anak
Dalam pada itu, Rebecca juga berkongsi bahawa dia pernah bermimpi didatangi arwah dengan dengan memakai telekung putih tanpa berkata apa-apa pada Jumaat baru-baru ini.
Ujar Rebecca dia menganggap perkara itu sebagai satu petanda bahawa arwah memberikan lambaian terakhir buat dia dan keluarga.
“No wonder saya mimpi hari Jumaat lepas, Sarah pakai telekung putih dan tersenyum dekat saya tanpa berkata apa-apa.
“Rupa-rupanya Sarah nak tinggalkan kami semua rakyat Malaysia yang sangat-sangat menyayangi Sarah,†tulisnya lagi.
Pada 8 Julai lalu, Rebecca mengesahkan dia dan tujuh anggota keluarga serta tiga pembantu rumah positif Covid-19.
Rebecca dan tujuh anggota keluarga serta tiga pembantu rumah positif Covid-19 pada 8 Julai lalu.
Kesemua ahli keluarga termasuk suaminya Rebecca sembuh daripada jangkitan itu selepas 14 hari kuarantin.
Sementara itu, Rebecca turut tidak melepaskan peluang bagi memberi penghormatan terakhir melihat pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Pasu, Gombak.
“Sarah saya datang nak tengok buat kali terakhir. Saya akan tengok Sarah dari jauh.
“Terlalu ramai orang tengok Sarah†ujarnya.
Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas ditidurkan pada 4 Ogos lalu.
Allahyarham menjalani pembedahan mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungan berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu selepas beberapa jam ditidurkan.
Penyanyi lagu Semakin itu dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan pada pagi 4 Ogos lalu selepas mengalami batuk yang teruk dan kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan Covid-19.
Nor Hidayah kecewa lagi, batu nisan pusara Abam dibuat tanpa bincang – “Saya tahu lepas tengok di Instagram†– Hiburan | mStar
Tempat persinggahan terakhir isteri Shuib, Siti Sarah adalah tempat yang sama arwahh Abam Bocey dikebumikan.
Ramai yang masih ingat selepas arwahh Abam Bocey ‘pergi’ satu persatu kebaikkan arwahh ditunjukkan.
Sikap bermurah hati Abam Bocey dan selalu tolong orang dalam kesusahan tetapi tidak memberitahu sesiapa adalah antara perkara yang dipuji orang ramai.
Abam Bocey meninggl pada tarikh 10 Feb 2020
Hari ini satu persatu kebaikkan arwahh Siti Sarah dipertunjukkan. Kita doakan agar segala urusan dipermudahkan.
Adik kepada arwahh Abam Bocey turut memuat naik kenyataan takziah kepada Shuib dan keluarga.
Allahuakbar…pagi ni dikejutkan dengan berita sedih ini…semoga kuat sahabat shuib…kita merancang allah menentukan…semoga di tempatkan dikalangan org beriman buat siti sarah…salam takziah
Shuib, ahli keluarga terdekat dibenar tunai solat jenazah Siti Sarah
Pelakon dan pelawak popular, Shuib diberi peluang untuk menunaikan solat jenazah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), di sini, hari ini.
Penyelaras Pengurusan Jenazah HCTM, Ustaz Mohd Sanusi Mustafa berkata, bagaimanapun Shuib bersama beberapa ahli keluarga terdekat perlu memakai peralatan perlindungan diri (PPE) ketika proses solat jenazah dilakukan.
“Pada peringkat pertama, saya bersama dua lagi wakil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) akan menyempurnakan kaedah tayamum dan menunaikan solat jenazah.
“Kemudian barulah Shuib bersama beberapa ahli keluarga terdekat diberi peluang untuk menunaikan solat jenazah sekali lagi untuk arwah tetapi saya akan bekalkan PPE kepada mereka,†katanya.
‘Siti Sarah banyak kali tanya ingin bayar sewa rumah orang miski.n…’- Ebit Lew
Pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin bertemu Pencipta pagi tadi, turut mendapat reaksi daripada pendakwah bebas dan dermawan, Ustaz Ebit Lew.
Menerusi entri Instagram, Ebit menitipkan rasa sedihnya atas kehilangan tersebut dan mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Siti Sarah atas pemergiannya.
Dalam memberitahu, penyanyi lagu Kesetiaan itu pernah menawarkan diri membantu membayar beberapa rumah sewa golongan miskin.
“Ya Allah sedihnya rasa. Insya-Allah, Shuib , Siti Sarah serta anak-anak semuanya akan bersama kembali dalam syurga Firdaus.
“Sarah banyak kali tanya kepada saya ingin bayarkan sewa beberapa rumah orang miskin yang saya uruskan dan anak yatim yang saya bantu sekolahkan.
“Semoga Allah beri syurga Firdaus padanya. Sabar ya Shuib, Allah sayang. Insya-Allah,†coretnya menerusi Instastory.
‘Beruntunglah dikau (Siti Sarah), didoakan ratusan keluarga di Palestin’ – Muhammad Nadir
‘Beruntunglah dikau, diberi syahid sambil didoakan ratusan keluarga syuhada’ akhirat di bumi berkatâ€.
Demikian tulis Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang kini tinggal di Gaza mengenai pemergian bintang seni, Siti Sarah Raissuddin, 37, pagi tadi.
Menurut Muhammad Nadir, beliau tersentap dengan berita mengenai pemergian Siti Sarah dan menceritakan mengenai dihubungi artis itu sebelum raya haji baru-baru ini.
“Arwah hubungi untuk beliau ikuti program korban di Gaza.
“Masa tu saya terkejut bila beliau maklumkan nak korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit, bukan satu bahagian saja, seolah-olah beliau sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir.
“Selepas itu beliau kerap berhubung dan bertanya tentang keadaan saudara-saudara kita di Palestin. Rupanya Allah takdirkan, nyawa beliau diambil dalam keadaan beliau memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka malah telah didoakan ratusan penduduk di sini yang merasa daging pada tahun ini,†katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook beliau hari ini.
Siti Sarah menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Berita duka itu disampaikan pihak pengurusan penyanyi bersuara emas itu, Indigital Music.
Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak, Shuib meninggal dunia selepas beberapa bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.
Terdahulu, penyanyi lagu malar segar, Kesetiaan itu juga terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.
“Semoga engkau tenang di sana, al-Fatihah,†doa Muhammad Nadir.