in ,

‘Angelina Jolie’ Disahkan Positif Wabak Covid-19 Ketika dalam Tahanan

BINTANG media sosial yang obses memiliki wajah seperti pelakon Angelina Jolie disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19).

Difahamkan Sahar Tabar, 22, atau nama sebenarnya Fatemeh Khishvand sedang berada dalam tahanan ketika diberitahu positif Covid-19, lapor CNN. Menurut peguamnya, wanita rakyat Teheran itu membuat rayuan agar dibebaskan kerana dijangkiti Covid-19 dan kesihatannya semakin merosot sehingga memerlukan bantuan mesin ventilator untuk bernafas.

'Angelina Jolie' positif Covid-19

Namun Pusat Hak Asasi Manusia di Iran yang berpusat di Amerika Syarikat memaklumkan, hakim di negara itu menolak rayuan tersebut meskipun gejala Covid-19 mula merebak di penjara negara itu.

Sahar aktif di Instagram ditangkap pada Oktober atas tuduhan termasuk menghasut keganasan, memperoleh pendapatan dengan cara yang tidak sesuai dan mendorong belia melakukan rasuah.

Dia kini ditahan atas perintah mahkamah bimbingan Teheran yang menangani jenayah budaya dan rasuah sosial dan moral.

Sahar mengalami anorexia itu menjadi terkenal pada tahun 2017 setelah dilaporkan melakukan 50 pembedahan untuk kelihatan seperti pelakon pemenang Oscar, Angelina Jolie.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Puteri Aishah Menggeletar Satu Badan Dapat Tahu Dirinya Negatif Covid-19

Covid-19: Simpati Nasib Peminat, Amyza Aznan Hulur Bantuan