Apabila anda makan makanan yang sihat, wajah anda terhindar daripada sebarang cela sekali gus menyerlahkan wajah awet muda secara semula jadi. Tidak dinafikan, sayur dan buah-buahan terkenal sebagai makanan yang paling baik untuk mengekalkan kulit yang sihat. Namun, masih ada lagi beberapa jenis makanan sihat yang boleh memberi manfaat untuk membersihkan wajah sekaligus meremajakan kulit. Berikut merupakan 10 makanan sihat yang sebaiknya lelaki ambil sebagai nutrien untuk kulit wajah bersih, tampak muda dan bebas cela.
1. Tomato
Likopena dan antioksidan (tahap yang lebih tinggi dalam tomato yang dimasak dan diproses) membantu untuk meningkatkan perlindungan semula jadi kulit terhadap sinar matahari. Bahkan tomato juga baik sebagai makanan sihat lelaki kerana ia boleh memberi kesihatan pada prostat anda. Pengambilan tomato bersama minyak zaitun juga bagus kerana ia dapat meningkatkan perlindungan daripada sinar matahari berbanding anda hanya makan minyak zaitun sahaja.
2. Daging merah
Daging merah mengandungi banyak sumber zink dan protein yang sangat baik bagi kesihatan wajah. Ini kerana daging merah kaya protein untuk menghasilkan kolagen dan anti-radang semula jadi.
3. Ikan
Ikan kaya dengan asid lemak Omega-3 yang berkhasiat untuk menjaga kulit supaya bersih dan tetap cerah. Dengan mengamalkan makan ikan seperti sardin, tuna dan salmon dapat melindungi kulit tubuh daripada pancaran sinar matahari dan pencemaran kerana protein yang terdapat pada ikan membantu penghasilan sel dan membuat kulit tubuh menjadi lebih bercahaya.
4. Minyak Zaitun
Minyak zaitun sememangnya terkenal sebagai buah yang berkhasiat bukan sahaja untuk untuk keseluruhan tubuh badan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Minyak zaitun mempunyai lemak baik dan antioksidan polifenol yang boleh memperbaiki kulit rosak akibat pencemaran asap dan pendedahan daripada pancaran matahari secara berlebihan. Bahkan ia juga baik untuk kesihatan terutamanya untuk mengurangkan kolesterol.
5. Beri Biru
Salah satu kandungan baik untuk kulit yang ada di dalam beri biru adalah vitamin C. la berfungsi untuk membantu menjaga metabolisme tubuh dan baik dalam memerangi simptom penuaan. Malah, beri biru juga bagus untuk merawat kulit yang berjerawat. la boleh membuka pori-pori tersumbat yang menjadi punca pada pembentukan jerawat dan bertindak melawan bakteria yang menjadi penyebab jerawat.
6. Yogurt
Yogurt sangat baik bagi kesihatan kulit dan bermanfaat untuk melawan masalah kulit seperti jerawat dan ekzema. Sebaiknya pilihlah jenis yogurt kurang lemak dan kurang gula untuk mengelakkan masalah kesihatan.
7. Coklat Gelap
Ramai yang fikir coklat gelap tidak bagus dan boleh menggemukkan. Namun hakikatnya coklat gelap mempunyai khasiat yang tersendiri untuk kecantikan kulit wajah. la kaya dengan flavanols koko iaitu sebatian tumbuhan dengan sifat antioksidan yang membantu menghidrat kulit dan meningkatkan peredaran menjadi lebih lancar.
8. Avokado
Avakado mempunyai lemak sihat yang tinggi. Minyak ini memberi manfaat kepada banyak fungsi dalam tubuh anda termasuk kesihatan kulit. Mendapatkan cukup lemak ini penting untuk menjaga kulit yang fleksibel dan lembap. Avokado juga mempunyai sumber vitamin E yang baik dan merupakan antioksidan penting yang dapat membantu melindungi kulit daripada kerosakan oksidatif.