Episod 3 yang bersiaran pada Ahad lalu menyaksikan saingan sengit oleh 5 pasangan selebriti suami isteri dimana Anas Ridzuan & Ana Syuhada terpilih sebagai Famili Duo Pilihan sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM 10,000.
Walaupun sudah lama tidak beraksi sebagai penyanyi, Anas Ridzuan dan Ana Syuhada masih lagi berbisa dan nampak sangat serasi dalam kedua-dua persembahan lagu tersebut. Memilih lagu retro ‘Bayangan Tarimu’ untuk persembahan di atas pentas, kedua-duanya mendapat ‘standing ovation’ daripada juri tetap.
Walaupun Anas Ridzuan nampak santai dan bersahaja dalam lagu ‘Jikalau Kau Cinta’ yang dipilih untuk video muzik, tetapi vokalnya tetap sedap didengari dan serasi dengan nyanyian Ana Syuhada. Pasangan ini juga tampil dengan penuh yakin dan bersedia dalam menjayakan kedua-dua lagu itu.
Satu lagi kejutan besar di pentas Famili Duo apabila Sheila, iaitu isteri kepada Lan Solo yang juga merupakan pengurus kepada penyanyi popular ini turut menonjolkan bakat nyanyian terpendam. Lagu ‘Paling Comel’ yang dipersembahkan oleh Lan Solo & Sheila menyerlah keserasian mereka dan penampilan yang menepati konsep persembahan juga diberikan kepujian.
Salma Asis dan Azri memilih genre Rock untuk kedua-dua lagu iaitu ‘Tears’ yang merupakan lagu Korea dan juga ‘Gemuruh’ untuk video muzik. Kehebatan vokal mereka berdua sangat mantap, cuma kurang nampak keserasian sebagai pasangan berduet dalam persembahan mereka.
Pasangan Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana dan Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah yang bukan penyanyi juga tidak menghampakan juri. Kedua-dua juri tetap memberikan kepujian atas kesungguhan mereka untuk memberikan persembahan yang menghiburkan. Walaupun bukan penyanyi, tetapi mereka bijak untuk mencorak dan mewarnai persembahan masing-masing. Azwan Kombos juga memberi kejutan apabila dia menulis dan menyanyikan bahagian rap dalam persembahan lagu ‘Drama’.
Berikut ialah senarai persembahan lagu di episod 3:
- Anas Ridzuan & Ana Syuhada (Bayangan Tarimu / cover song: Jikalau Kau Cinta)
- Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah (Drama / cover song: Pulang)
- Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana (Ilusi Tak Bertepi / cover song: Fak Kao & Janji Padamu)
- Salma Asis & Azri (Tears / cover song: Gemuruh)
- Lan Solo & Sheila (Paling Comel / cover song: Aku Cinta Aku Rindu)
Famili Duo Episod 4 bakal menampilkan pasangan ibu bapa dan anak iaitu Amyza Aznan & Adrian, Fauzi Nawawi & Fareez Fauzi, Amelina & Puteri, Liza Abdullah & Naffiz Zolkefli dan Shajiry & Hafiz.
Famili Duo dibawakan oleh foodpanda, keriangan dengan setiap pesanan! dan bertindak sebagai penaja utama musim ini. Spin-off daripada program Family Singing Show di 8TV, musim perkenalan Famili Duo di TV3 menampilkan 40 pasangan selebriti popular Malaysia bergandingan dengan ahli keluarga mereka untuk menonjolkan bakat nyanyian masing-masing.
Setiap pasangan selebriti dikehendaki untuk membuat dua persembahan iaitu satu ‘cover song’ dalam video muzik dan satu nyanyian di pentas. Pemarkahan ditentukan sepenuhnya oleh juri tetap. Juara mingguan iaitu Famili Duo Pilihan bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM 10,000.
Famili Duo dihoskan oleh Uyaina Arshad, dimeriahkan oleh dua figura popular iaitu Didie Alias dan Mark Adam sebagai juri tetap. Ia diterbitkan oleh Unit Hiburan Rangkaian TV Media Prima Berhad yang diketuai oleh Nurhul Huda Haji Khalid sebagai penerbit eksekutif dan Mohd Jamira Ramli sebagai penerbit.
Famili Duo bersiaran pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.00 malam, anda juga boleh menontonnya di www.tonton.com.my Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #FamiliDuo untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.