Memetik portal Astro Gempak, anak sulung Johan dan Ozlynn iaitu Ariq telah berangkat ke luar negara untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Dublin, Ireland semalam. Semoga segalanya berjalan lancar dan sukses selalu kami ucapkan.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ozlynn turut memuat naik video dan gambar momen anaknya itu bersama keluarga.
Ozlynn berkata meskipun anaknya itu sudah meningkat dewasa namun tetap manja dengan mereka, malah adakalanya masih tidur dengan Johan.
“Tak malu dah besar panjang mintak dukung, mintak suap makan, mintak korekkan telinga, mintak potongkan kuku, mandi kalau papa dia ketuk suruh bukak pon dia selamber jek bukak. Tidur ketiak papa lagi.. kadang mintak papa buatkan susu sebelum tidur,â€
– Ozlynn
Ozlynn berkata Ariq kini perlu hidup berdikari serta mendoakan semoga Allah sentiasa memelihara anaknya itu dan dipermudahkan segala urusan dalam menimba ilmu.
“Ya Allah, peliharalah anak kami Ariq, permudahkanlah segala urusannya, terangkanlah hatinya dalam menimba ilmu, kuatkan imannya dlm beribadah.. Cekalkan hatinya dalam menempuh ujianmu dan berkatilah setiap ilmu dan rezeki yang kau berikan aamiin,â€
– Ozlynn
Selain Ariq, Johan dan Ozlynn turut dikurniakan lima lagi cahaya mata iaitu Sodiq, Haziq, Cantiq, Moleq dan baru menimang seorang lagi cahaya mata pada 3 September lalu.