Selepas Rini kehilangan anak tercinta pada 17 Ogos lalu, semalam, 18 September adik kembar kepada Rini iaitu Rina pula mengalami nasib yang sama apabila anak di dalam kandungannya disahkan meninggal dunia.
Salam takziah Budiey ucapkan buat Rini sekeluarga. Diharap Rini dapat menerima kenyataan ini dan bersabar la ya. Mungkin ini dah ketentuan Tuhan. Mungkin ada rezeki lain selepas ini.
Memetik temubual bersama wartawan Media Hiburan, Rina berkata,
“Ikutkan semalam Rina pergi untuk mengadakan pemeriksaan seperti biasa di Hospital Kajang, tapi ketika pemeriksaan dijalankan doktor memberitahu anak di dalam kandungan sudah tidak bernyawa. Bagaikan tidak percaya, Rina membuat imbasan semula dan hasilnya juga sama. Bagaimanapun Rina reda dan menerima ketentuan Ilahi. Apa yang saya lihat, Rina cukup kuat menerima musibah tersebut.”
Bermula semalam, Rina sudah dimasukkan ke wad dan diberikan ubat bagi memudahkannya bersalin.
Sebelum ini, Rina juga pernah mengalami keguguran di awal perkahwinan sebelum disahkan mengandung kali kedua.