Yeay! Akhirnya, pelakon dan model Ahya Rosli selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya Shahirah Sanusi dalam sebuah majlis yang berlangsung di Bukit Kiara Equestrian pada petang Jumaat, tanggal 29 Mac 2019 yang lalu. Wah! Tak update kat Instagram pun kata nak nikah. Ini kahwin senyap-senyap ke kejutan untuk peminat ke apa ni?
Perkara itu disahkan oleh ibunya yang juga pelakon veteran Normah Damanhuri.
“Alhamdulillah… Ya betul, Ahya sudah selamat menjadi suami,”
– Normah Damanhuri
Pada majlis akad nikah itu, Ahya atau Ahya Ulumuddin Rosli, 32, menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang emas dan sebentuk cincin kepada Shahirah, 27 tahun.
Manakala Ahya turut memberikan wang hantaran sebanyak RM30,000 kepada pengantin perempuan.
Pasangan tersebut turut melangsungkan majlis resepsi di lokasi yang sama pada sebelah malam.
Sementara itu, Normah menerusi laman sosial Instagram miliknya meninggalkan catatan memberi kata-kata nasihat kepada anaknya itu selepas bergelar suami.
“Pesan mama, sayangilah isteri, dia bahagia dan anak mama akan berasa seperti di syurga Allah.
“Mama sentiasa doakan agar pernikahan ini diberkati kekal bahagia di dunia dan akhirat,”
– Normah Damanhuri
Pasangan itu terdahulu mengikat tali pertunangan pada November tahun lalu selepas setahun berkenalan.
Semoga hubungan kekal aman bahagia selamanya.