Ini berita yang mengejutkan berlaku pada hari ini, 14 Disember 2019… di mana kita mendapat perkhabaran duka, ANAK kedua kepada penyanyi Nora, Muhammad Syakir Alif Johan, atau lebih dikenali dengan nama Alif Johan, yang berusia 20 tahun disahkan telah meninggal dunia dirumahnya di Petaling Jaya.
Berita pemergian Alif Johan dikongsikan okeh Nora melalui sebuah video yang disiarkan di laman Instagram miliknya siang tadi. Dengan nada sedih dan sebak, Nora berkata:
“Anak saya Alif Johan baru saja hembuskan nafas terakhir pada pagi tadi di rumah saya, akan dikebumikan secepat mungkin,”
– Nora
Berita ini juga turut disahkan pembantu peribadi Nora, iaitu Jaja yang menerima mesej suara daripada penyanyi itu.
Jaja ketika dihubungi berkata, Nora mendapat panggilan daripada pembantu rumahnya memberitahu tentang berita itu ketika Nora sedang berada di Singapura untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang teman.
“Arwah pengsan ketika berada di rumah. Pembantu rumah beritahu Alif tiba-tiba tidak sedarkan diri dan dia segera hubungi ambulans. Saya masih tidak dapat maklumat lanjut mengenai punca sebenar dia meninggal dunia kerana dalam perjalanan hendak ke hospital,”
– Nora
Budiey ada dengar, khabarnya Alif Johan jatuh dan pengsan dan ada yang kata arwah pengsan dan meninggal semasa tidur. Apa-apa pun kita harapkan segalanya dapat diuruska dengan baik.
Jenazah kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Kali terakhir Budiey menemubual Allahyarham Alif semasa beliau berjaya terpilih dalam kelompok peserta top 20 Mentor Milenia, sebuah program realiti nyanyian anjuran TV3. Namun beliau tidak berjaya untuk menjadi peserta Top 10 program tersebut.
Nora sebelum ini kehilangan suaminya, Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama pada 24 Mac 2017.
Berita ini pastinya satu tragedi yang menyedihkan bagi penyanyi popular ini Selepas dua tahun kehilangan suaminya, Johan Nawawi, kali ini Nora Ariffin sekali lagi diuji dengan dugaan apabila anak keduanya, Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.
Bercita-cita meneruskan legasi bapanya dalam bidang muzik, pelajar tahun akhir jurusan perfileman Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu kerap menunjukkan bakat dalam pelbagai pertandingan nyanyian.
Pada 6 Disember lalu, Allahyarham memuat naik video kemenangannya sebagai juara pertandingan Clash of the Talent anjuran Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), membawakan lagu Salam Terakhir.
Sebelum ini, Alif yang pernah mengalami masalah berat badan hingga mencecah 130 kilogram (kg) menjalani pembedahan bariatric dan berjaya menurunkan berat 40 kg dalam tempoh beberapa bulan.
Kami di Budiey Channel mengucapkan salam takziah buat Nora dan seluruh keluarga.