Baru-baru ini, perkongsian ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof itu menjadi perhatian apabila seakan meluahkan perasaan di media sosial.
Menerusi entri itu, Datin Patimah berkata seorang anak lebih cenderung untuk lebih percaya individu yang baru hidup bersama berbanding ibu yang melahirkannya.
Dalam perkongsian lain, Datin Patimah turut berharap agar Allah memberi petunjuk kepada golongan tersebut untuk kembali ke jalan yang benar.
Terdahulu, Datin Patimah berharap agar menantunya berdamai namun bersyarat. Namun, Datin Patimah berkata menantunya itu berhak membuat keputusan sendiri untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak.