in , ,

Anak Lambat Bercakap Sebab Gajet, Mia Ahmad Akui Salah Sendiri

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Mia Ahmad meluahkan rasa kesal kerana pernah membiarkan anak sulungnya, Sayf Issa menggunakan gajet serta menonton televisyen tanpa had.

Akibat mendedahkan anak sulungnya dengan penggunaan gajet sejak bayi, pelakon Mia Ahmad mengakui kesilapannya sebagai seorang ibu yang hanya memikirkan soal diri sendiri pada waktu tersebut. Mengakui kesilapannya, Mia berkata akibat daripada itu anaknya mengalami masalah lambat bercakap, mudah hilang fokus dan tiada kemahiran sosial.

“Saya mengaku kesalahan sendiri. Pada waktu itu, saya cuma fikirkan diri saya sahaja dan mula dedahkan penggunaan gajet secara kerap kepada Issa.

“Kesan daripada saya dedahkan Issa screen time seawal bayi menyebabkan Issa lambat bercakap, mudah hilang fokus dan tiada kemahiran sosial,” tulisnya.

Bagaimanapun, Mia meluahkan rasa syukur masalah dihadapi anaknya itu sudah beransur pulih dan mula menunjukkan perkembangan sihat seperti kanak-kanak lain.

“Tapi itu dulu, setahun yang lalu. Alhamdulillah dengan izin-Mu, Issa menunjukkan perkembangan yang sangat baik. Mula bercakap dan berinteraksi..dah atasi hampur semua masalah sebelum ini,” tulisnya.

Anak Lambat Bercakap Sebab Gajet, Mia Ahmad Akui Salah Sendiri

Dalam entri tersebut, Mia turut memuat naik video anaknya sedang belajar mengenal bentuk dan kategori jantina manusia menerusi sesi terapi.

Dalam pada itu, Mia turut mengingatkan kepada ibu bapa diluar sana untuk mengurangkan penggunaan gajet terhadap anak-anak lebih-lebih lagi di waktu pandemik ini.

“Ibu bapa, tolong minimalkan penggunaan gajet.. Saya tahu ramai yang terkesan dengan pandemik dan mengambil jalan pintas bagi anak-anak menggunakan gajet.

– MIA AHMAD

“Tolong pantau apa yang anak tengok dan berapa jam mereka menghadap skrin. Bila beri mereka main gajet, pastikan kita tengok bersama mereka,” tulisnya.

Mia mendirikan rumah tangga dengan Mohd Izham Tarmizi merupakan penjaga gol pasukan JDT pada 2017. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahya mata, Issa, 3 tahun dan Iris kini berusia setahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapakah Orang Pertama Yang Mencetuskan Idea Kempen Bendera Putih?

Hantar Anak Bersekolah di Perancis, Ibu Mentua Nora Danish Teruk Dikecam