Penyanyi Aliff Aziz hari ini memuat naik satu hantaran di Instagram, mencoretkan isi hatinya sempena ulang tahun kedua kelahiran anak lelakinya, Mohamad Ayden Adrean.
Selebriti kelahiran Singapura itu menulis,
“Tarikh ini dua tahun lalu, anak saya dilahirkan. Kami namakan dia Mohamad Ayden Adrean dan hari ini dia genap dua tahun!”
“Selamat ulang tahun sayang, pada ayah kamu macam baharu sahaja dilahirkan semalam.
Tangisan, gelak tawa, tarian dan suara kamu sentiasa menceriakan hati ayah. Ayah berdoa kepada Allah agar Ayden sentiasa diberkati dengan kesihatan yang baik dan dilimpahi taufik dan hidayah.
Apa pun yang orang cakap, ayah akan sentiasa korbankan hidup ini untuk Ayden,”
– Aliff Aziz
Aliff dan bekas isterinya, Bella Astillah berkahwin pada 9 September 2016 namun mereka disahkan bercerai 16 Mei lalu selepas Aliff didakwa beberapa kali berlaku curang sepanjang mereka hidup bersama.
Antara beberapa nama selebriti yang pernah dikaitkan ‘bermain cinta’ dengan Aliff sebelum ini ialah pelakon Afifah Nasir dan Oktavia Manrose.