Bukan hanya memilih lelaki yang memiliki jarak usia 20 tahun, namun kerana tular satu video dimuat naik menerusi laman YouTube mendedahkan Miera ‘hidup bermadu’.
Video itu mendedahkan, Rosland yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Consolidated Industries Bhd milik syarikat Serba Dinamik yang masih berkahwin dan memiliki lima anak perempuan bersama.
Miera kemudiannya menafikan sebarang dakwaan dia punca rumah tangga suami dan madu berantakan.
Apabila Rosland gagal menghadiri prosiding kes nusyuz yang difailkannya sendiri di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada 31 Januari lalu, timbul cerita kurang enak.
Peguam pemerhati kepada isteri pertama Rosland, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, Rosland sudah lebih setahun menyekat talian telefon dan tidak pulang ke rumah untuk melihat lima anak perempuan bersama isteri pertama.
Katanya, ahli korporat berkenaan telah berkahwin dengan Miera pada 2020, sejak itu tidak pulang ke rumah dan culas dalam pemberian nafkah anak-anak.
Beliau telah mendakwa isteri pertamanya nusyuz dan kes berkenaan sedang berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Jalan Sri Hartamas.
Rosland diperintahkan membayar kos RM500 kepada peguam dan isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib.
Terbaharu, tular perkongsian seorang pengguna di Twitter dipercayai anak kepada Rosland meluahkan rasa kecewa berhubung apa yang berlaku.
Menerusi perkongsian itu, gadis bernama Izzah itu mempersoalkan bapanya mampu bercuti ke luar negara namun didakwa tidak membayar nafkah.
Ujarnya, disebabkan tindakan bapanya itu ibunya kini sedang mendapatkan keadilan melalui proses perundangan untuk tuntutan nafkah dan hak anak-anak.
Dalam pada itu, Izzah turut meluahkan rasa kesal dengan sikap bapanya yang menjadi ‘mangsa’ dan sering memberikan alasan.
Katanya lagi, dia hanya mahukan keadilan buat ibunya yang sudah melalui macam-macam kerana bapanya serta meminta orang ramai mendoakan buat ibu serta adik-beradiknya.