Menjadikan apa yang berlaku ketika ini sebagai pengajaran. Nampaknya, penerbit drama iaitu Datuk A. Aida tidak akan beri muka langsung kepada anak-anaknya jika berani membelakangkan keluarga.
A. Aida memaklumkan, sekiranya anak-anaknya berani berkahwin secara senyap-senyap di luar negara tanpa restu keluarga, dia tak teragak-agak untuk membuang nama mereka sebagai penerima wasiat.
Kalau berkenaan pasangan hidup, tak dapat restu mak ayah, buat perangai pergi kahwin senyap-senyap, memanglah saya buang terus daripada wasiat.
Anak-anak kalau derhaka, satu sen harta pun saya tidak akan beri. Kalau anak sudah tidak pedulikan dan tidak mahu mendengar cakap kita, buat apa kita nak beri harta. Biar mereka cari sendiri.
Apapun, amaran ini hanyalah peringatan daripada A. Aida sebagai seorang ibu kepada anak-anaknya.