in , ,

Anak Bell Ngasri Wakil Malaysia Dalam Pertandingan Pidato

Pelawak Bell Ngasri meluahkan rasa syukur dan bangga apabila anak keduanya, Nasfarisya Nasrizal kini berusia 14 tahun mewakili sekolah dan negara dalam pertandingan pidato Actions For Earth Award & Global Youth Summit.

Pelawak Bell Ngasri meluahkan rasa syukur dan bangga apabila anak keduanya, Nasfarisya Nasrizal kini berusia 14 tahun mewakili sekolah dan negara dalam pertandingan pidato Actions For Earth Award & Global Youth Summit.

Memetik Harian Metro, Nasfarisya serta tiga peserta lain terpilih dalam pertandingan yang berlangsung di Vietnam itu bermula pada 23 Ogos lalu dan berakhir esok. Difahamkan, kesemua terpilih itu adalah pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Setiabudi di Gombak.

“Saya bersyukur dia terpilih masuk pidato untuk sekolah dan mewakili negara walaupun umurnya baru 14 tahun. Saya sendiri tak pernah bawa dia sampai Vetnam untuk sekolah atau apa-apa aktiviti sekolah.

“Nasfarisya budak rajin dan anak pandai. Alhamdulillah, dapat anak tak ikut perangai bapa (bergurau). Alhamdulillah, setiap pelajar sudah menerima sumbangan daripada sekolah untuk duit poket bagi perbelanjaan di Vietnam.

Dalam pada itu, Bell berkata dia bangga anaknya itu terpilih meskipun syarat yang ditetapkan untuk para peserta berumur 15 tahun dan ke atas.

“Semoga dia (Nasfarisya) berjaya hingga ke anak cucu la senang. Saya dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DIANA DANIELLE

Kerabat Mana Pulak? Diana Danielle Kembali Digosip Selepas Bercerai

Bisnes Sudah Sukses Tapi Zoey Rahman Terkilan Sebab Tak Dapat Sokongan