Penyanyi Azmi Saat yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata pertama telah memaklumkan anak sulungnya itu kini berada dalam keadaan tidak sihat. Namun, beliau tidak memaklumkan apakah penyakit atau masalah kesihatan yang dihadapi oleh bayi yang bernama Afnan itu.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Azmi menyatakan dia dan isteri kini memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan anaknya itu.
Mungkin ada antara kalian yang Allah makbulkan doanya. Tolong doakan moga Afnan sihat dan Allah berikan yang terbaik buat kami.
“Apa pun yang berlaku, kami redha dengan ketentuan takdirNya. Amin Ya Rabbal Alamin,â€
– Azmi Saat
Sebelum ini, Azmi dan isteri menunggu selama 10 tahun untuk dikurniakan anak sehinggalah isterinya selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Khairul Afnan.
Dalam pada itu, Azmi menyatakan dia reda dengan ketentuan meskipun apa yang berlaku dan berharap agar anaknya berada dalam keadaan sihat.
Kemaskini terkini, Azmi Saat telah memberitahu bayi sulungnya telah meninggal dunia.Â
Berita sedih tersebut dikongsikan Azmi menerusi satu perkongsian di Instagramnya.
Pengurus Azmi Caliph Busker Beritahu Tentang Keadaan Bayi Sebelum Meninggal Dunia
Pengurus Azmi Saat, Syah Rahman memaklumkan doktor mengesyaki terdapat sedikit masalah pada bahagian otak, Khairul Afnan.
Menurut Syah, Azmi memberitahu Afnan memerlukan alat bantuan pernafasan malam tadi.
“Doktor mengesyaki bahagian otak Afnan ada masalah sebab dia tidak bergerak, jadi perlu buat ujian MRI bagi memeriksa otaknya dan punca sebenar.
“Tapi puncanya, Azmi akan memberikan kenyataan sendiri. Sekarang ini dia memohon berikan dia masa, dan apabila ada kelapangan nanti dia sendiri akan memberikan kenyataan.â€
– Syah Rahman
Syah juga mengesahkan Khairul Afnan menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan isteri Azmi, Nazira Muhammad, 35, pada jam 1.19 petang tadi, di sebuah pusat perubatan, di sini.
“Selepas alat bantuan pernafasan dibuka, Azmi dan isteri diberi peluang untuk meriba anaknya sehingga Afnan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kemudian, pada 1.19 tadi Afnan meninggal dunia,†katanya.
– Syah Rahman
Salam takziah buat Azmi dan isteri di atas kehilangan ini. Bertahun Azmi menantikan saat bahagia punya zuriat, namun Allah itu Maha Kuasa, cuma pinjamkan seketika bintang syurga buat mereka. Semoga Azmi dan isteri tabah mengharungi ujian ini.
Azmi atau nama penuhnya Khairul Azmi Mohd. Saat, 34 dan Nazira,baru-baru ini diuji apabila Afnan yang baru dilahirkan dilaporkan mengalami masalah kesihatan dimana doktor mengesyaki otanya tidak berfungsi selepas dia didapati tidak bergerak.
Ekoran dari itu Afnan yang sudah lebih 10 tahun dinantikan pasangan ini terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan oleh hospital.