Ana Raffali & Naim Selamat Diijabkabulkan
Selamat pengantin baru Budiey ucapkan buat penyanyi Ana Raffali yang kini sudah bergelar isteri kepada Naim. Tahniah Ana! Semoga bahagia terus berkekalan hingga ke akhir hayat dan kalian dikurniakan dengan anak yang ramai lagi soleh ya.
Pada hari Sabtu, 27 Februari, di usia 26 tahun, akhirnya Ana Raffali sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30, selepas sekali lafaz dalam majlis pernikahan mereka yang diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Ana yang berwalikan sendiri oleh bapanya, Mohd Raffali Mohd Nor menerima mas kahwin sebanyak RM 11, 412. Sebelum majlis akad nikah, Ana terlebih dahulu melangsungkan majlis pertunangan jam 11.20 pagi.  Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.
Acara sebelum itu dimulakan dengan majlis pertunangan antara Ana dan Naim pada pukul 11 pagi.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Ana, Mohd Raffali Mohd Nor kira-kira pukul 12 tengah hari dengan disaksikan oleh Jurunikah Masjid Al-Hidayah, Abdullah Mat.
Pasangan mempelai, Ana dan Naim mengenakan busana rona kelabu rekaan pereka fesyen, Ezuwan Ismail.
Majlis dihadiri kira-kira 500 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan wakil media.
Pada majlis akad nikah tersebut, Ana menerima tujuh dulang hantaran antaranya gelang tangan, mas kahwin, telekung, wangian Mont Blanc, coklat, sirih junjung dan pulut semangat. Manakala pihak lelaki pula menerima sembilan dulang berupa sebentuk cincin, sirih junjung, jam tangan jenama Stuhrling dan wangian Lacoste, iPad2, kamera, dompet Hard Graft, kek, buah-buahan dan bunga rampai.
Manakala pihak lelaki membalas dengan sirih junjung, coklat, telekung, minyak wangi, manisan dan gelang tangan perak. Kesemua hantaran itu direka dan digubah sendiri oleh Ana.
Ana tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rekaan pereka fesyen, Ezuwan Ismail dari rona kelabu manakala Naim segak dengan baju Melayu lengkap bersamping dengan warna sedondon dari pereka sama.
Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka turut diadakan di tempat sama sejurus selepas majlis pernikahan.
Selepas menyulam kasih selama tujuh tahun, hubungan cinta yang dibina penyanyi Ana Raffali dengan pengurusnya Ahmad Aznaim Abdullah akhirnya dimeterai dengan ikatan suci perkahwinan. Pasangan merpati dua sejoli ini selamat diijabkabulkan dengan hanya sekali lafaz, di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, jam 11.55 pagi tadi.
“Masa nampak Naim datang dengan segak berbaju Melayu, saya rasa macam tak percaya dah nak jadi isteri orang. Mula-mula rasa berdebar, tapi syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan saya rasa gembira sangat dapat kahwin dengan kawan baik sendiri,” ujar Ana ketika ditemui sejurus selesai akad nikah.
Naim yang berada di sisi Ana pula berkata, “Syukur, Alhamdulillah dengan sekali lafaz saya dah jadi suami Ana. Sebelum akad nikah, saya rasa berdebar sangat, namun lepas itu, saya rasa lega, Alhamdulillah.
“Saya bersyukur kerana majlis pernikahan kami berjalan lancar. Terima kasih kepada Ana sebab menerima lamaran saya. Saya berjanji akan menyayangi dia sepenuh hati dan menjaganya dengan sebaik mungkin.”
Berkongsi mengenai perkenalan mereka, Ana memberitahu, “Saya kenal Naim sebelum saya menjejakkan diri dalam industri muzik lagi. Sejak itu, hubungan kami bertambah rapat dan kami mula menyulam kasih. Alhamdulillah, dia dah jadi suami saya sekarang,” ujar Ana mengakui tidak menyangka akan menamatkan zaman bujangnya dengan kawan baik sendiri.
Apabila ditanya mengenai simbolik angka mas kahwin, 11412, Ana memberitahu, “Itu merupakan gabungan tarikh lahir kami berdua. Saya lahir 14 November manakala Naim, 24 Februari,” ujar Ana yang ayu dengan persalinan kurung moden berwarna kelabu, rekaan Ezuwan Ismail.
Menyentuh mengenai lokasi bulan madu dan perancangan mereka untuk menimang cahaya mata, Ana sambil tersenyum memberitahu, “Kami akan cuti-cuti Malaysia. Kami mengambil cuti selama dua minggu dan tempoh itu kami akan gunakannnya untuk berbulan madu di beberapa buah negeri seperti Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan. Dalam masa yang sama juga, kami akan melawat sanak-saudara kami di sana. Mengenai anak, itu semua terletak pada rezeki. Kalau boleh kami nak keluarga yang besar sebab keluarga saya sendiri mempunyai bilangan ahli yang besar.”
Selepas majlis akad nikah, pasangan ini diraikan dalam satu majlis resepsi khas di perkarangan Masjid Al-Hidayah. Antara penggiat seni yang hadir ialah Datuk Yusof Haslam, komposer, Aidit Alfian, Ramli Sarip, Jaclyn Victor dan ramai lagi.
Tahniah diucapkan kepada Ana dan Naim, semoga perkahwinan kalian kekal bahagia hingga ke syurga. via Gua.