in ,

Pelakon Ana Dahlia Selamat Nikah Kali Ke-3

Pelakon Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diana Mastura Jaafar, 33, selamat diijab kabul dengan pa­sang­annya, Mohd. Ashraf Jurey di Hotel Perdana Taiping pada 31 Ogos 2016.

Dengan sekali lafaz, Ana Dahlia sah menjadi milik Mohd. Ashraf yang juga anak kepada pengarah, Datuk Jurey Latiff Rosli.

Pasangan itu yang memakai baju sedondon putih gading di­nikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Daerah Taiping, Roziman Tajuddin tepat pukul 10.48 pagi.

Pelakon Ana Dahlia Selamat Nikah Kali Ke-3

ANA DAHLIA atau nama sebenarnya Diana Mastura Jaafar bersama pasangan Mohd. Ashraf Jurey selamat diijabkabulkan dalam satu majlis di Hotel Perdana Taiping, Perak, semalam.

Dalam majlis itu, Ana Dahlia menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Bagi barang hantaran pula, pihak perempuan menyerahkan lima dulang hantaran kepada pihak lelaki dan dibalas dengan tujuh.

Majlis yang berlangsung secara sederhana itu turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat pasang­an tersebut.

Sementara itu, ketika ditemui, Ana Dahlia berkata, dia amat bersyukur majlis pernikahan tersebut berjalan lancar dan berharap ikatan perkahwinan mereka berkekalan ke akhir hayat.

“Alhamdulillah semua sudah selesai dan bersyukur majlis pada hari ini berjalan lancar.




“Mohd. Ashraf pernah berkahwin, saya juga begitu dan seperti mana pasangan lain kami juga ingin bahagia dan berharap ikatan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat.

“Yang penting kami akan cuba perbaiki mana yang kurang dan lebih memahami antara satu sama lain. Perkara yang lepas biarlah berlalu,” katanya yang dilihat tenang dan sering tersenyum sepanjang majlis tersebut.

Pernikahan ini merupakan kali ketiga buat Ana Dahlia dan kedua bagi Mohd. Ashraf yang mempunyai tiga anak berusia lima hingga setahun dari perkahwinan terdahulu.

Ana Dahlia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan chef selebriti, Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan pada November 2012

Bagaimanapun Chef Riz mengesahkan telah bercerai dengan Ana Dahlia selepas 11 bulan melayari bahtera perkahwinan.

Pelakon Ana Dahlia Selamat Nikah Kali Ke-3

Sumber: Utusan Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Nazrief Nazri Masih Berdendam dengan Nelydia Senrose?

Asia Aviation Capital To Appoint Stephane Daillencourt As President And Chief Executive Officer