in

ANA BEATRIZ BARROS Duta Global SACOOR BROTHERS

Peragawati yang terkenal di peringkat antarabangsa Ana Beatriz Barros kini merupakan duta global Sacoor Brothers yang baru.

Peragawati terkenal dari Brazil Ana Beatriz Barros membintangi kempen Musim Bunga/Panas 2015 Sacoor Brothers bersama legenda bola sepak, Cristiano Ronaldo.

Barros memulakan kerjayanya apabila mengambil bahagian di dalam pertandingan peragaan di mana beliau bersaing dengan 350,000 peserta dari serata dunia sebelum berpindah ke Amerika Syarikat untuk mengejar impiannya. Sejak itu, beliau telah menghiasi muka hadapan pelbagai majalah dan pentas peragaan di seluruh dunia.

ANA BEATRIZ BARROS Duta Global SACOOR BROTHERS

“Kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan Ana Beatriz Barros, salah satu nama yang paling banyak diperkatakan di dalam industri ini. Beliau mempamerkan karisma dan semangat keanggunan yang merupakan asas koleksi terbaru ini,” kata Hugo Carriço, pengurus pemasaran Sacoor Brothers.

Untuk musim ini, cetakan dengan motif bunga-bungaan moden, fabrik dengan gaya vintaj dan corak etnik menghiasi koleksi wanita Sacoor Brothers. Item lebih glamor yang mencipta semula gaya chic kasual turut dimasukkan ke dalam rangkaian penuh bergaya ini yang boleh didapati di butik pada pertengahan Februari.

Sejak 25 tahun dahulu, Sacoor Brothers telah berkembang dari permulaan kecilnya di Portugal menjadi sebuah kisah kejayaan global dalam pakaian fesyen gaya hidup dengan mencipta trend dan menginovasi perkhidmatan dan produknya melalui butik-butiknya di sembilan buah negara.

Dengan personaliti yang dikenali pengguna, jenama ini mempamerkan keanggunan dan mempunyai kod tersendiri yang menjadikannya sebuah jenama premium yang menyeluruh untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Congrats Ana!

ANA BEATRIZ BARROS Duta Global SACOOR BROTHERS

ANA BEATRIZ BARROS Duta Global SACOOR BROTHERS

Koleksi terbaru Musim Bunga/Panas 2015 boleh didapati di butik-butik Sacoor Brothers pada pertengahan Februari.

SACOOR BROTHERS KUALA LUMPUR

PAVILION
Lot No. : 2.01.11,
Level 2,
168 Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur
Tel: +60 32141 0605

KLCC
113 AB-115,
Level 1,
Suria KLCC,
Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur
Tel: +60 32161 0362

BANGSAR VILLAGE II
Upper Ground Floor unit 6 Jalan Telawi Satu
Bangsar Baru 1
59100 Kuala Lumpur
Tel: +60 32202 0661

Mengenai Sacoor Brothers
Jenama fesyen dan gaya hidup antarabangsa yang berasal dari Portugal ini bermula daripada impian empat bersaudara yang bertekad untuk menambah perincian, keanggunan, kualiti dan rekaan unik ke dalam dunia fesyen. Sejak 1989, apabila butik pertamanya dibuka di Lisbon, Sacoor Brothers telah berkembang dari negara asal mereka, Portugal, untuk menjadi jenama fesyen antarabangsa dan kosmopolitan sebenar dengan cawangan-cawangan di United Kingdom, Belgium, Malaysia, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Singapura.

Dengan 25 tahun pengalaman di dalam sektor fesyen, kasut dan aksesori serta menawarkan rangkaian lelaki, wanita dan kanak-kanak, Sacoor Brothers membezakan jenamanya dengan memberikan khidmat pelanggan bertaraf dunia, satu kualiti yang dihidupkan jenama ini di dalam setiap butiknya di seluruh dunia.

Jenama ini menjadi pilihan para selebriti dan telah menggayakan ramai personaliti terkenal di dalam dunia fesyen, sinema, televisyen dan sukan.

Terkenal dengan kualiti bahan-bahan yang digunakan, khidmat jahitan khas yang cemerlang dan pengalaman dalam butik yang unik, Sacoor Brothers telah berjaya mencapai kedudukan yang baik di dalam perniagaan fesyen antarabangsa sepanjang dua dekad yang dipenuhi kejayaan dan inovasi berterusan.

Butik-butik utama Sacoor Brothers di Kuala Lumpur terletak di Pavilion, KLCC dan Bangsar Village II.

WWW www.sacoorbrothers.com
Facebook www.facebook.com/SacoorBrothersMY
Instagram http://instagram.com/sacoorbrothersmy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri TABIR ZULAIKHA Lakonan Tasha Shilla

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Oh!K HD & Channel M HD