in , ,

Sekitar An Intimate Showcase with Aisha Retno Khas Buat Peminat & Media

Sony Music Entertainment Malaysia menganjurkan acara istimewa ‘An Intimate Showcase with Aisha Retno’ pada Khamis, 8 September 2022 bertempat di Red Box the Gardens, Kuala Lumpur.

Tidak disangkal lagi, nama penyanyi Aisha Retno, 22, sememangnya semakin menyinar di persada hiburan tempatan. Hanya beberapa bulan selepas melancarkan single Pencarianku, Aisha kini sibuk mempromosikan single terbarunya yang penuh keunikan berjudul ‘Sutera’.

An Intimate Showcase with Aisha Retno Khas Buat Para Peminat

Sempena itu, syarikat rakaman yang menaungi Aisha, Sony Music Entertainment Malaysia menganjurkan acara istimewa ‘An Intimate Showcase with Aisha Retno’ pada Khamis, 8 September 2022 bertempat di Red Box the Gardens, Kuala Lumpur.

Berbicara mengenai perasaan mengadakan showcase tersebut, Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulizam akui berasa teruja kerana dapat menghargai para peminat dan rakan media secara lebih dekat.

“Ini merupakan showcase yang dibuat khas untuk para peminat dan media, semestinya saya amat teruja. Alang-alang sudah buat persembahan secara lebih dekat, bolehlah saya persembahkan lagu terbaru iaitu ‘Sutera’ secara langsung dan sekaligus dapat mempromosikannya kepada tetamu yang hadir.

“Selain itu, saya juga akan mempersembahkan lagu-lagu yang pernah saya lancarkan seperti dari singlesulung saya ‘Mengikat Jiwa’ dan sebahagian lagu yang pernah menjadi runut bunyi drama iaitu ‘Cinta Denganmu’ dan ‘Nukilanku’, juga semestinya lagu W.H.U.T(Wanna Hold You Tight) yang kini sudah mencapai 33 juta penstriman audio di keseluruhan platform digital.

“Semuanya saya akan persembahkan khas buat para peminat dan rakan media yang sudah bertungkus lumus dan tidak putus memberikan sokongan sepanjang perjalanan nyanyian saya hingga ke hari ini,” katanya.

– Aisha Retno
An Intimate Showcase with Aisha Retno Khas Buat Para Peminat

Justeru, Aisha amat berterima kasih kepada semua pihak yang tidak henti menyokongnya dan berharap agar lagu ‘Sutera’ mendapat sokongan padu secara berterusan.

“Terima kasih kepada anda semua yang menyokong lagu ‘Sutera’, sambutan yang diterima setakat ini amat memberangsangkan. Insya-Allah kita sama-sama hangatkan lagu ini pada majlis ‘An Intimate Showcase with Aisha Retno’ ini,”

– Aisha Retno
An Intimate Showcase with Aisha Retno Khas Buat Para Peminat

Sedikit mengenai lagu Sutera, Lagu ini adalah lambang seorang permaisuri Jawa. Kita tahu sutera sifatnya lembut, agung dan amat dihargai oleh ramai orang. Bagaimanapun, kalau dirosakkan kain itu, habislah tercemar keagungnnya. Begitulah juga dengan permaisuri Jawa itu, kalau ada orang yang pernah sakiti hatinya di masa lalu, maka tercemarlah juga perasaanya.

Lagu yang ditulis dan digubah sendiri kali ini memberi kelainan dalam ‘Sutera’, Aisha menjelaskan gabungan elemen etnik Jawa dan muzik moden EDM menjanjikan perbezaan berbanding lagu-lagunya yang terdahulu dan karya hasil kerjasama dengan MFMF ini turut disulami dengan mesej untuk memperkasakan kaum wanita.

An Intimate Showcase with Aisha Retno Khas Buat Para Peminat

Sebelum tampil dengan single terbarunya itu, Aisha telah mencipta sejarah manis apabila wajahnya menghiasi papan iklan tersohor di New York untuk kempen EQUAL daripada Spotify pada Julai lalu. EQUAL adalah satu kempen global yang memperjuangkan ekuiti (hak sama rata) wanita dalam muzik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemenang Kategori Anugerah Utama Terpilih Untuk Menerima DKD

SAMSUNG GALAXY A13

Samsung, Galaxy A13 5G, Kini Boleh Didapati di Malaysia!