Dipersembahkan oleh LADS Entertainment dan LADS International Inc., artis R&B terkenal Amerika Syarikat, Brian McKnight akan kembali ke Malaysia untuk persembahan secara langsung buat kali kedua pada 9 April 2017 di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam.
Kerjaya nyanyian McKnight bermula sebagai seorang ahli koir gereja dan kemudian beliau menandatangani label rakaman pertamanya pada umur 19 dan pada 1992, album berjudul ‘Brian McKnight’ di lancarkan. Selepas itu, album ‘I Remember You’ di lancarkan pada 1995.
Kemudian pada 1997, beliau berjaya menjual 2 juta salinan albumnya yang bertajuk ‘Anytime’ dan album in juga telah dicalonkan di Grammy. Kejayaan album ‘Anytime’ diikuti pula dengan album ‘Back At One’ pada 1999 dengan jualan lebih dari 3 juta salinan, album beliau yang paling berjaya setakat ini. Beliau telah pun memperoleh sebanyak16 pencalonan Grammy.
Pada tahun 2004, Brian McKnight menulis lagu ‘Wait’ bersama penyanyi dan penulis lirik dari Australia tetapi dilahirkan di Malaysia, Guy Sebastian. McKnight telah berkerjasama dengan ahli-ahli music terkenal seperti, Quincy Jones, Puff Diddy, Rascal Flats, Justin Timberlake dan ramai lagi.
Bagi pihak LADS Entertainment dan LADS Inc., Pengerusi, Dato Ilyas Mohamed berkata, “Tiada masa yang lebih baik daripada sekarang untuk membawa masuk artis seperti McKnight dengan muziknya yang menenangkan. Beliau juga akan membawa persembahan standard bertaraf dunia secara langsung kembali ke arena muzik tempatan. Setelah sekian lama sejak seseorang dapat menjangkakan persembahan seperti ini di Malaysia, kami amat berbangga untuk mempersembahkan beliau sebagai pemulaan kepada artis-artis antarabangsa terkenal pada tahun ini”.
Acara pembukaan malam eksklusif ini yang bertemakan black tie, adalah oleh penyanyi tempatan Elvira Arul. Arul, yang telah mendapat peranan seumur hidup sebagai Effie White dalam pengeluaran Asia ‘Dreamgirls’. Arul juga telah berkerja sama dengan penerbit-komposer antarabangsa termasyhur seperti, David Foster, pemenang American Idol, Ruben Studdard dan pemenang Grammy, Eric Benet, bersedia untuk memukau penonton pada malam ini.
Dato Ilyas menekankan bahawa LADS percaya Malaysia kaya dengan budaya dan bakat muzik, bagaimanapun peluang tidak sentiasa melimpah ruah; oleh itu konsert seperti ini adalah salah satu cara artis tempatan dapat dipaparkan. Selain daripada mempengaruhi industri muzik secara optimistik, acara seperti ini juga boleh meletakkan negara ini di peta dunia dan langsung mampu menarik pelancong yang selaras dengan aspirasi Pelancongan Malaysia.
Ramai di antara kita kenal penyanyi balada ini untuk vokalnya yang bemodulat dan penuh perasaan, falsetto kuat, bakat menulis lirik dan terbitan lagu yang hebat. Walaubagaimanapun, Brian McKnight juga merupakan ahli muzik yang berbakat dengan kemahiran lapan jenis alat muzik termasuk piano, perkusi, flugelhorn, trombon, tuba, gitar dan gitar bass.
Tiket persembahannya berharga RM 288, RM 488, RM 688 dan RM 1888. Untuk membeli sila layari: www.ticketpro.com.my.