Pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri 3T: Tan, Tin, Tun, Amyza Aznan, telah mengalami keguguran kandungan yang baru berusia tiga minggu. Sedih pula dengar berita ni sebab isteri Budiey pernah juga mengalami benda yang sama.
Tapi tak apa, boleh cuba lagi.
Perkara itu disahkan sendiri pelakon menerusi laman Twitternya petang semalam. Antara lain menulis, “takde rezeki. Perancangan ALLAH lebih baik. Aku redha. Keguguran anak ketiga.”
Sebelum ini, pelakon manis berusia 36 tahun sudah mempunyai dua cahaya mata bernama Andre Mikhail dan Adrian Adam, hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Khairil Izhar Mohd Nazir.
Amyza dan Khairil Izhar telah berkahwin pada 2004.