in

Amyza Aznan Kongsi Pesanan Aisyah Hijanah, Minta Umat Islam Hormat Agama

Asyik kongsi tentang isu-isu negatif je, jadi hari ini apa kata kami nak kongsikan perkara-perkara atau isu yang boleh bermanfaatkan diri kita. Ayuh positifkan dirimu!

Pelakon Amyza Aznan berkongsi sedutan video seorang Instafamous, Aisyah Hijanah yang berhujah mengenai penghinaan terhadap Allah dan agama Islam. Menurut Aisyah, dia banyak menerima aduan mengenai bagaimana agama Islam dihina antaranya gambar babi diletakkan di atas Kaabah, bagaimana Rasulullah dihina dan pelbagai lagi.

Jelasnya, orang luar terlalu berani menghina Islam, bahkan wanita Islam sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai muslimah dengan berpakaian mencolok mata walau berhijab.

Tambahnya lagi, selawat ke atas nama Nabi Muhammad SAW sendiri tidak dihormati orang Islam dan bagaimana mahu mengharapkan orang luar untuk menghormatinya.

Katanya, soal solat lima waktu sehari semalam juga dipandang sebagai tidak penting kerana lebih mengutamakan kerja. Manusia berani menepis kata-kata Allah disebabkan mengejar dunia.

Tegasnya kita seringkali marah andai ada yang menghina Islam, namun kini masanya untuk refleksi diri dan melihat apa yang dilakukan.

“Kita adalah imej kepada agama kita. Jagalah diri kita kalau nak orang luar hormat agama kita. Hargailah agama kita, jangan jadikan mainan.

“Manisnya mak dara ni…kak kaaia suka dngr dia cakap..lembut,tenang dan setiap ciptaan allah itu sngt cantik,”

– Amyza Aznan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muka Shahir AF Kebas & Bengkak Sebelah! Peminat Risau Takut Kena Bell’s Palsy

Personalised Mother’s Day Gifting from Home with Photobook