Menerusi hantaran di Facebook Ukays, Amy menegaskan, keputusan itu dibuat kerana dia tidak suka sikap lupa diri Aliff.
“Iqbal hubungi Amy untuk minta buatkan lagu raya untuk tahun ini. Datuk Aliff juga ada WhatsApp, minta buat lagu raya tapi Amy menolak sebab dia lupa diri dan asal usul,”
– Amy
Kerana itu, Amy memilih untuk bekerjasama dengan usahawan dan artis lain serta fokus kepada lagu Aidilfitri Ukays Reborn sendiri.
“Amy tak suka untuk berkerjasama. Maka, tahun ini Amy fokus buat lagu raya untuk Iqbal, Datuk Seri Vida, Baby Shima, Ifa Raziah dan lagu baru raya Ukays Reborn bertajuk Di Sana Raya Di Sini Raya.
– Amy
“Datuk Aliff Syukri, selamat tinggal buat selamanya,”
Amy bagaimanapun reda walaupun tahu, dia bakal diserang oleh netizen kerana penolakan itu.
“Amy akan diserang di media sosial gara-gara menolak permintaan seorang yang bergelar jutawan berpengaruh. Amy reda,” tulisnya.