Semalam, Budiey telah di’tag’ dalam satu ‘gambar dinding’ di Facebook oleh seorang teman media. Ingat ke, gambar apa lah yang di’tag’nya, tengok-tengok ‘gambar dinding’ yang di’print screen’ dari Facebook kepunyaan pelakon yang memegang watak Neo dalam drama Tari Tirana, Ammar Alfian Aziz.
Selepas Budiey klik pada gambar dinding itu, teruslah Budiey baca komen-komen cemuhan yang ditulis, maka fahamlah Budiey tentang hal yang berlaku.
Terkejut jugak.
Apa yang dikesalkan, pelakon ini tidak berbincang secara baik terlebih dahulu dengan wartawan terbabit. Mungkin masalah ini boleh diselesaikan secara aman. Dan mungkin hubungan antara mereka boleh diselamatkan tanpa sebarang propaganda.
Semuanya gara-gara beberapa tulisan dan gossip yang telah dikeluarkan di beberapa media sejak dua menjak ini. Dikatakan, beliau telah diprovokasi dengan soalan-soalan yang agak negatif. Tak sangka, dalam status yang ditulis dengan kata-kata kesat berbaur lucah dan ugutan dari pelakon ini mengundang satu kontroversi di mana kemungkinan besar pelakon ini akan di’banned’ kerana menuduh wartawan di Malaysia sebagai bodoh dan berpura-pura.
Mengikut pengalaman Budiey, kami pernah bertemu di satu pelancaran drama online beberapa bulan yang lalu. Masa itu, Budiey tidak ada masalah untuk mengambil gambar ‘Neo’ dengan kekasihnya. Puteri Sarah pun kelihatan pandai melayan dan berborak-borak dengan Budiey. Cuma ‘Neo’ yang tak banyak bercakap. Apa-apa pun, mereka pasangan yang sangat romantik.
Masa pelancaran drama online – Dimension.
Kemudian, pada majlis Pelancaran Filem Lu Fikirlah Sendiri, Budiey kelihatan Neo seperti stress dan tidak mesra. Namun, beliau masih nampak okay pada awal majlis kerana masih membenarkan jurugambar mengambil gambarnya. Cuma yang ralat, apabila beliau tidak gemar posing ala romantik dengan Puteri Sarah Liyana macam dulu lagi. Mungkin masa tu, hatinya dah tak keruan dan masih marah.
Ada fotografer yang mengadu bahawa pada masa itu pelakon ini ralat untuk bergambar dengan Puteri Sarah kemungkinan besar kerana beliau tidak berlakon dalam filem Lu Fikirlah Sendiri. Mungkin kerana ini, beliau agak segan dan pelik apabila ada jurugambar mahu merakam gambar Puteri Sarah dengan kekasihnya.
Sebagai selebriti, ini dah perkara biasa sebab artis adalah public figure.
Ini gambar Ammar masa Budiey ambil di Prebiu Filem Lu Fikirlah Sendiri. Masa ini, takde masalah apa, Neo senyum manis kat kamera.
Selesai menonton wayang, ada sesi sidang akhbar di luar pawagam. Pelik juga, biasanya sidang akhbar akan diadakan secara tertutup iaitu dalan dewan panggung. Tapi kali ini, dibuat dengan disaksikan oleh tetamu dan pengunjung yang hadir. Tapi itu tak timbul isu yang besar.
Cuma, tindakan pelakon ini bersikap cemburu dengan bertanyakan tujuan fotografer mengambil gambar Puteri Sarah dengan pelakon utama iaitu Nabil adalah tidak profesional. Sehingga pergaduhan antara mereka disedari oleh media.
Pulang dari event ini, Budiey belek-belek portal Gua dan menjumpai gossip ini.
Aktor Cemburu Tak Bertempat?
Gosip yang GUA nak sampaikan ni tentang sepasang kekasih yang kebetulannya, kedua-dua pun bergelar pelakon. Dua tahun lalu, tergempar seketika industri hiburan bila gambar-gambar mereka bercumbuan di tepi kolam renang tersebar luas di Internet.
Yang bakal menjadi penceritaan umum bukan kisah gambar ‘panas’ mereka tetapi sikap cemburu si jejaka yang dikatakan tidak bertempat. Lebih malangnya, kejadian berlaku ketika majlis pra-tonton filem sulung si gadis.
Ceritanya begini. Sementara menunggu bermulanya tayangan filem tersebut, para jurugambar media pun ambillah kesempatan mengambil gambar teraju utama, yakni si gadis dan hero filem.
Sudah menjadi kebiasaan untuk jurugambar meminta subjek mereka mengenakan beberapa ‘pose’ bagi mempelbagaikan shot. Dalam insiden ini, jurugambar telah meminta hero filem meletakkan tangannya di bahu si gadis, maklumlah dalam filem lakonan mereka ini, mereka digandingkan sebagai pasangan kekasih. Tak hairanlah bila jurugambar meminta ‘pose’ yang lebih mesra tapi taklah sampai melampaui batasnya.
Kebetulan, si jejaka ternampaklah apa yang sedang berlaku. Apalagi, naik angin lah mamat tu, lalu disoalnya si gadis motif jurugambar meminta pose sebegitu. Bila ditanya jurugambar jika teman lelakinya kurang senang dengan gambar yang telah diambil, si gadis menjawab tidak.
Padahal beberapa minit kemudian, mereka kembali bertelagah. Tidak mahu pertengkaran mereka disaksikan para media dan orang ramai, mereka berdua pun beredar dari situ. Maka terlepaslah si gadis dari majlis pra-tonton filem pertamanya. Dan untuk ‘cover’ ketiadaannya, si gadis memberi alasan pada pihak penerbit bahawa dia terpaksa pulang kerana ada kelas.
Bila difikirkan balik, ada baiknya mereka tidak menonton filem itu. Kalau setakat letak tangan kat bahu dah angin macam ni, GUA tak tahulah macam mana reaksi si jejaka bila melihat babak si gadis didukung hero. – [sumber – Portal Gua]
Dalam Galaksi 2010 yang disiarkan di TV9 semalam, Ammar mengatakan beliau telah ditarik oleh jurugambar yang mahu mengambilnya bersama dengan Puteri Sarah Liyana secara kasar. Itu yang menjadikan Ammar bertambah tertekan dan berang.
Pada pagi ini, selain Panca Indera – Mingguan Malaysia yang menggesa Ammar supaya berhenti menjadi artis , Mstar Online turut mengeluarkan artikel tentang isu yang mencetuskan kontroversi ini:
Hero ‘Tari Tirana’ Ugut Bunuh Wartawan Hiburan Di Facebook?
SELEPAS pelakon Indonesia, Luna Maya dikecam baru-baru ini kerana mencemuh wartawan hiburan melalui laman sembang Twitter, kini artis baru Malaysia Ammar Alfian Aziz atau dikenali sebagai Neo dalam drama Tari Tirana pula dengan beraninya mengikuti jejak langkah Luna.
Tindakan berani Ammar di laman sosial facebook mendapati dia begitu marah dan emosi dengan pihak media kerana beberapa sebab tertentu.
Kekasih kepada pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana ini, telah sanggup melemparkan kata-kata ugutan dan kesat serta berbaur lucah kepada seluruh wartawan di Malaysia terutamanya wartawan hiburan.
Rasa ketidakpuasan hatinya dalam laman sosial Facebook itu dipamer di status facebooknya pada Jumaat, 5 Februari sekitar pukul 8 malam.
Ammar turutn menuduh wartawan di Malaysia sebagai bodoh dan berpura-pura.
Posting Ammar di Facebook malam kelmarin berbunyi: “Cant believe how stupid n fake reporters are.. creating stories for their own benefits without thingking dat they’re ruining other people’s lives.. I ***** HATE REPORTERS IN MALAYSIA”.
Jejaka berusia 22 tahun itu turut membuat justifikasi atau alasan di sebalik tindakannya itu kepada rakan-rakan facebooknya. Kononnya, dia berkata demikian setelah diprovokasi oleh beberapa wartawan untuk mendapatkan cerita buruk tentang dirinya.
Ammar berkata,…”well they’re provoking me by making up stupid dumb story”
Dalam kenyataan susulannya, Ammar turut membuat ugutan bunuh kepada para wartawan yang menulis cerita buruk tentangnya.
“Seriously if i meet up with dat ****** who created those stories bout me im gona ****** kill em.. DATS MY WORD,” katanya seperti dipetik dari Facebooknya.
Bagaimanapun, tinjauan mStar Online mendapati Ammar telah membuang beberapa nama yang disyakki berstatus wartawan dari senarai rakan facebooknya beberapa jam kemudian, hari yang sama.
Sementara itu, Ammar yang cuba dihubungi dari semalam tidak menjawab panggilan telefon dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar bagi memberi peluang Ammar menjelaskan situasi sebenar.