Indiatoday melaporkan, Amitabh Bachchan dibawa ke hospital selepas mengadu sesak nafas. Perkara itu disahkan sendiri pelakon itu menerusi ciapan di Twitter miliknya dan meminta sesiapa yang pernah berhubung atau bertemunya membuat ujian Covid-19.
“Saya disahkan positif Covid-19. Sudah dipindahkan ke hospital. Keluarga dan kakitangan sudah menjalani ujian dan sedang menunggu keputusan. Mana-mana individu yang berhubung atau bertemu saya dalam tempoh 10 hari lalu dimohon membuat ujian,”
– Twitter Amitabh Bachchan
Beliau turut memuat naik gambarnya di hospital di akaun Instagram miliknya bersama mesej berkenaan.
Bagaimanapun, ahli keluarga lain termasuk Jaya Bachchan, Aishwarya Rai Bachchan dan disahkan negatif.
Sementara, Abhishek Bachchan menerusi ciapan di Twitternya turut memaklumkan
“Hari ini, saya dan ayah disahkan positif Covid-19. Kami berdua mempunyai simptom ringan dan dimasukkan ke hospital.
Kami sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa, keluarga dan kakitangan supaya melakukan ujian. Saya meminta semua supaya tidak panik dan bertenang. Terima kasih,”
– Abhishek Bachchan
Doktor turut mengesahkan perkara itu kepada India Today bahawa Amitabh Bachchan mempunyai gejala dan dikuarantin di rumah sebelum dimasukkan ke Hospital Nanavati, petang Sabtu.
Pelakon veteran itu berada di rumah sejak perintah berkurung di negara itu pada 25 Mac lalu.
Namun, baru-baru ini, beliau membuat rakaman kandungan promosi untuk kuiz Kaun Banega Crorepati dan beberapa projek di rumahnya, serta mempunyai kontak dengan kru produksi yang hadir ke rumahnya.
Sementara, Abhishek Bachchan, dilihat berada di studio dubbing di Mumbai beberapa kali seminggu lalu.