Meskipun pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai dakwaan tersebut namun kenyataan UAI itu dibidas semula oleh Ustazah Afifah.
Terbaru, penceramah motivasi, Amin Idris mendedahkan ustazah tersebut tidak mempunyai latar belakang pengajian agama seperti agamawan yang lain.
“Saya dapat info rupanya ustazah ini tidak ada background pengajian agama yang formal. Nak claim dia sebagai agamawan, ilmuan itu agak sukar.
“Kita kena hati-hati daripada mengambil ilmu daripada mereka. Apatah lagi, saya dapati banyak juga kenyataan di media sosial yang sangat misleading.
“Terbaru, mereka mendakwa semua suami yang hantar isteri bersalin diuruskan oleh doktor lelaki dianggap dayus. Kena faham! Dayus ini dosa besar,” katanya.
Sementara itu, menerusi satu video, Amin Idris menekankan dalam prinsip perubatan ada hukum umum dan pengecualian lebih-lebih lagi kepada pegawai perubatan seperti doktor.
“Kita kena ingat, dalam hukum Islam ada prinsip hukum umum dan ada pengecualian. Betul! Prinsip umum doktor lelaki haram melihat aurat pesakit wanita. Begitu juga doktor wanita, haram melihat aurat pesakit wanita.
“Namun kenapa boleh? Atas sebab darurat dan tujuan perubatan. Saya ada bertanya kepada para doktor dalam kalangan kawan.
Dalam etika kedoktoran, ketika doktor lelaki menguruskan wanita bersalin mesti kena ada peneman.
“Darurat ini bukan sekadar tak ada pilihan tetapi demi jaga nyawa. Bukan satu nyawa tetapi dua, anak dan ibu,” katanya.
Dalam pada itu, Amin berkata tidak ramai wanita terlibat dalam bidang Obstetrik & Ginekologi (O&G) kerana memerlukan kudrat yang kuat.
“Apatah lagi, doktor O&G tak ramai. Bila ustazah itu kata doktor dah ramai, itu betul iaitu doktor secara umum. Doktor perempuan O&G tak ramai, yang ramai itu lelaki.
“Sebab nak sampai tahap pakar O&G itu tak senang, beban yang luar biasa dasyat. Tak semua wanita mampu untuk memikul. Oleh demikian, disebabkan itu timbul soal darurat. Di mana para suami tidak ada pilihan,” katanya.